34

73 11 0
                                    

Hari berganti hari. Waktu pula berganjak ke waktu yang lain. Chan juga hidup seperti biasa, sama seperti apa yang telah dilalui oleh Chan yang dulu atau lebih dikenali dengan Dino.

Chan meneruskan hidupnya seperti biasa. Buat masa sekarang, tiada apa yang boleh dia ubah. Jadinya, dia hanya ikut sahaja jalan cerita hidup yang telah sedia ada direka oleh Dino.

Sepanjang perjalanan hidupnya menjadi kanak-kanak itu, tiada perkara pelik yang berlaku. Dia hanya hidup seperti kanak-kanak normal yang lain.

Kehidupan di sekolah pula, dia jumpa ramai kawan yang baik dan mesra. Jika bergaduh atau merajuk, itu perkara biasa dalam kehidupan seorang manusia yang bergelar kanak-kanak.

Sesekali, Chan akan merenung gambar-gambar yang diberikan oleh Dino semasa hari terakhir sebelum masa berubah kepada yang asal. Melihat kembali gambar-gambar itu, membuatkan dia tersenyum sendiri, mengimbau kembali kenangan dia bersama para sebongs.

Jujur dirinya sangat rindu dengan kenangan yang dulu!

Kadang dirinya terdetik, tidak sabar untuk berkumpul kembali dengan para sebongs. Walaupun, dia sendiri tidak pasti sama ada perkara itu akan berlaku atau tidak. Perasaannya bercampur baur. Ada takut, gementar, gembira dan teruja dalam masa yang sama.

-

15 tahun kemudian..

Masa berlalu dengan sangat pantas. Semuanya berubah mengikut peredaran zaman dan masa.

Di hadapan sebuah rumah sewa dua tingkat. Kelihatan seorang lelaki muda sedang berdiri tegak disitu sambil memandang bangunan di hadapannya itu.

Sesekali dia akan meliar melihat persekitarannya kerana dia sendiri tidak percaya dengan perubahan drastik itu.

"Hei" sapa seseorang dari belakangnya sambil menepuk perlahan bahunya. Lelaki tadi terkejut kecil sebelum menoleh ke belakang.

Namun, apa yang dilihatnya ketika itu telah membuatkan dia terkaku seketika. Wajah orang yang berada di hadapannya dipandang lama, rindu setelah beberapa tahun dia menunggu.

"Hai?" tegur orang itu lagi apabila lelaki itu termenung memandangnya tanpa berkata apa-apa. Tangannya pula di lambai perlahan dihadapan lelaki itu.

"Hah iya, hai" balas lelaki itu setelah sedar dari lamunan. Senyuman kecil mula terukir di bibirnya.

"Duk tercegat kat sini dari tadi, cari rumah sewa ke?" tanya orang tadi sambil menunjuk sekilas ke arah rumah sewa yang berada di hadapan mereka berdua.

Lelaki itu juga turut memandang sekilas ke arah rumah sewa itu sebelum mengangguk perlahan pada orang tadi.

"Ouh kalau macam tu, jom lah join aku sewa rumah ni" ajak orang tadi tiba-tiba, membuatkan lelaki itu berkerut kecil.

"K- Kenapa kau ajak aku?" soalnya kekok, lagi-lagi apabila dia bahasa kan diri dia 'kau-aku'.

"Tuan rumah ni ha. Dia kata kalau aku nak sewa rumah ni, aku kena cari lagi tiga orang lelaki muda, dewasa macam tu lah. Baru boleh sewa" terang orang tadi sebelum tersenyum tawar apabila memikirkan kembali syarat merepek dari tuan rumah ini.

"Ouhh.. faham" kata lelaki itu sambil mengangguk perlahan tanda faham.

"Nak tak?" tanya orang tadi lagi dengan kening dinaikkan sebelah. Lelaki itu pula terus memandang wajah orang tadi sebelum mengangguk teruja.

"Okay, cun! Sekarang jom kita jumpa tuan rumah ni" ucap orang tadi puas. Kakinya pula berura-ura untuk melangkah pergi dari situ. Namun, lelaki itu sempat menghalangnya.

"Kita dah cukup tiga orang ke?" tanya lelaki itu penuh berhati-hati. Manakala, orang tadi hanya memandangnya dengan senyuman lebar.

"Dah! Kawan aku, jom- "

"Minghao!" panggil seseorang dari arah belakang mereka berdua. Lantas, pandangan mereka dialihkan kepada manusia yang memanggil tadi.

"Kau nak apa?!" balas lelaki yang bernama Minghao itu separuh menjerit. Wajahnya sedikit berkerut apabila melihat kawannya sudah termengah-mengah berlari anak ke arahnya.

"Tunggu lah aku kejap!" jawab kawannya itu apabila sudah berada disebelah Minghao. Tubuhnya di bongkokkan sedikit dengan tangan yang berehat di lututnya. Sesekali, dia akan mengambil nafas panjang kerana penat berlari.

"Dah? Jom"

"Ish kejap lah. Kau tak kenalkan lagi dekat aku siapa budak ni?" rungut kawannya itu apabila Minghao dengan selambanya mahu beredar dari situ. Minghao mengeluh perlahan, sabar dengan sikap kawannya seorang ini.

"Okay, Mingyu. Ini- kejap. Siapa nama kau ek, budak?" ujar Minghao pelik setelah tersedar yang dia belum bertanyakan nama lelaki muda di hadapannya itu.

"Lee Chan, panggil je Chan" ucap lelaki itu ataupun namanya ialah, Chan. Dia tersenyum kekok apabila melihat kedua manusia yang di hadapannya itu adalah manusia yang pernah dia jumpa di kehidupan yang lepas.

"Ouh Chan. Saya Kim Mingyu, kawan kepada si Minghao ni ha. Umur kitaorang sama, 26 tahun. Selamat berkenalan" ucap Mingyu pula dengan senyuman manis di wajahnya. 

Selepas itu, dia menundukkan separuh tubuhnya kepada Chan tanda berkenalan. Chan turut menundukkan separuh tubuhnya.

"Ahh iya, saya 24 tahun. Jadinya, saya kena panggil kamu berdua hyung lah kan? Maaf tadi terkasar bahasa sikit" ucap Chan pula yang masih kekok, lagi-lagi apabila dia sudah menggelarkan dirinya 'kau-aku' tadi.

"Ahh tak apa. Benda kecil je, lagipun aku lagi selesa dengan 'kau-aku'. Jadinya, tak payah lah formal sangat ye?" balas Minghao selamba sambil tersenyum kecil. Dia langsung tak terasa hati dengan percakapan Chan tadi.

"Okay lah, jom jumpa tuan rumah ni!" ajak Minghao lagi buat kali ketiga. Kerana tidak mahu lagi percakapannya dipotong, dia terus menarik kedua tangan manusia di hadapannya itu.

-
bersambung~
-----------------------------------------------------------

Chapter ni pendek sikit, tapi chapter seterusnya panjang pula..

Bye !

Future | SVT Lee ChanWhere stories live. Discover now