DAYANA terjaga daripada lenanya, bangun-bangun saja perut terasa lapar dan dahaga. Teringat makan malam tadi, dia hanya sempat jamah sedikit saja. Tiga suap. Selebihnya tidak mahu. Perut menolak.
Sekarang sudah 1 pagi dan perutnya meronta meminta diisi semula.
Dia mengeluh seketika. Hendak sambung semula tidurnya, tidak boleh. Selagi perut tidak diisi, dia tidak akan boleh tidur semula. Lebih-lebih lagi, sudah terjaga pasti susah juga mahu lena semula.
Dia bangun daripada pembaringan, dikerling juga Amireen yang masih lena tidurnya. Tidak berbaju hanya berseluar pendek.
Macam manalah dia boleh tidur dengan keadaan sebegitu. Tambah lagi dengan aircond terpasang. Sah kulit biawak.
Tanpa betah berlama dan tidak mahu menganggu lena Amireen, dia menapak keluar daripada bilik dan menuju ke dapur.
Peti sejuk besar milik Amireen di buka dan dia melihat segala isi dalamannya.
Ada barang basah dan juga makanan ringan.
" Wah... ada tteokbokki! ".
" And sushi too?! ".
Dia menjerit kecil tatkala melihat dua makanan kesukaannya. Amireen ni macam tahu-tahu sahaja yang dia memang akan makan makanan ni bila time period. Ni kalau ada ramen, lagi seronok!
Dia berjalan ke arah rak pula. Kut-kut kalau ada ramen.
Dan yes!
" Ada juga? Oh samyangku... mummy coming for you dear... ". Dayana menyanyi kecil sambil mengangkat tinggi maggie ramen tersebut. Menari dan berpusing.
Tanpa berlengah, dia mengambil periuk kecil, masak ramen. Tidak lupa juga, tteokbokki dan sushi juga dikeluarkan.
Dah siap, dia hidangkan ke dalam pinggan dan di bawa semuanya ke ruang tamu.
Makan sambil tonton cerita.
Tidak silap, dekat tv Amireen ada Netflix. Jadi inilah peluang yang harus dia gunakan.
Tv dinyalakan dan dia mula menonton movie. Sambil tangan menyuap makanan ke dalam mulut.
" Ya Allah... sedapnya! ". Kedua matanya terpejam rapat, menikmati kesedapan maggie ramen, tteokbokki dan sushi.
Rasa tteokbokki dan sushi itu sungguh sedap. Lebih sedap lagi daripada dekat kedai. Agak-agak dimana Amireen membelinya ye? Dia nak borong satu kedai nanti.
Bagaikan keanak-anakkan dia menikmati makanannya. Kalau orang lain nampak, pasti dia ingat Dayana tidak makan macam setahun. Kebulur!
" What's are you doing, ayang? ". Soal Amireen pelik. Apa yang Dayana buat tengah-tengah pagi buta begini. Dia menghampiri. Melihat segala yang dilakukan oleh isterinya.
Lah makan rupanya...
Hampir-hampir hendak tercekik dan tersembur makanan Dayana tatkala di sapa oleh Amireen. Terkejut.
Cepat-cepat dia mencapai segelas air green tea dan meneguk nya dengan rakus. Setelah lega barulah dia menjawab soalan Amireen tadi.
" Maaf saya ganggu lena awak. Saya lapar jadi saya turunlah ke bawah, cari makanan kut-kut ada. Nasib baik ada, jadi saya makanlah ". jawab Dayana polos sambil tersengih kecil. Harap-haraplah Amireen tak marah.
Amireen menghela nafas kecil sambil menggeleng kepala. Patutlah tadi rasa macam tidak ada orang dekat sebelah.
" Awak makan pedas? Tak bagitahu saya pun ".
YOU ARE READING
HERO MRS. DAYANA ( OG )
RomanceBook 1: 2021| Dayang Dayana seorang yang berbakat mencipta simulation characters with 3D yang telah beberapa kali hadiri interview oleh beberapa syarikat terkenal akhirnya giveup dengan usahanya. Sehinggalah suatu hari, Liyana tolong Dayana, mendap...