8

91 17 0
                                    

"SEVENTEEN!! TURUN MAKAN!! MAKAN MALAM DAH SIAP NI!!" jerit Mingyu selepas sahaja dia meletakkan mangkuk yang berisi lauk di atas meja makan.

Tidak lama kemudian, turunlah beberapa ahli SEVENTEEN dan duduk di meja makan. Jangan lupa, Chan kecil masih ada dekat rumah tu.

"Wahh nampak sedap!" ucap Chan kecil teruja.

Mingyu dengan Jun yang dengar tu apalagi, bangga kejap lah diorang.

"Psstt, jangan puji macam tu, nanti diorang kembang, tengok tu muka diorang" ucap Soonyoung lalu memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah dua orang lelaki tinggi lampai itu.

"WOI! KITAORANG DENGAR LAH!"

"Aku pun dengar" ujar Wonwoo selamba sambil mengunyah makanannya.

"Entah mamat tinggi lampai ni, kita semua dengar, dah sah lagi bersuluh yang si Soonyoung ni cakap kuat-kuat" ujar Jeonghan pula.

Plakkk!!

"Adoii!! Sakitlah kepala aku kau ketuk guna benda alah tu!!" jerit Jeonghan sambil mengusap kepalanya selepas sahaja Wonwoo mengetuknya menggunakan senduk yang entah dari mana dia dapat.

"Peribahasa mana hyung ambil tu?" ujar Wonwoo sedikit berkerut.

"Entah, aku main sebut je, asal sedap di mulut"

"Haihhh, salah! Mana ada peribahasa dah sah lagi bersuluh, terang lagi bersuluh adalah!" bidas Wonwoo sambil berura-ura untuk mengetuk lagi kepala hyungnya itu.

"Yelah2, ha terang lagi bersuluh yang si Soonyoung ni cakap kuat-kuat, memang lah kau dengar!" ucap Jeonghan sebelum memberikan wajah telinga-tak-de-ke kepada Mingyu dah Jun.

Manakala Jun dan Mingyu hanya membiarkan kata-kata Jeonghan berlalu di bawa angin begitu sahaja.

"Memang lah kau dengar, dah aku cakap kuat, kau ada nampak ke yang aku ni tengah berbisik dekat budak kecil ni" balas Soonyoung pula. Manakala Chan kecil pula hanya tergelak kecil melihat telatah lelaki-lelaki dewasa itu.

"Amboiii, sukanya dia" tegur Joshua yang perasan muka bahagia Chan kecil itu.

"Opss, maaf.." ucap Chan kecil malu, kedua-dua belah tangan kecilnya ditekup di mulutnya.

"Hahahahahaha" kini tiga belas lelaki dewasa itu pula yang ketawa melihat gelagat budak kecil yang seorang ini.

"Eeeeiiiii, comelnya awak ni" lalu pipinya yang tembam itu digomol oleh Seungkwan yang duduk di sebelahnya.

"Yang ni pun comel" ucap Vernon lalu dia mencubit perlahan pipi Seungkwan. Manakala Seungkwan dah malu-malu buah tangerin kat situ.

"Dah mula dah budak dua orang ni" ucap Jihoon yang duduk berhadapan dengan VerKwan.

"Jihoon-  " Soonyoung yang berura-ura untuk bangun dan mencubit pipi Woozi terbantut apabila lelaki itu memandangnya tajam.

"Tak payah nak mengada, makan" balas Woozi dingin.

"Hoshi hyung, tengok ni" ucap Seokmin lalu dia mencucuk pipi Woozi perlahan. Manakala yang dipanggil, hanya memandang Seokmin datar plus tak puas hati.

"Seokmin, makan" ucap Woozi dingin.

"Okay2" lalu dia tersenyum sinis ke arah Soonyoung. Dalam hati Soonyoung, dia dah sumpah seranah si Seokmin ni.

Pupp

"Pipi hyung pun comel, gebu" ucap Chan kecil manakala jarinya yang kecil mencucuk pipi Hoshi.

"Hek malu lah kita awak, terima kasih..hekhek" balas Hoshi malu-malu lalu mengusap lembut rambut Chan kecil.

"Eh gedik" ucap Wonwoo sambil matanya melirik ke tempat tangan yang kecil itu. Dia cemburu sebenarnya ni, tapi itulah tak de siapa yang nak cucuk pipi dia.

"Entah, gedik. Budak lelaki je yang puji, bukannya budak perempuan ke apa" ucap Mingyu pula.

"Kuatnya alahai perasan tu, rendahkan sikit,please" sambung Joshua.

"Aku lagi handsome dari kau" tambah Jun pula.

"Entah aku lagi comel dari kau" lalu kesemua memandang ke arah Woozi.

"Lahh, tetiba nak puji diri sendiri tu comel dah kenapa Ji?" kata Jeonghan dengan sinis.

"Entah Jihoon hyung ni, cemburu lah tu sebab Chan kecil tak puji dia" sindir Minghao pulak.

Manakala si Woozi ni pulak, dah mati akal nak cakap apa, disumpah seranahnya diri sendiri sebab terlepas cakap plus cemburu punya pasal. Pendek kata, semua yang cakap dekat atas tadi tu cemburu dengan Hoshi.

"Kenapa hyung? Okay tak tu?" tambah Mingyu pula. Saja nak bagi si Woozi ni berapi lagi. Kang ada yang kena
makan gitar, apa pun tak dapat.

"Diam Kim Mingyu, aku bagi makan gitar kejap lagi kang" bidas Woozi dingin. Dia ni asyik dingin je dari tadi, urus masalah negara ke apa.

"Dah2 makan cepat, tak baik gaduh depan makanan" tegur Seungcheol pula yang dari tadi hanya memerhati perang mulut adik-adiknya itu.

"Entah korang ni, banyak kali dah tegur jangan gaduh depan makanan, tak faham bahasa ke?" sambung Jeonghan pula. Amboi, dia tak sedar yang dia menambah 'perisa' pedas tadi.

"Eh kau ni, dua kali lima jelah perangai kau tu" balas Jisoo sebelum menjeling Jeonghan yang sudah tersengih-sengih kambing. Dia jeling sikit je, tak boleh lebih-lebih, nanti ada perang lain pula yang jadi.

"Jeonghan hyung tak sedar diri" ucap Seokmin selamba sambil mengunyah makanannya.

"Eh buda- "

"Nah hyung makan ni, makan banyak-banyak taw, sedap tahu Jun masak" potong Jun cepat-cepat sebelum meletakkan beberapa potongan daging di dalam pinggan Jeonghan. Dia malas nak dengar perang mulut lagi satu, itu dia cepat-cepat potong ayat Jeonghan tu.

"Bagus Jun bagus, aku pun malas nak dengar perang tak matang ni" ucap Seungcheol dengan muka reda dia tu lalu memberikan thumbs up kepada Junhui.

Manakala Dino hanya memandang mereka yang lain lalu tersenyum kecil. Lagi-lagi apabila dia terpandang wajah bahagia Chan kecil. Budak kecil tu dah tergelak-gelak dah, dah lah gelak dia tu sebiji macam Dino.

"Ala jangan risau lah, kau tetap maknae kesayangan kitaorang" ujar Vernon tiba-tiba sebelum meletakkan beberapa potongan daging di dalam pinggan Dino.

"Hah??" jawab Chan dengan kedua keningnya terangkat.

"Kau cemburu kan sebenarnya sebab si kecil tu main dengan hyung-hyung kau, ala, don't worry lah, dia tu budak kecil je tak kan lah dengan budak kecil pun kau nak cemburu" balas Vernon lagi.

"Ketibaan apa pulak lah Hansol hyung ni, sejak bila pulak orang cemburu"

"Ouhh kau tak cemburu ea?" soal Vernon malu. Yelah dah salah anggap, malu lah..HAHAHAHAHA

"Tak" jawab Dino lalu menggeleng perlahan.

"Ouhh okay2, ha makan-makan" manakala si Dino ni hanya tersenyum kecil sebelum menyambung makan.

"Buat apa aku nak cemburu hyung, dia tu aku, bezanya dia dari masa lalu dan aku dari masa hadapan" desis kata hati Chan besar.

Mereka semua pun meneruskan aktiviti makan malam mereka dengan beberapa perang mulut untuk kali yang ke berapa pun aku tak tahu, dan diselangi dengan kesunyian seketika sebab papa Cheol marah..HUEHUEHU

-
bersambung~
-----------------------------------------------------------

Sambung di chapter yang seterusnya!

Bye! and have a nice day!

Future | SVT Lee ChanWhere stories live. Discover now