7

105 15 0
                                    

"Anak-anak!!! Bangun!!!" jerit Jeonghan lalu mengetuk setiap muka pintu bilik tidur 96, 97 dan maknae liner.

Dia malas nak buka satu-satu bilik sebab diorang ni jenis sekali kejut bukannya bangun terus, jadinya dia ketuk jelah pintu tu.

Tapi disebabkan ketukan tadi tak berjaya juga, jadinya dia buat cara terakhir iaitu tutup kipas dan buka lampu pastu dia jerit lagi dekat dalam setiap bilik rumah tu.

Diaorang tak guna aircond, gila kau guna aircond, silap hari bulan beku orang yang dekat katil atas tu tahu.
Tak lah, mestilah bilik diorang ada aircond, gila kau dah kaya-raya tak pakai aircond. Seungcheol bayar tahu.

"Apa ni hyung, pagi-pagi lagi dah jerit!" ucap Seungkwan dengan mata yang masih tertutup.

"Entah hyung ni, dah lah main tutup-tutup kipas pulak tu" ucap Hoshi pulak yang baru keluar dari bilik dia lalu berjalan menaiki tangga rumah.

"Dah dah, tak payah banyak songeh. Pergi kejut kawan-kawan sebilik kau tu pastu mandi" arah Seungcheol pula yang sedang menuruni tangga rumah.

Seokmin yang baru keluar dari biliknya berbisik kepada Mingyu yang berada di sebelahnya.

"Asal hyung-hyung tua ni nampak macam cergas sangat pagi ni" katanya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Entah lah wei, diorang kan memang selalu macam tu" balas Mingyu.

"Dah lah, daripada kau duk tercegat kat sini, baik kau pergi mandi pastu kejut si Minghao tu sekali" sambung Mingyu lagi lalu beredar dari situ menuju ke dapur.

Manakala di bilik maknae pula, Seungkwan mandi dulu sebab dia yang bangun dulu. Manakala Hansol sambung tidur jap lepas si Seungkwan dah buka kipas semula.

Yang Chan dua orang tu, masih sedap tidur lagi. Yelah, buat apa nak bangun awal-awal? Bukannya diorang terus mandi pun, iya idok??

"Mingyu, mana Jun? Selalunya dia dah terpacak awal kat dapur ni?"

"Ouh Shua hyung, Jun hyung kata hari ni dia kena pergi kerja awal, jadinya dia tak tolong Gyu lah hari ni. Rasanya dia tengah mandi kot" balas Mingyu sambil tangannya sibuk memotong sayur. Manakala Jisoo hanya mengangguk perlahan.

"Nak aku tolong apa-apa tak?"

"Hyung nak masak apa-apa ke?"

"Ish kau ni, aku tanya nak aku tolong apa-apa tak? Bukannya aku nak masak apa-apa."

"Ouhh nak tolong, boleh lah. Hyung tolong potong ayam tu kecil-kecil. Tapi jangan kecil sangat, agak-agak lah" ucap Mingyu lalu bibirnya dimuncungkan sedikit menunjuk ke arah ayam yang ada dalam sinki.

"Ha okay" lalu Jisoo pun bergerak ke arah sinki dan memulakan misinya iaitu memotong ayam.

-

"Woi Jihoon! Bangunlah! Aku penat lah nak kejut kau hari-hari macam ni" ucap Wonwoo yang sedang membetulkan cadar katilnya lalu dia bercekak pinggang memandang Jihoon.

"Jihoon, bangun. Pergi mandi, tinggal kau sorang je yang belum mandi" ujar Jun lembut.

Jun tak mainlah kejut orang kasar-kasar, walaupun malam tadi dia baru je habis berperang mulut dengan si Woozi ni, dia tetap baik hati tahu.

"Wonu, kau dah siap ke?" tanya Jun.

"Dah, tinggal nak kejut si pendek ni jelah"

Woozi yang mendengar dirinya dipanggil pendek terus bangun dan menuju ke bilik air. Sebelum dia masuk bilik air, dia pandang Wonwoo tajam. Lelaki dua orang tadi tu terkaku kejap.

Future | SVT Lee ChanWhere stories live. Discover now