CANTIK sungguh Lily mengenakan busana songket pengantin, bertema biru gelap. Lily tak pernah bersolek. Jadi makin naik seri sungguh wajah gadis itu. Tiba-tiba terasa terharu pula melihat sepupu akrabnya sudah mendirikan rumah tangga sebentar tadi. Alahai comel sungguh melihat kedua mempelai merakam gambar outdoor mereka.
Sesekali, jurukamera itu ada memanggil dirinya masuk ke dalam gambar. Hanya beberapa sahaja, selebihnya dia memberi ruang pada pasangan mempelai itu, merakam gambar kenangan mereka.
Tinggal dua minggu sahaja lagi dia disini. Sebelum membawa diri terbang semula ke Kuala Lumpur. Seminggu disini, macam-macam kerenah dan ragamnya yang dia ciptakan.
Bila Lily sudahpun mendirikan rumah tangga. Sedara mara, mak dan bapa saudara semua mula menyusik. Bila pula gilirannya. Yang pasti, mulut hanya mampu jawab. InshaAllah, akan ada nanti jodohnya.
Dia tidak mahulah terlalu paksa Zaf. Biarlah lelaki itu sendiri yang uruskan tentang hal mereka. Lebih-lebih lagi, dia dan Zaf baru sahaja kenal. Masing-masing belum lagi mengenal hati budi masing-masing. Jadi untuk ke arah itu, masih lagi terlalu awal.
Dia belum terfikir lagi untuk ke arah itu. Bila tiba masanya nanti. InshaAllah akan berjodoh juga. Itu sahaja yang dia titipkan dalam doanya.
" Yana, marilah kita bergambar ramai-ramai! ". Panggil Lily.
Liyana menoleh. Dia kemudian mengangguk perlahan dan menghampiri mereka. Bergambar beramai-ramai dengan ahli keluarga.
" Satu... ".
" Dua... ".
" Tiga... ".
" Senyum! ".
Bermacam gaya yang ditunjukkan pada jurukamera tersebut. Jurukamera bernama Firash Hafizhan itupun melayan sahaja kerenah mereka. Bermacam-macam penuh ragam dan gelak ketawa.
Bahagia.
Itulah memori indah yang dia rasakan setiap kali berkumpul beramai seperti ini. Dia harap, jika dia dan Zaf benar-benar berkahwin nanti, harap mereka semua dapat berkumpul seperti ini. Harap semuanya dipanjangkan umur.
SETIAP harga-harga buku baru keluar itu semua ditelek, satu persatu. Harga promosi, memang jatuh kaw-kaw lah. Daripada 38 ringgit jatuh jadi 20 ringgit untuk sebuah naskah.
Bibirnya tersenyum lebar. Dia mengambil novel milik, Harleen, Rose Harissa dan tak lupa juga karya milik Anjell. Tiga-tiga penulis tu, adalah penulis kegemarannya dan setiap karya baru mereka, pasti dia akan beli.
" Dah boleh buat mini library nanti ". Dayana mengumam sendiri. Sungguh pun begitu, jika ada novel-novel yang menarik perhatiannya, pasti dia beli juga.
" You've been gone for a long time, apparently you're here ". Ujar satu suara.
Dayana menoleh ingin melihat figura tersebut. Buku milik Rose Harissa, Serigala Metropolis yang ada ditangannya terus terjatuh, menyentuh lantai. Juga seraya itu jatuh juga rahangnya sebaik sahaja melihat figura tersebut.
" Harris ". Terlepas juga nama itu dibibirnya. Ya, Harris disini, di hadapannya sambil tersenyum lebar. Harris tampak lebih kurus juga. Ketika itu, matanya turut jatuh ke arah pergerakkan Harris yang sedang mengutip buku itu.
Harris tegakkan semula badannya dan menghulur buku tersebut. Dayana lambat-lambat mengambil huluran itu.
Harris mengukir senyuman nipis.
" I miss you, my love ". luah Harris. Ketika itu Dayana sudahpun memalingkan mukanya ke arah lain. Buku tadi, sudahpun diletakkan juga ke tempat asal. Tak jadi nak beli.
YOU ARE READING
HERO MRS. DAYANA ( OG )
RomanceBook 1: 2021| Dayang Dayana seorang yang berbakat mencipta simulation characters with 3D yang telah beberapa kali hadiri interview oleh beberapa syarikat terkenal akhirnya giveup dengan usahanya. Sehinggalah suatu hari, Liyana tolong Dayana, mendap...