26

64 12 0
                                    

Sudah hampir tiga hari mereka bertiga belas, berkumpul kembali di rumah yang mereka kongsi bersama itu. Sudah tiga hari juga, Wonwoo tetap bersedih dan kerap mengurung dirinya di dalam biliknya.

Bagi kawan-kawannya pula, jujur tindakan Wonwoo itu membuatkan mereka risau dengan keadaannya.

"Hoshi, mana Wonu? Tak ajak dia makan sekali ke?" tanya Jisoo kepada Soonyoung. Hampir semua ahli SEVENTEEN telah berada di meja makan untuk makan tengahari. Soonyoung yang mendengar namanya dipanggil oleh Joshua, terus memandang wajah si abang lalu menggeleng perlahan.

Semua ahli SEVENTEEN yang melihat gelengan kepala dari Hoshi hanya mampu menghela nafas berat dan meneruskan aktiviti makan tengahari mereka.

Mereka tahu, gelengan kepala yang dimaksudkan oleh Hoshi atau Jun dan kadang Woozi, tak lain tak bukan itu bermakna yang Wonwoo tidak mahu makan.

"Aku dah siap makan" ucap Woozi sebelum bangun dari kerusinya lalu pergi ke dapur bersama pinggan dan mangkuk yang digunakan olehnya tadi. Siap sahaja dia mencuci pinggan dan mangkuknya, dia kembali ke meja makan kerana dipanggil oleh Jeonghan.

"Uji, alang-alang tu tolong hantarkan makanan ni dekat Wonu, boleh tak?" pinta Jeonghan sambil menghulurkan sedulang makanan yang terletak di sebelahnya kepada Jihoon.

Jihoon mengangguk perlahan lalu, menyambut dulang yang diisi dengan makanan dan air masak itu. Kemudian, dia bergerak menuju ke biliknya dan membuka pintu bilik itu sebelum menutupnya kembali.

Woozi mengeluh perlahan apabila masuk sahaja ke dalam biliknya itu. Dia melihat sekujur tubuh yang masih berbaring mengiring menghadap dinding. Tubuhnya pula diselubungi dengan selimut tebal berwarna kelabu.

"Wonu, jom makan. Aku bawakan makanan ni, Jeonghan hyung yang suruh" ajak Woozi perlahan selepas melabuhkan punggungnya diatas katil Wonwoo, bersebelahan dengannya.

Kerana tiada sebarang respon dari si Wonwoo, Woozi terus menggoncang perlahan tubuhnya dan juga menarik selimut tebal itu. Wonwoo tidak melawan, sebaliknya hanya kaku berbaring dalam posisi yang sama.

"Wonu, jom makan. Nanti kau sakit lah, kau sarapan pun tak tadi" ajak Woozi lagi. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia menjerit disitu. Tapi, kerana dia kesian kan dengan keadaan Wonwoo yang sekarang, dia terpaksa menahan dirinya daripada berbuat demikian.

Penat kerana Wonwoo tidak memberikan apa-apa respon, Woozi terus bangun dari duduknya lalu menuju ke meja belajarnya dan meletakkan makanan tadi disitu. Dia kembali semula ke katil Wonwoo dan terus menarik lengan Wonwoo untuk bangun dengan perlahan.

Apabila Wonwoo sudah berada dalam posisi duduk bersila, Jihoon menatap seketika wajah Wonwoo sebelum menepuk perlahan pahanya. Makanan yang tadinya diletakkan di atas meja belajar, diambil semula sebelum dihulurkan kepada Wonwoo.

"Makan lah. Jangan tenung je makanan tu" arah Woozi lembut. Dia tidak mahu marah dengan keadaan Wonwoo yang seperti orang tidak terurus itu. Jadinya, dia hanya akan bercakap dengan nada yang perlahan dan lembut sahaja, walaupun jelas dalam nadanya yang dia ingin marah.

Mata Wonwoo kekal menatap makanan yang berada di atas ribanya itu. Perlahan-lahan, kepalanya diangkat sedikit dan matanya yang sedikit berair memandang wajah Jihoon. Jihoon yang perasan dengan reaksi Wonwoo itu terus mengambil semula makanan itu menggunakan tangan kanannya. Manakala, tangan kirinya memeluk tubuh Wonwoo. Sekali lagi, Wonwoo menangis dan Jihoon hanya mampu mengeluh berat.

"Kenapa dia tinggalkan aku, Uji?" ucap Wonwoo dengan suara yang tenggelam timbul dalam tangisnya.

"Dia tinggalkan kau sebab Tuhan tahu dia tak sesuai untuk kau" balas Jihoon tegas. Tangannya pula masih menepuk perlahan tubuh Wonwoo bagi menenangkannya.

Future | SVT Lee ChanWhere stories live. Discover now