HMD: 15

67 4 2
                                    

ENTAH betul, entah tidak keputusan yang dia buat ni. Sebelum hari yang bakal berlangsung acara ni, dialah orang yang paling yakin. Mampu buat. Mampu kekal tenang. Bersungguh-sungguh dalam diri, yakinkan kau boleh.

Tapi bila hari itu dah tiba. Dialah orang pertama yang paling resah. Habis dahi, hidung dan tapak tangan berpeluh, dek kerana nervous punya pasal.

Apabila ketukan pintu dan suara dari luar, menyentak lamunan lelaki itu kembali ke dunia nyata.

" Miren! Kau dah siap belum? ". Tanpa tunggu kebenaran, orang disebalik daun pintu itu terus masuk sahaja ke dalam bilik Amireen.

Dia pandang Amireen atas bawah. Pucat habis muka!

" Kau ok tak? ". soal Zaf risau. Wajib tanya soalan itu. Takut-takut nanti ada yang pengsan untuk dua kali nanti. Takut-takut sejarah berulang kembali.

Amireen tak menjawab sebaliknya dia memutarkan semula badannya ke arah cermin. Menilik dirinya dalam pantulan itu.

Semua sempurna!

Tapi debaran didada tu aje bagaikan nak mati!

" Don't worry, this time I won't leave you alone again. Because you have a partner later.  So good luck ". Sempat juga Zaf berpesan sambil tergelak kecil. Sengaja nak kenakan Amireen.

Amireen lantas membalikkan tubuhnya, menghadap Zaf. Keningnya terangkat tinggi. Seriously,Zaf? Dalam keadaan begini pun sempat lagi dia hendak bergurau.

" Diam boleh tak Zaf? Engkau ni, macam tak nervous aje aku tengok. Relax semacam aje ".

Zaf ketawa kuat. Siapa yang nervous sekarang ni?

" Yang nervous tu kau. Bukan aku ".

" Before entering the hall, we will all gather together with others.  Wait for new characters to arrive.  Then we both move into the hall ".

" Sekejap lagi aku sampai. Kau gerak dulu. Nanti pandai-pandailah aku jalan sendiri ".

" Kau sure kau ok? Tak nak aku temankan? ". soal Zaf, meminta kepastian. Aku dah offer ni, jangan cakap nanti aku lupa kawan! Memang aku luku terus kepala Amireen nanti.

Amireen mengangguk perlahan. Mengiakan kata-kata Zaf, membawa maksud dia tak akan apa-apa.

Zaf mengangguk perlahan.

" Oklah kalau macam tu, aku tunggu dekat dewan. Jangan lambat ". Pamit Zaf.

Setelah kelibat Zaf menghilang. Amireen menghela nafas panjang. Tiba-tiba rasa pening pula.







" AKU tak sangka pula yang Syarikat The Maker Gaming Gamez ni yang lancarkan game enemylove and war. Patutlah rasa macam lain macam aje bila tengok muka masing-masing dekat Airport tempoh hari. Rupanya, nak tutup muka tak nak fans-fans tahu ". Atiqah bersuara. Dalam pada membebel, tangannya lincah menyiapkan Dayana.

Hari ini Dayana kena tarik sebagai watak main character. Mc. Atas sebab apa pun dia tak tahu. Tahu-tahu dua hari lepas, Encik Zaf hubunginya memberi tahu, suruh dia pakai costume cosplay main character. Bila ditanya kenapa? Mereka cakap, jalankan kerja seperti yang dia orang arahkan.

" Tiqah, boleh tak kalau aku tak nak buat? Aku tak biasalah. Aku mana pernah pakai baju macam ni. Sempit, panas. Nanti aku pengsan macam mana? ". soal Dayana. Risau juga kalau-kalau hal itu berlaku. Sudahlah ini kali pertama. Kalau bakal jadi benda buruk, lebih baik dia cegah dahulu.

Atiqah berdecit kecil. Lantas sikat rambut diletak diatas meja.

" Janganlah fikir bukan-bukan. Kau ni! ".

HERO MRS. DAYANA ( OG )Where stories live. Discover now