28

58 11 0
                                    

"Seungkwan! Mana stoking aku?!" jerit Seokmin dari tingkat bawah.

"Manalah aku tahu!" balas Seungkwan dari tingkat atas.

"Aku punya kotak pensel pula mana?!" jerit Soonyoung pula sambil kalut mencari barangnya itu.

"Lagilah aku tak tahu!" balas Seungkwan lagi.

"Aku tak tanya kau lah!"

"Dahtu?!"

"Aku tanya semua!"

"TAK TAHU!" jerit semua ahli SEVENTEEN serentak. Soonyoung tersentak seketika sebelum mengangguk kekok. Kemudian, dia sambung mencari kotak penselnya itu tanpa sebarang bunyi.

"Sarapan dah siap! Meh lah sarapan sini siapa yang dah siap tu!" ucap Mingyu sebelum berlari masuk ke dalam biliknya untuk bersiap-siap.

Tidak lama kemudian, meja makan itu telah dipenuhi dengan beberapa ahli SEVENTEEN yang telah lengkap berpakaian pakaian kerja mereka.

"Terima kasih Mingyu!" ucap Seungcheol yang menjadi orang pertama yang sampai dimeja makan itu.

"Wah! Ada sandwish dengan nasi goreng lah!" ucap Minghao teruja apabila melihat hidangan yang tersedia diatas meja makan. Dia bergerak ke dapur untuk mencuci tangan terlebih dahulu sebelum kembali ke meja makan dan duduk disebelah Seungcheol. Sandwish yang berintikan tuna, mayonis dan sayuran itu digapai sebelum dimasukkan ke dalam mulut.

"Sedap tak sandwish tu?" soal Jihoon yang baru tiba. Dia turut mengambil tempat dihadapan Seungcheol.

"Sedap!" balas Minghao ceria.

"Jihoon yang buat sandwish tu. Aku kelam kabut sangat tadi, Jadinya aku terus tarik dia sekali lah" celah Jun sambil tersenyum kecil sebelum mengambil tempat disebelah Jihoon.

"Uishh seriuslah Jihoon hyung masak? Hebatlah" ucap Minghao tidak percaya. Mulutnya masih lagi mengunyah sandwish yang dibuat oleh Woozi tadi. Woozi pula memasang wajah datar.

"Dahtu, yang masakkan kau sup rumpai laut tengah malam buta tu siapa? Ha?"

"Hehe.. sedap hyung masak. Ha nah nah, makan" kata Minghao kekok sambil meletakkan sepotong sandwish ke dalam pinggan Jihoon.

"Amboi Seungkwan, lamanya kau kat atas. Buat apa je?" tegur Seungcheol sebelum meletakkan sebuah pinggan dihadapan Seungkwan yang baru tiba. Seungkwan mengeluh perlahan.

"Itu ha.. Seokmin hyung! Dia minta tolong orang carikan dia punya stoking"

"Jumpa tak?" soal Jeonghan pula yang duduk disebelah Jun.

"Mula tu tak jumpa masa cari dekat bilik dia. Pastu kitaorang pun pergilah cari sampai ke bilik atas. Pastu, Jisoo hyung bagi pinjam stoking dia dekat Seokmin hyung, sebab Seokmin hyung dah muncung semacam je mulut dia tu" adu Seungkwan sebelum menyuap mulutnya dengan sesudu nasi goreng buatan Mingyu.

"Nak nangis lah tu" celah Mingyu perlahan sambil ketawa kecil.

"Kau jangan Mingyu. Dengar si Seokmin tu nanti, kau pujuk dia ea" tegur Jeonghan, membuatkan Mingyu yang ketawa tadi terus menutup mulut rapat.

"Hyung! Vernon pergi dulu! Aku dah lambat ni!" jerit Hansol yang sedang terburu-buru menuruni tangga lalu mendekati ahli SEVENTEEN yang sedang sarapan itu. Ahli yang lain terus memandang Hansol, terdiam dan terkejut.

"Hyung aku pergi dulu taw! Maaf tak boleh sarapan sekali, bye!" ucap Hansol lagi.

"Tak sarapan dulu ke?" tanya Jeonghan kepada Hansol yang terburu-buru itu.

"Tak, tak sempat. Dah lambat ni! Bye and sorry!" jawab Hansol serba salah. Dia baru sahaja nak memulas tombol pintu, namun sempat ditahan oleh seseorang.

Future | SVT Lee ChanWhere stories live. Discover now