HMD: 04

147 12 0
                                    

" YOU ada baca apa-apa any update from enemylove and war tak? I tak sabarlah tunggu dia orang punya next story. I dah rindu gila dengan my Rafyel! ". Luah Atiqah. Matanya setia lagi memandang skrin telefon. Tengah seronok layan jedag jedug tiktok tentang karakter game tersebut.

Liyana menggeleng sebagai tanda jawapan.

" Huawwwww my Rafyel. Handsome gila weh! ".

Dayana menggelang kepala melihat kedua kerenah kawan baiknya. Lantas bibir tersenyum. Tangannya kemudian kembali lincah meneruskan melukis.

Atiqah dan Liyana mula mendekati tatkala melihat Dayana ralit dan langsung tidak mempedulikan mereka.

" Lah... you tengah lukis Zyne? Oh my dear, smart handsome! ".

Dayana hanya mampu tersenyum sahaja tatkala mendengar pujian itu. Zyne salah satu karakter game kegemarannya. Zyne mempunyai karakter yang beku dingin tapi tetap juga prihatin dengan main character. Personality Zyne buatkan aku berharap wujudnya diri Zyne pada lelaki zaman sekarang. Ada lagi ke?

" I tak tahu pula yang you pun main game tu ".

" Gila tak main? I pun main jugalah! ".

" Ok baguslah sebab pilihan you bukan my Rafyel ".

" And don't steal My Xavies! ". Awal-awal lagi Atiqah dah memberi arahan.

Bola mata Dayana memutar ke atas. Menyampahnya!

" Although they are too cute and handsome, I still choose Zyne ".

Tiba-tiba otak Dayana mula memikiran sesuatu. Dan dia mula mengubah topik.

" Haritu you berdua terserempak dengan cosplay Rafyel dan Xavies kan? Ada Zyne sekali tak? ". Soal Dayana ingin tahu. Dia tak pernah langsung ke mana-mana event enemylove and war ketika mana mereka menganjurkan event tersebut. Dia terlalu sibuk menguruskan hal pribadinya dahulu. Itupun dahulu kalau nak pergi, pasti Harris tak bagi. Kata dia semua itu tak penting. Dan sekarang bila dia dah tak ada apa-apa kaitan dengan lelaki itu. Tak ada pula acara itu diadakan.

Itupun Liyana dan Atiqah beruntung berjumpa karakter kegemaran mereka. Dia pula tak dapat nak turut sertai.

Urgh!

Terlalu ramai orang masa tu sehingga dia kena tolak. Dan sudah jatuh ditimpa tangga pula. Tangan kena pada jalan tar. Oh sungguh malang nasibnya pada masa itu.

" Tak ada. Hanya ada Rafyel dan Xavies. I tak pernah nampak langsung cosplay Zyne. Bukan tak pernah. Dia memang langsung tak munculkan diri setiap kali ada event. Even then, there was only Caleb once in a while". Kata Liyana. Entahlah memang mulanya dia pelik juga. Kenapa cosplay Zyne tak pernah munculkan diri. Tak akan tak ada langsung nak munculkan diri? Memanglah cosplay karakter Zyne, sesiapa sahaja boleh tampilkan tapi ini adalah wakil daripada syarikat mereka sendiri. Tak akan tak nak promote karakter tu kot. Zyne lebih terkenal kot berbanding yang lain.

Dayana mengeluh panjang. Mungkin kalau ada rezeki dia pergi ke event tu pun belum tentu dia boleh berjumpa dengan karakter kegemarannya.

" By the way, bila you nak pergi interview company tu? ".

" You dah call? ".

Dayana sekali lagi menghela nafas panjang. Kepalanya mengangguk perlahan.

" I dah call minggu lepas. Dan tak ada sebarang apa-apa panggilan pun ". keluh Dayana. Kalaulah kali ini tak ada rezeki juga. Terpaksalah dia kerja bidang lain. Mungkin kerja balik dekat butik mama?

HERO MRS. DAYANA ( OG )Where stories live. Discover now