HMD: 16

63 4 0
                                    

" CIK Dayana... ".

" Cik Dayang... ".

Bersilih ganti dia mendengar namanya disebut setelah sepenuhnya sedar bangun daripada pengsan tadi. Sebaik sahaja kelopak mata sepenuhnya buka, satu demi satu figura yang ada disitu, menyapa matanya.

Semua rakan kerjanya ada disitu. Termasuklah, Amireen.

" Syukur alhamdulillah, Cik Dayana dah sedar ". Ujar Khai, tanda syukur. Berderau darahnya seketika tatkala melihat gadis itu rebah atas pentas dewan. Mujur pada waktu itu ada Amireen, menyambut tubuh Dayana. Kalau tidak, pasti gadis akan jatuh terus ke bawah pentas. Nak nak pentas itu tak adalah besar mana. Kecil sahaja.

" Cik Dayana betul-betul ok? Kami semua risau ni ". Sampuk Haif pula.

" Cik Dayana tak makan ke tadi? Tak sihat ke? ". Soal Syah pula.

Dalam diam Dayana tersengih. Kalaulah mereka tahu sebab kenapa aku pengsan. Pasti mereka tak akan percaya.

Perlahan-lahan matanya mencuri-curi pandang, Amireen yang jauh dari mereka. Duduk dekat satu sudut sambil menyilang kaki, memandang ke arah tempat mereka berkumpul.

Muka lelaki itu hanya tayang riak kosong sahaja.

Sebaik sahaja mata menyatu mata dengan lelaki itu, Dayana cepat-cepat kembali fokus pada yang lain. Mendengar bicara masing-masing.

" Haah, betul kami risau sangat-sangat. Takut-takut kalau disebabkan kami. Cik Dayana jatuh pengsan. Maafkan kami ye, Cik Dayana ". Ujar Najmi, beria-ria lelaki itu tunduk tanda minta maaf.

Dayana tarik nafas panjang. Serba salah pula membiarkan lelaki itu dalam keadaan begitu.

" Encik Najmi, awak semua. Berhentilah salahkan diri sendiri. Saya tak ada apa-apa, saya ok aje. Cuma tadi saya mungkin nervous sebab inikan kali pertama saya jalankan event cosplay dan hadap ramai orang ". Ok sekurang-kurangnya dia tak lah tipu. Memang benar dia ada juga rasa nak pengsan, terkejut, gementar takut tatkala berhadapan dengan ribuan orang peminat tadi. Lebih-lebih sana sini, semuanya penuh dengan jurukamera, wartawan dan pelbagainya, merakam setiap pengerakan incinya.

Tapi alhamdulillah dia boleh control lagi. Tapi apabila lihat wajah Hafiz muncul dalam berpakaian cosplay Zyne, berjalan atas pentas dengan lagak cool, macho dan 100% persis karakter Zyne. Betul-betul buat dirinya nak pengsan betul. Dalam benak kepala beribu soalan benarkan Hafiz yang jadi karakter Zyne selama ini? Lelaki itu kah?

Bila lelaki itu berdiri betul-betul dihadapannya, terus semuanya berpinar dan gelap. Tak nampak apa-apa, tak sedarkan diri. Dia hanya dengar semuanya sayup-sayup sahaja, badan dicepung. Sebelum semuanya senyap, gelap dan tak rasa apa-apa.

" Cik Dayana tahu tak, kami memang risau dengan keadaan Cik Dayana. Tapi tadi, orang yang paling risau gila adalah Sir. Bukan main panik lagi muka Sir tengok Cik Dayana pengsan atas pentas tadi ". Najmi mula membuka cerita.

Dayana berkerut, hairan. Sir? Dia ada kat sini ke? Bukankah Zaf kata dia outstation?

Tatkala itu, tangan Zaf laju sahaja menyiku lengan Najmi. Sayangnya Najmi hanya buat bodoh sahaja.

" Sir ada kat sini? ". soal Dayana.

Najmi mengangguk laju.

" Yelah siapa lagi. Sir lah yang angkat Cik Dayana bawa ke sini ". Waktu ini Zaf berkali-kali menahan, menghalang Najmi meneruskan ceritanya. Tapi Najmi seolah-olah dalam mimpinya. Tak peduli langsung orang sekeliling melihat, mencubit, menampar. Yang penting dia tetap mahu bercerita.

" Mana Sir nya? Saya tak nampak pun ". Melilau mata Cik Dayana memerhati sekeliling. Yang ada hanya dia, mereka dan Hafiz. Mana Sir nya?

Najmi menghela nafas panjang. Punyalah Sir besar gajah tak boleh nampak?

HERO MRS. DAYANA ( OG )Where stories live. Discover now