Sedang Chan duduk elok di katil milik Seungkwan, dalam masa yang sama fikirannya juga sedang melayang memikirkan semula perbualan antara dia dan Chan kecil.
"Chan rindu dekat mama dengan papa tak?" soal Dino sambil memandang wajah Chan kecil di sebelahnya.
"Rindu. Chan nak sangat jumpa diorang. Kita ada adik lelaki taw. Nama dia Lee Geon" ucap Chan teruja, lagi-lagi bila dia bagitahu yang dia ada adik lelaki.
"Lee Geon?"
"Hm" balas Chan kecil sambil mengangguk. Manakala Dino hanya tersenyum kecil sebab dia memang dah agak dah nama itu yang akan disebut Chan.
"Chan rindu Geon juga ke?"
"Rindu. Kita nak main dengan dia, kita selalu main sama-sama dengan dia"
"Kalau Chan ikut hyung balik kampung nak?"
"Jumpa mama dengan papa kita ke?"
"Haah, jumpa mama dengan papa Chan hyung"
"Hah?" tanya Chan kecil sambil kepalanya disenget kan sedikit ke kanan, pelik dengan pernyataan Dino.
"Haha, okay lah macam ni. Kalau hyung cakap mama dengan papa Chan adalah mama dengan papa hyung juga, macam mana?"
"Maksud hyung?" makin berkerut dahi Chan kecil.
"Maksud hyung, mama dengan papa kita berdua adalah orang yang sama"
"Boleh ea macam tu? soal Chan kecil dengan jari kecilnya diletakkan di dagu, seolah olah sedang berfikir.
"Nama papa hyung apa?"
"Lee Ji Kyo" manakala Chan kecil pula terkejut.
"Nama mama hyung pula?"
"Song Hye Joon" lagi sekali Chan kecil terkejut, tangan kecilnya menutup mulutnya yang dah ternganga luas. Manakala Dino hanya tersenyum kecil melihat gelagat si kecil.
"Kalau hyung cakap yang Chan datang dari masa lalu, Chan percaya tak?" si Chan kecil hanya berdiam diri tanda dia masih tidak memahami situasi itu.
Lalu, Dino meneruskan lagi kata-katanya."Hyung adalah Chan dan Chan adalah hyung. Bezanya hyung adalah Chan dari masa depan dan Chan adalah hyung yang datang dari masa lalu" katanya sambil jarinya digerakkan silih berganti ke arah dirinya dan kemudian ke arah diri Chan kecil.
"Maksud hyung, kita berdua ni.. orang yang sama? Tapi berlainan dunia?"
"Yup, kita orang yang sama, tapi bukan berlainan dunia, cuma berbeza masa" ucapnya lalu mengusap lembut kepala si kecil sebab dia semakin faham akan situasi itu.
Tiba-tiba, tubuh sasa Dino dipeluk erat oleh Chan kecil.
"Nak" ucapnya dalam keadaan mukanya masih ditenggelamkan di dalam dakapan Dino.
"Nak apa?" soal Dino sedikit berkerut.
"Nak jumpa mama dengan papa dengan Geon. Chan rindu dekat diorang semua" ucapnya lagi tapi kali ini kepalanya di dongakkan memandang wajah Dino.
"Okay, esok lusa kita balik kampung, okay?" ajak Dino lalu tersenyum kecil manakala si Chan kecil hanya mengangguk laju.
"Haih, nasib dia cepat faham, kalau tak jenuh aku nak jelaskan benda alah ni semua" bisik Dino sedikit kuat, cukup untuk dirinya sahaja yang mendengar.
"Oi, menung apa je tu?" tegur Seungkwan yang baru keluar dari bilik air lalu duduk disebelah Dino.
"Ouhh hyung, ta-takde apa-apa" balas Dino sedikit tergagap. Memang lah tergagap, dah menipu.
"Ubat dah makan dah ubat?" tanya Seungkwan sedikit tegas sambil matanya memandang tepat ke dalam mata Dino.
"A-ah ubat, hehe belum" balasnya sambil tersengih otter lalu dia cepat-cepat menggapai botol ubatnya.
"Haih kau ni, asyik lupa je nak makan ubat. Kalau tetiba sakit tu datang macam mana?" bebel Seungkwan yang hanya melihat gelagat Dino sedang makan ubat. Manakala si Dino hanya menadah telinga mendengar bebelan itu, maklum lah dah biasa.
"Kan dah besar, kena lah pandai-pandai ingat sendiri. Kalau hyung tak de nanti, siapa nak ingatkan kau? Pastu kalau tak makan ubat ikut masa dia, macam mana nak cepat sihat? Hm?" sambung Seungkwan lagi.
"Aishh hyung, yelah-yelah Chan tak lupa dah lepas ni pastu Chan makan ikut masa dia, okay? Hyung jangan lah risau" balas Dino sebelum tersenyum lebar ke arah Seungkwan.
"Alah kau, cakap je macam tu, nanti lupa lagi pastu buat lagi" kata Seungkwan lagi sambil menyilangkan tangannya lalu dia berpaling membelakangi Dino.
"Alololo, merajuk ke hyung, aigoo Kwannie hyung merajuk lah" ujar Dino lalu dia mencucuk perlahan pinggang Seungkwan.
Seungkwan yang tidak boleh menahan lagi rasa geli terus memalingkan semula tubuhnya ke arah Dino lalu memeluknya.
"Janji dengan hyung, jangan sakit-sakit lagi okay?" ucap Seungkwan sambil menepuk-nepuk belakang badan Dino.
"Iya, Chan janji. Chan janji Chan tak akan sakit lagi dan kita akan hidup bahagia tanpa fikir pasal sakit Chan lagi" balas Dino lalu tersenyum tawar.
"Aku janji hyung, aku akan ubah semuanya dan hyung tak payah lagi risaukan pasal aku. Chan, aku cuma boleh harapkan kau je sekarang ni" bisik kata hati Dino.
-
bersambung~
-----------------------------------------------------------
YOU ARE READING
Future | SVT Lee Chan
Fanfiction"Kalaulah dulu aku tak lemah mesti aku tak sakit macam ni." kata Chan sendiri. - "Chan hyung jangan tinggalkan kita" "Hyung tak tinggalkan Chan, hyung akan tetap ada dengan Chan..." "...dekat sini". sambungnya lagi sambil menepuk perlahan dada ba...