Klak!
"Chan dah balik" ujar Chan selepas dia mengunci pintu rumahnya itu- atau lebih tepatnya rumah yang dikongsi bersama 12 orang lelaki dewasa yang lain.
"Eo? Chan dah balik?" tanya seorang lelaki yang sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen.
"Hm" Chan hanya berdehem kecil sambil memberikan senyuman kecil kepada lelaki itu a.k.a salah satu abangnya yang tinggal di rumah itu.
Chan berjalan menuju ke arah lelaki itu lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan lelaki itu.
"Macam mana kerja hari ni? Okay?" tanya lelaki itu kepada Chan.
"Okay, cuma itulah hari ni banyak pulak kerja. Kena angkat kotak-kotak yang baru sampailah,pastu kena hantar barang pulak, pastu entah macamana ada orang mengamuk pulak dekat depan kedai tu habis semua meja terbalik". adu Chan kepada abang kedua tertua sambil menggeleng perlahan kepalanya mengenangkan peristiwa yang berlaku sepanjang dia bekerja pada hari itu.
Jeonghan hanya memandang wajah si bongsu sambil tersenyum kecil melihat si bongsu yang semangat bercerita tentang hari bekerjanya itu.
Setiap kali Chan pulang dari tempat kerjanya, mesti ada seseorang yang setia menunggu kepulangannya di ruang tamu rumah mereka. Memang itu seperti rutin harian mereka- tanya soalan dan dengar segala cerita atau luahan daripada si bongsu.
"Chan ada rasa sakit kepala tak? Makan tak tadi ubatnya?" tanya Jeonghan kepada Chan.
"Tadi ada lah juga rasa sakit sikit tapi Chan terus makan ubat". jawab Chan sambil tersenyum kecil. Jeonghan hanya mengangguk perlahan dan membalas semula senyuman Chan.
"Nanti sebelum tidur jangan lupa makan ubat dulu ye". kata Jeonghan sebelum matanya kembali menoleh ke arah televisyen.
"Okay hyung". jawab Chan sambil mengangguk perlahan lalu menoleh ke arah televisyen.
Suasana menjadi sunyi seketika sebelum suara Chan memecahkan suasana yang hening itu.
"Chan minta maaf sebab selalu buat hyung-hyung semua risau pasal Chan".
Jeonghan menghembus nafas perlahan sebelum memandang ke arah lelaki yang duduk bersebelahan dengannya, kepalanya ditundukkan memandang lantai sambil bermain-main dengan jari-jemarinya.
Sebelum Chan berkata demikian, dia sudah mengagak yang si bongsu akan berkata begitu. Bahkan bukan dia seorang yang selalu mendengar kata-kata itu, setiap daripada mereka yang selalu menunggu Chan pulang mesti akan mendengar kata-kata itu dan setiap kali itu jugalah mereka akan rasa bersalah kerana si bongsu selalu menyalahkan dirinya tentang perkara yang lepas.
"Chan, kitaorang tak pernah pun rasa terbeban selama kitaorang jaga kau. Lagipun kitaorang dah anggap kau macam adik kitaorang sendiri dan dah jadi satu tanggungjawab untuk kita semua ambil berat satu sama lain. Hyung minta satu benda je daripada kau, tolong berhenti salahkan diri sendiri pasal apa yang jadi dekat diri kau sekarang. Kitaorang dapat tengok kau masih hidup sampai sekarang dan selalu ceria macam dulu pun dah cukup bahagia dah." ujar Jeonghan sambil memegang kedua belah bahu Chan.
"Tapi kalau hidup pun asyik menyusahkan orang buat apa hyung". balas Chan dengan suara yang sedang menahan tangisan.
Melihatkan keadaan Chan yang ingin menangis, Jeonghan terus memeluk si bongsu sambil menepuk perlahan badannya.
"Kau tak menyusahkan kitaorang pun sikit pun tak. Kitaorang tak kisah pun lah. Kalau kau tak percaya kau tanyalah mana-mana abang kau yang ada dekat dalam rumah ni, mesti diorang pun akan cakap benda yang sama macam aku cakap ni. Dah lah berhenti salahkan diri sendiri, benda dah nak jadi nak buat macamana, iyo idok? haha". ucap Jeonghan sedikit ketawa melihat tingkah laku adiknya itu.
Jeonghan melepaskan pelukan lalu memandang wajah si bongsu.
"Dah lah jom tidur dah lewat sangat ni esok kerja pulak tu". sambungnya lagi sebelum menggapai alat kawalan jauh untuk menutup tv. Dia kemudiannya berdiri dan berjalan ke arah televisyen lalu mematikan suisnya. Chan tidak menjawab melainkan hanya mengangguk perlahan dan mengikuti langkah si abang menaiki tangga.
Sebelum Chan memasuki biliknya yang dikongsi oleh dua orang abangnya yang lain iaitu Seungkwan dan Hansol, dia sempat memeluk Jeonghan.
"Terima kasih hyung". ucap Chan lalu melepaskan pelukan itu. Si abang hanya memberikan senyuman lebar lalu mengusap lembut kepala si bongsu.
Selepas itu, masing-masing memasuki bilik tidur sendiri.
Chan tidak terus tidur malahan dia pergi membersihkan diri terlebih dahulu kerana dia baru sahaja pulang dari tempat kerja. Selesai membersihkan diri, dia duduk di bahagian hujung katil Seungkwan untuk makan ubat.
Seketika, matanya tertancap pada dua orang abangnya yang sedang diulit mimpi, tanpa dia sedar bibirnya mengukir senyuman kecil.
Selesai makan ubat, dia memanjat tangga katilnya perlahan-lahan untuk mengelakkan sebarang bunyi keluar. Disebabkan mereka berkongsi bilik, jadinya mereka perlu menggunakan katil dua tingkat untuk menjimatkan ruang dalam bilik.
Katil Chan terletak pada bahagian atas katil Seungkwan manakala, katil Hansol pula berada bersebelahan dengan katil mereka berdua.
Chan menghempaskan tubuhnya di atas katil. Dia mengeluh perlahan dan memandang siling biliknya.
"Kalau lah dulu aku tak lemah mesti aku tak sakit macam ni. Aku nak putar balik masa, aku nak bagitahu dekat diri aku yang kecil untuk jadi budak yang kuat, jadinya aku tak payah susahkan orang lain lagi". Selesai dia berkata demikian, dia menutup matanya dan disebabkan terlalu penat dengan kerjayanya dia terus diulit mimpi.
Jam dinding tepat menunjukkan pukul 12 malam selepas sahaja Chan mengatakan keluhannya itu. Tanpa sesiapa pun yang sedar, jarum jam tersebut berpusing mengikut lawan arah jam dan semakin lama pusingannya semakin laju.
-
bersambung~-----------------------------------------------------------
Hai! Selamat berkenalan. Ini buku pertama Afi sebab Afi tak pernah lagi tulis mana2 buku. Harapnya korang suka dengan first chapter ni. Maaf untuk segala kekurangan dalam buku ni.
So, enjoy! and have a nice day!
YOU ARE READING
Future | SVT Lee Chan
Fanfiction"Kalaulah dulu aku tak lemah mesti aku tak sakit macam ni." kata Chan sendiri. - "Chan hyung jangan tinggalkan kita" "Hyung tak tinggalkan Chan, hyung akan tetap ada dengan Chan..." "...dekat sini". sambungnya lagi sambil menepuk perlahan dada ba...