Still Chan's pov:
Sampai sahaja di dapur, kelihatan sosok tubuh badan Seokmin hyung sedang sibuk mengemas dan memasak, kot.
Tangan kecil Chan dilepaskan lalu dia terus menyorok di belakang ku. Aku hanya menggeleng perlahan, nampaknya dia masih takut. Tanpa melengahkan masa, aku terus memanggil Seokmin hyung.
"Seokmin hyung".
Seokmin hyung yang mendengar namanya dipanggil, terus memusingkan badannya menghadap aku.
"Ya ada apa Chan?" tanya Seokmin hyung dengan kedua-dua keningnya diangkat.
"Chan nak kenalkan seseorang dekat hyung ni. Nak kenal tak siapa?" balas ku sedikit teruja.
"Siapa? Girlfriend kau?" tanya Seokmin hyung sekali lagi dengan sedikit mengusik.
Aku memandang datar wajahnya. Sabar jelah dengan hyung seorang ni.
"Ish hyung ni, bukan lah". jawab ku sedikit mencebik. Manakala Seokmin hyung hanya tergelak kecil.
"Yelah2, ha siapa?"
Aku tidak terus menjawab sebaliknya aku hanya memberikan isyarat mata yang mengatakan budak tu ada di belakang aku.
Seokmin hyung yang masih tidak faham dengan situasi itu hanya berkerut dahi. Aku yang melihat ekspresi wajahnya itu mengeluh perlahan sebelum mula membuat isyarat mulut pula, 'dia dekat belakang aku.'
Bibir Seokmin hyung hanya membentuk 'oh' dengan kening yang terangkat. Mungkin dia teruja. Dia menjenguk sedikit bahagian belakang ku dari tempat dia berdiri.
Tapi entah kenapa, Seokmin hyung tiba2 menjerit dan berlari kecil ke arah kami berdua lalu dia menyamakan tingginya separas dengan budak lelaki itu.
"HAI AWAK, NAMA SAYA LEE SEOKMIN!!. NAMA AWAK SIAPA?!!HMM??!!" sapa Seokmin hyung terlebih ramah dengan senyuman lebar di bibirnya.
Aku hanya menepuk dahi melihat tingkah laku hyung yang seorang ni. Perangai macam budak2. Ini baru seorang yang jumpa budak ni, belum lagi 11 hyung yang lain, mahu meraung agaknya budak kecil ni nanti.
"Awak jangan lah takut dengan saya, saya tak makan budak lah". sambungnya lagi apabila budak kecil ini tidak menjawab sapaannya.
"Macamana dia tak takut dengan hyung, kalau hyung tiba2 je menjerit macam ikan dolphin tadi".
"Shhh kau diam, aku tak tanya kau, aku tanya dia". balas Seokmin hyung manakala aku hanya mampu memberikan rupa are-you-kidding-me-hyung?!
End Chan' pov.
-
Author pov:
Selepas beberapa minit sesi pujuk-memujuk, akhirnya si Chan kecil terbuka hati untuk memperkenalkan dirinya kepada Seokmin. Lama-kelamaan Chan kecil menjadi semakin rapat dengan Seokmin sebab Seokmin banyak buat benda lawak.
Benda yang dia masak tadi? Dia tak masak pun, dia cuma mengemas dapur dan masukkan barang2 dapur yang dia baru beli tadi ke dalam peti ais. Tapi disebabkan terlalu bahagia bermain dengan Chan kecil, dia tinggalkan semua tu dan menyuruh Chan besar yang sambung kemas.
-
Seperti yang Chan dewasa duga, para hyungnya itu akan menjadi terlebih teruja apabila berjumpa dengan Chan kecil.
"Aku dah balik" ucap Jun yang baru pulang itu.
Dia berjalan menuju ke biliknya, namun dia berhenti seketika apabila dia terlihat satu sosok tubuh yang kecil sedang duduk di sofa ruang tamu itu. Tanpa berfikir, dia menyapa budak itu.
YOU ARE READING
Future | SVT Lee Chan
Fanfiction"Kalaulah dulu aku tak lemah mesti aku tak sakit macam ni." kata Chan sendiri. - "Chan hyung jangan tinggalkan kita" "Hyung tak tinggalkan Chan, hyung akan tetap ada dengan Chan..." "...dekat sini". sambungnya lagi sambil menepuk perlahan dada ba...