Sekarang, mereka bertiga sedang berjalan pulang ke rumah. Chan kecil sedang menikmati aiskrim coklatnya, Geon sedang mengunyah buah jambu yang dibelinya tadi dan Dino sedang termenung memikirkan hal tadi. Namun tiba-tiba, satu kejadian yang tak terduga terjadi.
Pakk!!
"Adoi! Sakitlah hyung! kau kenapa tetiba pukul bahu aku?!" ucap Geon yang sedang mengerang kesakitan sambil menggosok kasar bahunya.
"Kau tu yang kenapa?! Kau tak nampak ke ada tunang dia dekat situ?" bidas Dino dingin.
"Kalau ada tunang dia pun kenapa? Biar jelah" balas Geon selamba.
"Nak kena pukul lagi ke?" soal Dino dingin sambil memandang wajah Geon.
"Okay tak tak. Sorry" balas Geon laju dan menyambung mengunyah buah jambu yang ditangannya.
"Chan hyung nak sikit?" soal Chan kecil sambil menghulurkan aiskrim coklatnya kepada Dino.
"Huh? Ha tak apa, Chan makanlah. Terima kasih" balas Dino sambil menggeleng perlahan dengan senyuman kecil di wajahnya.
"Ha okay. Sama-sama" balas Chan kecil pula lalu terus menjilat aiskrim coklatnya.
"Tapi kan hyung.." tegur Geon tiba-tiba.
"Apa?" balas Dino dingin lalu merampas- okay tak rampas tapi macam ambil kasar sikit buah yang ada dekat pegangan Geon.
"Ehh lek lah hyung. Tak yah marah-marah" ucap Geon sedikit terkejut. Bukan terkejut sebab takut tapi terkejut sebab suara dingin Dino.
"Iya, kau nak apa?" balas Dino lagi tapi kali ini lembut sedikit.
"Ini, kau tak sakit hati lagi ke?"
"Nak sakit hati buat apa? Aku sakit dekat kepala bukan dekat hati" balas Dino sedikit berkerut plus selamba.
"Haihh bukan sakit tu lah hyung!" bantah Geon sedikit berkerut dan mengeluh perlahan.
"Dahtu sakit apa?"
"Alahh pasal dulu-dulu tu, yang kau dengan Eunhi noona tu, dengan keluarga SOMBONG lagikan BONGKAK dia tu" balas Geon sambil menekankan perkataan sombong dan bongkak.
"Ada kang yang kena pukul kat kepala pula kejap lagi" ujar Dino dengan tangan yang berura-ura untuk memukul kepala Geon. Namun Geon mengelak sedikit.
"Ehh mama kata tak elok main pukul kepala orang" tegur Geon sinis dan mendapat jelingan tajam daripada Dino.
"Dahtu yang kau suka hati nak cakap keluarga orang macam tu dah kenapa?"
"Tak lah hyung, aku bukan apa taw. Tapi bila teringat balik waktu dulu-dulu tu, perghhh rasa sakit hati tahu. Dah lah dia cakap terus terang, tak berlapik HSHSHSHS geram tahu geram" jawab Geon dengan nada yang menahan marah walaupun dia macam nak je lepas dekat situ juga.
"Haishh kau ni, benda dah lepas kan. Eunhi pun dah ada tunang sekarang" balas Dino sedih apabila teringatkan semula peristiwa lepas. Memang sejarah paling hitam lah dalam hidup dia sekeluarga.
"Dahtu kau tak geram ke?" soal Geon lagi tak puas hati dengan jawapan Dino.
"Haihh, tipulah kalau aku kata aku tak geram. Kalau boleh masa tu juga aku nak balas balik, tapi dah papa dengan mama kata biarkan je, aku nak buat apa lagi. Aku biarkan jelah" jawab Dino lagi yang kini telah menundukkan kepalanya sedikit. Geon yang melihat hyungnya seperti itu mula terbit rasa bersalah dalam dirinya kerana mengingatkan semula sejarah hitam itu.
"Ehh Chan! Jangan jalan tepi sangat, longkang tu" tegur Geon yang perasan Chan kecil semakin menghampiri tepi jalan yang sebelahnya terdapat longkang yang sederhana besar.
Dino yang perasan akan perkara itu terus mencapai tangan kiri Chan kecil dan menariknya perlahan untuk berjalan rapat dengan Dino. Entah kenapa, Geon tiba-tiba sahaja menyilangkan lengan kanannya dengan lengan tangan kiri Dino. Dino pula terkejut dengan tindakan adiknya seorang ini.
"Eh kau kenapa ni?" soal Dino gelabah.
"Hyung jangan sedih-sedih lagi taw. Aku ada, mama ada, papa pun ada" ucap Geon gembira.
"Chan pun ada!" tambah Chan kecil teruja.
"Ha Chan pun ada!"
"Ha okay, tahu dah semua tu. Tapi tangan ni kenapa?" balas Dino kekok sebelum memandang sekilas lengannya dan lengan Geon yang disilangkan bersama.
"Kita dating jap, kan kau sedih" balas Geon selamba dengan senyuman teruja di wajahnya.
"Eh! aku straight lagi lah!" ucap Dino terkejut dengan ajakan Geon.
"Siapa kata kau bengkok?!" balas Geon sebelum berjalan melompat-lompat seperti kanak-kanak kecil.
"Kenapa dengan Geon hyung tu, Chan hyung?" tanya Chan kecil kepada Dino, pelik melihat gelagat Geon yang seperti kanak-kanak terlebih gula.
"Huh? Entahlah Chan, hyung pun tak tahu. Biarkan lah dia, asalkan dia bahagia" balas Dino pasrah apabila badan dia dah terikut terhuyung-hayang sebab Geon tak lepas-lepas lengan dia.
-
bersambung~
-----------------------------------------------------------Hai!!
Lama dah tak update.. Haha sorry..
Chapter kali ni pendek sikit, faktor dah lama tak menulis punya pasal. Idea pun tak dakk.. agagagagaga
Kalau dah lupa sikit-sikit pasal sambungan lepas.. boleh lah scroll balik chapter yang sebelum2 ni.. HAHAHA
Enjoy! Have a nice day too!!
YOU ARE READING
Future | SVT Lee Chan
Fanfiction"Kalaulah dulu aku tak lemah mesti aku tak sakit macam ni." kata Chan sendiri. - "Chan hyung jangan tinggalkan kita" "Hyung tak tinggalkan Chan, hyung akan tetap ada dengan Chan..." "...dekat sini". sambungnya lagi sambil menepuk perlahan dada ba...