SUDAH dua bulan, Dayana tinggalkan rumah agam megah itu. Dua bulan juga, dia tak menerima apa-apa langsung khabar berita daripada anak sulungnya. Berkali menghubungi, menghantar mesej. Tapi semuanya hanya masuk ke voice mail.
Di manakah anak gadisnya itu?
Sihatkah dia?
Ok ke dia?
Kat mana dia tinggal?
Di manakah dia sekarang?
Semuanya soalan-soalan itu sentiasa bermain difikirannya. Dalam egonya, dia tetap risaukan tentang keselamatan anak sulung perempuannya.
Dia dah cuba meminta pertolongan daripada kawan-kawannya. Mencari gadis itu. Kalau-kalau mereka terserempak atau bertembung dengan Dayana, maka maklumkan pada dirinya. Tapi sayangnya, kesemua mereka hanya beri jawapan yang sama.
Tak menjumpai, Dayana.
Syed Hattariaz memicit dahi yang makin hari, makin sakit. Doktor dah pesan pada dirinya tempoh hari, jangan terlalu ikutkan emosi dan cuba untuk kawal emosinya.
Tapi apa yang harus dia buat? Tak akan dia mahu duduk diam dan tak buat apa-apa. Macam mana kalau anaknya dalam keadaan bahaya?
Semakin runsing dia memikirkan tentang gadis tersebut.
Dia mengangkat separa mukanya tatkala Puan Deviana datang membawa dulang berisi air teh, diletakkan di atas meja. Terselit tepi jug air tersebut, ubatnya.
Akhirnya terlepas keluhan berat daripada mulutnya. Dia tahu apa yang bakal keluar nanti daripada mulut isterinya itu.
" Abang... sedih-sedih juga, risau-risaukan juga. Tapi kesihatan abang kena jaga. Jangan lupa makan ubat. Nanti sakit abang makan melarat ".
Puan Deviana menuangkan air ke dalam cawan. Dia mengambil juga dua biji pil ubat, migrain lalu disuakan pada suaminya.
Syed Hattariaz tidak betah menolak, sebaliknya dia mengambil ubat tadi dan menelan dengan air teh. Tak mahu lagi mendengar bebelan isterinya. Dia makan ubat itu sekadar mahu menutup bebelan si isteri.
Puan Deviana menghela nafas panjang. Itulah sikap suaminya. Walaupun ego tinggi melangit, dia tahu isi hati suaminya. Mak ayah mana yang tak sedih atas kehilangan anak. Lebih-lebih lagi anak sulung perempuannya. Dia tahu perangai anak perempuannya bagaimana. Tapi mereka tak ada kuasa nak menghalang. Jika menghalang, maka Dayana akan lebih bertindak jauh daripada jangkaan mereka.
Dia tahu, sebagai seorang ibu dan ayah. Mereka juga ada silap juga. Silap kerana terlalu sibuk masuk campur urusan hidup anak-anaknya. Mengatur cara kehidupan mereka, mengikut kehendak keluarga. Kesudahan, mereka juga yang menanggung kesakitan.
Dayana hilang, lari ke rumah. Tak tahu ke mana.
" Devi... ". Lembut sahaja Syed Hattariaz memanggil nama isterinya. Puan Deviana yang berkhayal tadi terus kembali ke dunia nyata. Menyatu mata dengan suaminya.
Dia diam.
Menanti butir bicara seterusnya daripada suaminya.
" Nanti cuba minta tolong Harris carikan, Dayana. Abang nak Dayana balik ke rumah kita. Dia masih lagi ada keluarga dan tanggungjawab dia. Minta Harris, cari Dayana sampai jumpa ". Kata Syed Hattariaz. Itu sahaja cara yang dia ada. Tak tahu lagi dengan cara apa yang dia perlu buat sekarang.
Dia buntu.
Ya Tuhan. Lindungilah anakku.
Dee terus menapak ke arah ruang tamu. Dia baru sahaja pulang daripada kelas. Sebaik sahaja mendengar butir bicara daripada ayahnya. Membuatkan jiwanya terasa sakit.
YOU ARE READING
HERO MRS. DAYANA ( OG )
RomanceBook 1: 2021| Dayang Dayana seorang yang berbakat mencipta simulation characters with 3D yang telah beberapa kali hadiri interview oleh beberapa syarikat terkenal akhirnya giveup dengan usahanya. Sehinggalah suatu hari, Liyana tolong Dayana, mendap...