Chan's pov:
"Han Bin, aku balik dulu taw!". laung ku dari muka pintu kedai.
"Eh, awalnya kau balik?" tanya Han Bin sambil berlari-lari anak ke arah ku. Takut kena tinggal lah tu.
"Kau lupa eh?? hari ni kan aku cuma kerja setengah hari je HAHAHAHA". balas ku sambil menayangkan muka bahagia sebab balik awal.
"Ala, nanti aku kerja sorang-sorang. Dah lah aku kerja sampai malam". ucapnya lalu mencebik. Macam rupa mulut itik pun ada.
"Mengada, Jay kan ada. Dia pun kerja sampai malam juga, lupa ke?" ucap ku pula.
"Ha yolah. Eh budak kecil tadi mana?" tanya Han Bin.
"Ada dekat meja luar"
"Kau bawa dia balik sekali ke?"
"Haah lah kot, dah aku tengok macam tak de orang tengah cari dia je. Nak tinggal kesian pulak, sebab pagi tadi pun, dia yang cari aku".
"Ha okay lah, hati2"
"Okay, kau pun hati2 juga. Kerja waktu malam ni mencabar sikit". usik ku dengan wajah kau-hati2-taw-apa2-jadi-aku-tak-tahu.
"Ish, jangan disebut".
"Hahaha okay2, Jay aku pergi dulu". ucap ku lalu memandang ke arah Jay yang ada di belakang kaunter kedai.
"Ha okay, hati2". balas Jay sambil tersenyum lebar ke arah ku.
"Iya, kau pun. Bye2". ujar ku lalu beredar dari situ menuju ke meja yang diduduki oleh budak kecil tadi.
"Chan, jom balik". ajak ku sambil menghulurkan tangan ke arahnya.
Chan kecil tidak membalas, sebaliknya dia hanya mengangguk dan menyambut tangan ku. Aku tersenyum kecil melihat gelagat budak kecil ini. Comel.
-
Skip rumah;Masuk sahaja ke dalam rumah, aku terus melabuhkan punggung ku di atas sofa dekat ruang tamu. Manakala Chan kecil hanya mengikuti langkah aku.
Aku tahu, dalam hati dia mesti dia sedang takut pulak tu dengan persekitaran yang dia kata itu bukan tempat dia. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia memang sedang takut.
Tipulah kalau aku kata aku tak terkejut dengan situasi sekarang ni. Tapi nak buat macamana, benda dah nak jadi.
Otak aku pun tengah bercelaru sebenarnya dengan semua persoalan yang aku sendiri tanya, tapi aku tolak semua tu dan fokus pada situasi sekarang.
Tapi sekarang ni, macamana aku nak jelaskan dekat budak ni pasal situasi dia sekarang. Dia faham ke apa yang aku cakap nanti.
"Eh Chan, awalnya balik?" tanya seorang hyung dari arah belakang ku. Mungkin dia dari dapur.
Aku menoleh ke belakang dan terpampang wajahnya yang seolah-olah sedang tertanya-tanya kenapa aku balik awal.
Aku tersenyum kecil lalu menjawab soalannya itu tadi."Haah hyung, Chan kerja separuh hari je hari ni, itu yang awal tu".
Seokmin hyung hanya mengangguk lalu beredar dari situ menuju ke dapur. Memasak agaknya.
Seketika aku berasa pelik dengan Seokmin hyung. Kenapa dia tak tanya apa2 pasal budak kecil sebelah aku ni.
Rupa-rupanya, bila aku menoleh ke arah Chan kecil, dia sedang menyorok, betul2 badannya dirapatkan ke sofa.
Aku hanya tergelak kecil melihat gelagatnya lalu bertanya."Kenapa menyorok macam tu?"
"Takut, kita terkejut dengar suara hyung yang tadi tu, jadinya kita terus sorok macam ni". balasnya dalam keadaan badannya yang di bongkokkan sedikit.
Aku hanya mengangguk lalu tersenyum nipis apabila mengingati semula diri aku yang kecil dahulu. Aku memang jenis yang cepat takut dan akan berharap pada sekeliling aku untuk lindungi diri aku.
"Jangan lah takut, hyung2 yang ada dekat rumah ni, semuanya baik2 tahu. Lagi2 hyung yang tadi tu, baik sangat". ucap ku dengan nada memujuk yang menyakinkan agar dia tidak berasa takut sangat untuk tinggal di rumah ni.
"Jom pergi dapur, hyung kenalkan adik dekat hyung tadi tu". ajak ku.
Memang aku rasa sedikit janggal apabila memanggilnya dengan panggilan 'adik', tapi lagi janggal bila aku panggil dia guna nama dia- atau lebih tepatnya nama aku.
"Tak nak, kita takut". jawabnya lalu menggeleng laju.
"Haha janganlah takut, hyung kan ada. Adik percayakan hyung kan?" ucap ku dengan sedikit pertanyaan.
"Percaya".
"Ha kalau macam tu, jom". ucap ku lalu memimpin tangannya ke dapur.
-
bersambung~-----------------------------------------------------------
Chapter yang pendek sedikit. Tahu hambar..hek,
btw thanks sudi baca fanfic ni.
Untuk sesiapa yang tengah baca buku ni dan tengah tunggu update next chapter, kita tak pasti yang kita boleh update selalu ke tak sebab kita pun masih study dan boleh dikatakan sibuk sikit. Jadinya...ha itulah...haha sorry and thanks again.
So, enjoy! and have a nice day!
YOU ARE READING
Future | SVT Lee Chan
Фанфик"Kalaulah dulu aku tak lemah mesti aku tak sakit macam ni." kata Chan sendiri. - "Chan hyung jangan tinggalkan kita" "Hyung tak tinggalkan Chan, hyung akan tetap ada dengan Chan..." "...dekat sini". sambungnya lagi sambil menepuk perlahan dada ba...