33

65 12 0
                                    

"Mama! Papa! Chan nak pergi taman tu kejap!" jerit Chan sebelum berlari keluar rumah dan menuju ke taman permainan yang berdekatan dengan rumahnya. Pn. Lee terkejut kecil saat ternampak anak lelakinya terus meluru keluar rumah.

"Cepat sikit balik ye, Chan! Nanti lambat pula!" balas Pn. Lee yang sudah bercekak pinggang di depan pintu rumah. Beliau mengeluh perlahan apabila melihat Chan yang sudah jauh berlari dari rumahnya itu. Tn. Lee yang terpandang isterinya mengeluh, terus mendapatkan isterinya dan berdiri di sebelahnya.

"Kenapa ni?" tanya Tn. Lee lembut sambil merenung anak mata Pn. Lee. Sekali lagi, Pn. Lee mengeluh perlahan.

"Chan tu lah. Entah apa yang dia sayang sangat dekat taman tu pun saya tak tahu" jawab Pn. Lee sambil menggeleng perlahan.

"Lah, itu ke yang awak risaukan? Itu kan memang taman kesayangan dia. Hari-hari dia pergi situ, mana tak sayangnya" terang Tn. Lee sambil tergelak kecil. Rambut lurus isterinya dibelai lembut.

"Dah lah, jangan fikirkan benda yang kecil. Pergi siapkan kemas-kemas sana. Siap je semua, kita gerak" sambung Tn. Lee lagi sebelum berjalan menaiki anak tangga rumah itu.

"Awak nak pergi mana?" tanya Pn. Lee apabila melihat suaminya yang menaiki tangga itu.

"Saya nak pergi tengok Geon kejap. Mana tahu ada yang boleh saya tolong. Alang-alang tu nak tengok barang Chan sekali" balas Tn. Lee sambil memandang sekilas wajah isterinya dengan senyuman manis di wajahnya. Pn. Lee pula hanya mengangguk kecil dengan senyuman kecil di wajahnya.

Selepas itu, mereka sekeluarga kembali menyambung mengemas barang-barang mereka kerana pada hari itu, mereka sekeluarga akan berpindah ke rumah baharu mereka.

"Okay dah siap" ucap Pn. Lee sendiri menepuk tangannya puas. Seketika kemudian, dia mendongakkan kepalanya memandang tingkat atas.

"Geon! Dah siap kemas ke?" tanya Pn. Lee separuh menjerit kepada anak lelaki bongsunya itu.

"Dah mama! Lagi sikit, nanti Geon turun!" balas Geon. Pn. Lee tidak membalas sebaliknya hanya mengangguk perlahan. Suaminya yang sibuk memasukkan barang-barang mereka di dalam kereta dipandang.

"Chan dah balik ke belum, bang?" tanya Pn. Lee lembut bercampur risau. Tn. Lee yang berasa dirinya dipanggil terus memandang wajah isterinya itu.

"Belum rasanya sebab tak ada dengar pun suara dia" balas Tn. Lee sambil memandang sekilas ke halaman rumah sebelum memandang isterinya semula. Pn. Lee mengeluh perlahan.

"Tadi abang naik bilik dia, barang dia semua dia dah siap kemas?"

"Urmmm dah tapi lagi sikit. Sempat kot kalau dia kemas nanti" jawab Tn. Lee sebelum menyambung memasukkan barang-barang itu ke dalam kereta.

"Saya naik atas dulu lah, nak tengok anak-anak jap" pinta Pn. Lee sebelum berlalu dari situ.

"Okay" balas Tn. Lee dengan senyuman kecil di wajahnya. Sesekali, peluh di wajahnya dilap dengan telapak tangannya.

-

Sedang Pn. Lee membantu Chan mengemas barang-barang miliknya. Beliau terjumpa beberapa keping gambar dan salah seorang manusia yang ada dalam gambar itu adalah anaknya sendiri, Chan.

"Gambar apa ni? Sejak bila Chan ada kenalan dengan budak-budak ni?" soal Pn. Lee sendiri sambil berkerut sedikit. Beliau membelek gambar-gambar itu dengan tekun.

"Huh, biarlah. Ada lah tu kot kawan-kawan sekolah ke, kan?" kata Pn. Lee selepas penat berperang dengan tanggapannya sendiri. Kemudian, gambar-gambar itu tadi diletakkan semula di dalam kotak kecil berwarna biru laut.

Future | SVT Lee ChanWhere stories live. Discover now