31

62 11 9
                                    

"Guys! Air dah siap!" jerit Jeonghan setibanya dia dihadapan muka pintu. Kedua-dua belah tangannya pula membawa sedulang air yang dibuatnya tadi.

Dia berjalan ke arah rakan-rakannya sebelum meletakkan dulang air itu diatas tanah yang dipenuhi salji itu. Ahli SEVENTEEN juga terus bangun dari perbaringan apabila air itu sudah sampai dihadapan mereka.

"Ha ambil lah sorang satu" kata Jeonghan sambil bercekak pinggang. Dia hanya memerhatikan rakan-rakannya itu mengambil sebiji cawan setiap seorang. Selepas itu, dia duduk bersila dihadapan Soonyoung selepas mengambil secawan coklat panas.

"Wah! Sedapnya!" ucap Wonwoo gembira.

"Terima kasih, Jeonghan hyung!"

"Terima kasih Jeonghan!"

Ucap mereka semua serentak. Jeonghan pula hanya tersenyum manis. Dia malu sebenarnya. Mereka pun terus menikmati air yang dibuat oleh Jeonghan sambil berkongsi cerita.

"Jeonghan hyung" sapa Mingyu yang sedang duduk disebelah Seungcheol. Jeonghan terus menoleh ke arah Mingyu apabila namanya dipanggil.

"Apa, Gyu?"

"Itu hyung bawa kamera tu, untuk ambil gambar ke?" soal Mingyu sambil menunjuk ke arah kamera yang tergantung dileher Jeonghan. Jeonghan memandang sekilas ke arah kameranya itu sebelum memandang ke arah Mingyu dengan senyuman manis dan mengangguk perlahan. Mata Mingyu terus terbuntang luas.

"Jom! Ambil gambar" ajak Mingyu riang sebelum bangun dan berlari anak ke arah Jeonghan. Jeonghan pula terus meletakkan cawannya didalam dulang sebelum menyerahkan kamera itu kepada Mingyu.

"Okay! Semua duduk rapat-rapat. Dalam kiraan satu dua tiga!"

Kcakk!!

Bunyi ketikan kamera yang datang dari kamera milik Jeonghan kedengaran. Seketika kemudian, sekeping gambar keluar dari kamera itu. Mingyu mengambil kepingan gambar itu dan terus menunjukkan kepada kawan-kawannya.

"Cantik tak?" tanya Mingyu teruja. Ahli yang lain pula sudah berkerumun di kelilingnya untuk melihat gambar itu.

"Cantik!" jawab mereka serentak.

"Ambil lah lagi!" ucap Seungkwan sambil tersenyum teruja. Mingyu pula terus memandang ke arah Jeonghan yang berada di sebelahnya.

"Boleh ke hyung?" soal Mingyu penuh berhati-hati sambil tersenyum kecil. Jeonghan hanya membalas dengan senyuman manis di wajahnya sambil mengangguk perlahan.

"Yeayy!" sorak mereka gembira. Kepingan gambar tadi diletakkan didalam dulang air sebelum mereka mengambil gambar yang lain.

Kcakk!!

Kcakk!!

Kcakk!!

Bunyi ketikan kamera kedengaran lagi. Mereka semua mengambil banyak sangat gambar pada malam itu. Ada gambar mereka yang sedang membuat orang salji. Ada gambar mereka yang sedang bermain kejar-kejar. Ada juga gambar mereka yang sedang berbaring diatas salji, sama seperti yang mereka lakukan semasa menunggu Jeonghan tadi.

Selepas mengambil gambar, mereka menyambung kembali semua aktiviti dan permainan yang mereka buat seperti mula-mula tadi.

"Mingyu hyung" sapa Dino kepada Mingyu yang sedang asyik membuat orang salji bersama Jun dan Seungkwan.

"Iya Chan, kenapa?" soal Mingyu lembut sambil memandang anak mata Dino.

"Errr gambar yang hyung ambil tadi, kat mana ek?"

"Ouhh ada dekat dalam dulang air tu" jawab Mingyu sambil memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah dulang air. Dino turut memandang sekilas ke arah yang ditunjukkan oleh Mingyu sebelum kembali memandang Mingyu dengan senyuman kecil.

Future | SVT Lee ChanWhere stories live. Discover now