ATUR cara majlis itu diteruskan pula dengan majlis persandingan antara dua mempelai. Kalau tadi, Dayana dan Amireen mengenakan busana Pakaian tradisional adat resam orang Jepun.
Irouchikake adalah pakaian adat resam negara Jepun, bagi pengantin perempuan dalam majlis perkahwinan resepsi. Warna pakaian ini juga selalu dipilih oleh masyarakat Jepun dalam bentuk warna merah cerah antaranya warna moden seperti jingga atau keemasan.
Pada asalnya pakaian rasmi ini hanya untuk isteri samurai pada zaman Muromachi dan di pakai semasa musim luruh.
Mereka secara beransur-ansur menjadi pilihan oleh pedagang dan bangsawan kaya semasa zaman Edo dan kini merupakan salah satu gaya pakaian tradisional yang paling popular untuk para wanita yang inginkan pengalaman perkahwinan impian tradisional Jepun.
Pakaian ini direka cantik dalam bentuk bunga sakura, burung bangau ataupun mengikut lambang kesesuaian Orang Jepun. Motif yang memberi lambang keberuntungan dan mengikut kesesuaian cita rasa mereka.
Manakala Amireen pula berbusana Kuromontsuki Haori Hakama iaitu pakaian pengantin bagi pihak lelaki.
Kuromontsuki Haori Hakama adalah kimono paling formal untuk lelaki dan digunakan oleh mereka yang berstatus samurai pada Zaman Edo.
Para era moden, pakaian ini telah digunakan dalam majlis atau acara rasmi seperti perkahwinan dan pengebumian.
Kuromontsuki Haori Hakama juga digunakan dalam persembahan teater dan seni mempertahankan diri.
'Haori' ialah kot ringan manakala 'hakama' adalah seluar. Habutai Hitam, dikenali sebagai nagagi kamon yang di celup dan dipasangkan dengan haori dan hakama.
Reka bentuk kimono bagi lelaki jauh lebih rendah daripada kimono yang dipakai oleh para wanita.
Kimono yang direka untuk lelaki mempunyai lengan yang melekat pada badan dan kurang dalam daripada lengan kimono wanita.
Masuk sahaja era moden, fabrik baju bagi kimono untuk lelaki menjadi contoh dalam membezakan bentuk baju tersebut.
Kimono untuk lelaki lebih matte dan menunjukkan corak yang halus. Walaupun kebanyakannya mempunyai warna gelap, kimono ini juga mempunyai warna terang seperti hijau dan biru.
Persalinan baju kedua pula, mereka mengenakan busana pengantin tuxedo hitam putih bagi pengantin lelaki dan manakala Dayana pula mengenakan dress berwarna merah gelap.
Amireen dan Dayana sama-sama menapak perlahan, menuju ke arah pelamin. Dekorasi pelamin dalam bentuk tema fairytale. Ditaburi bunga-bunga putih di tambah pula dengan rekaan rama-rama di setiap penjuru pelaminan dan dewan.
Sesi bergambar diakhiri dengan bridemaids Dayana yang terdiri daripada sepupu belah Amireen dan Dayana. Dee, Liyana dan Atiqah turut sertai. Manakala Khai dan Balqis menjadi pengapit mereka.
Setelah sesi bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan, Encik Azman selaku pengacara majlis meminta Amireen tampil di tengah-tengah dewan untuk memberi beberapa ucapan. Sempat lagi orang tua itu menyusik anak bongsunya.
Amireen tersengih. Dia turuti sahaja kehendak bapanya. Sebelum berjalan menapak ke arah Encik Azman. Dia sempat pula menyusik si isteri.
" Saya pergi kejap je tau. Jangan rindu pula ".
Dayana tersengih lebar.
Liyana dan Atiqah yang mendengar, mereka pula yang terasa cemburu. Alahai beginikah rasanya bila sudah bersuami.
YOU ARE READING
HERO MRS. DAYANA ( OG )
RomanceBook 1: 2021| Dayang Dayana seorang yang berbakat mencipta simulation characters with 3D yang telah beberapa kali hadiri interview oleh beberapa syarikat terkenal akhirnya giveup dengan usahanya. Sehinggalah suatu hari, Liyana tolong Dayana, mendap...