22

73 13 2
                                    

"Chan kecil! Cepat naik atas kemas barang!" laung Dino dari tingkat atas memanggil Chan kecil yang berada di tingkat bawah.

"Ha Chan, hyung kau dah panggil tu. Pergilah" kata Geon yang sedang duduk di atas lantai ruang tamu.
Tangannya pula ligat mencantumkan lego yang berwarna-warni itu.

"Alah.. dah nak balik dah ke??" rungut Chan kecil yang sedang duduk di hadapan Geon. Geon pula hanya tersenyum pahit melihat tingkah Chan kecil itu.

"Nanti kita jumpa lagi okay?" pujuk Geon sebelum berdiri. Kemudian dia menghulurkan tangannya kepada Chan kecil.

"Jom? Kemas barang. Kalau tak nanti hyung bising" ajak Geon sambil tersenyum kecil. Chan kecil hanya mengeluh perlahan sambil mencebik serupa otter sebelum menyambut tangan Geon.

-

Tok!!

Tok!!

"Dah siap kemas ke?" soal Pn. Lee di muka pintu bilik Dino.

"Ouh mama. Belum, tapi hampir siap" balas Dino sambil memandang sekilas wajah Pn. Lee. Pn. Lee mengangguk perlahan sebelum berjalan menuju ke arah Geon dan Chan kecil. Kemudian, beliau melabuhkan punggungnya di atas katil bersaiz besar itu.

"Chan kecil dah sedia nak balik nanti?" tanya Pn. Lee lembut sambil tersenyum kecil memandang wajah Chan kecil.

Chan kecil yang sedang mengemas barangnya dengan bantuan Geon hanya tersenyum kelat ke arah Pn. Lee.

"Cepatnya kita dah nak balik mama" keluh Chan kecil. Tangannya pula lambat lambat mengemas pakaian dia.

"Memang lah Chan rasa cepat. Dah Chan seronok sangat main dengan Geon, dengan papa, kan?" jawab Pn. Lee lembut.

"Hmmm"

"Chan. Kita dekat sini dah dua minggu taw. Hyung kena balik sebab hyung ada kerja, okay?" ucap Dino pula.

"Hyung pergi jelah balik sorang-sorang. Biar aku hantar Chan kecil ni nanti balik rumah dia" balas Geon pula sedikit berkerut. Manakala, Dino yang terdengar kata-kata Geon itu terus tersentak kecil.

Sebenarnya Geon pun berat hati nak lepaskan Chan kecil untuk pulang ke rumahnya. Tapi, apa boleh buat. Keputusan semuanya terletak pada Dino.

"Errr mana boleh. Aku dah janji dekat abang dia"

"Janji apa?"

"Janji.. err janji aku bawa balik Chan kecil dengan aku lah" balas Dino kekok.

"Ishh cepatnya lah dua minggu berlalu, kan Chan?" kata Geon sedikit mengeluh.

"Hmmm cepat sangat. Rasa macam semalam baru Chan sampai sini" jawab Chan kecil acuh tak acuh.

"Haihh anak mama ni. Jangan lah sedih sedih. Nanti kalau Chan ada masa, Chan datang lah sini lagi, okay?" pujuk Pn. Lee sambil mengusap lembut rambut si Chan kecil.

Manakala si Dino yang berada di hujung katil hanya tersenyum pahit melihat tingkah tiga manusia di hadapannya itu.

-

"Okay dah siap!" kata Dino sambil bercekak pinggang memandang kereta dihadapannya itu. Bahagian tempat duduk belakang kereta itu, hanya dipenuhi dengan barang Dino dan Chan kecil sahaja.

"Chan hyung! Ini mama ada bekalkan makanan sikit" ucap Geon sambil berlari-lari anak menuju ke arah Dino.

"Ouh okay, terima kasih!" ucap Dino lalu mengambil bekas makanan itu dan dimasukkan ke dalam keretanya.

"Nampak Chan kecil tak?" tanya Dino pula.

"Ada kat dalam. Dia tengah makan" jawab Geon.

"Pula dah, ha okay. Jom lah masuk" ucap Dino lalu bergerak masuk ke dalam rumah.

Future | SVT Lee ChanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang