10

87 14 3
                                    

Sudah tiga minggu sejak Chan kecil menetap di rumah SEVENTEEN dan cuti sekolah pun tiba.

"Jeonghan hyung dengan Jisoo hyung tak pergi sekolah ke?" tanya Dino kepada dua orang hyungnya itu.

"Buat apa aku pergi sekolah? Aku kan dah habis belajar" balas Jeonghan selamba sambil mengunyah makanannya. Dia saja je nak menyakat si Dino ni pagi-pagi. Manakala si Dino hanya memandang wajah Jeonghan datar.

"Dia tanya elok-elok kan tu" tegur Joshua sebelum menampar bahu Jeonghan perlahan. Untung dia tampar bahu je, kalau dia ketuk kepala pakai senduk macam Wonwoo buat, naya je.

"Hehe, sorry sorry. Kitaorang tak pergi sekolah sebab hari ni pelajar tak datang" jawab Jeonghan sebelum tersenyum sinis.

"Hah? Kenapa diorang tak datang?" tanya Seokmin terkejut. Manakala yang lain kecuali Dino dan Chan kecil menepuk dahi mereka sebab Seokmin pun tak tahu.

"Kau lupa ke, start hari ni kan sekolah cuti" jawab Mingyu.

"Ouhh" tiga manusia yang masih tak faham tadinya akhirnya sudah faham.

"Cuti berapa hari hyung?" tanya Dino lagi.

"Hari ni je" jawab Jeonghan lalu bahunya dihadiahkan dengan tamparan yang sedikit kuat berbanding tadi.

"Adoii!! Sakitlah Jisoo!! Kau ni kenapa?!" rengek Jeonghan sambil mengusap tempat pedih hasil tamparan berbisa Joshua.

"Aku yang kenapa?! Kau tu ha yang kenapa?! Kan dia tanya elok-elok, jawablah betul-betul!" marah Joshua yang geram dengan jawapan Jeonghan.

"Haihh bergaduh dah pula manusia dua orang ni" ujar Jihoon.

"Ha biar aku yang jawabkan" sambung Jihoon.

"Cuti sekolah start hari ni, sampai..." Jihoon memberhentikan ucapannya sebab dia tak ingat sampai bila cuti habis.

"Sampai awal bulan depan" sambung Minghao apabila melihat rupa wajah Jihoon yang dah berkerut sedikit sebab berfikir punya pasal.

"Ouhh kiranya...empat minggu lah ni ye?"

"Yup, empat minggu"

"Wahhh lamanya!" ucap Dino teruja manakala Chan kecil hanya tersenyum gembira.

"Korang ada plan nak pergi mana-mana ke cuti ni?" soal Jun lalu memandang wajah setiap kawannya itu menunggu jawapan mereka.

"Aku tak boleh cuti, sebab kalau aku cuti nanti, tak de siapa yang jaga perpustakaan tu" ucap Wonwoo sedih. Sedih lah orang lain boleh cuti, dia tak boleh.

"Lah, waktu cuti sekolah pun perpustakaan masih buka ke?" tanya Seungkwan.

"Haah, ada ke orang nak datang?" tanya Vernon pula.

"Haihh, perpustakaan tempat aku kerja tu kan perpustakaan awam, memang lah buka. Yang tak datang tu engko je, tahu?" balas Wonwoo lalu memandang wajah Vernon dengan pandangan kau-je-yang-malas-nak-gi-sana.

"Tapi kan Wonu, kenapa kau tak boleh cuti?" tanya Jun lagi.

"Sebab kan aku dah ambil cuti hari tu, yang waktu aku sakit tu, ingat tak?"

"Ouhh ingat-ingat"

"Tapi kan kau cuma sakit tiga hari je, cuti ni empat minggu" tanya Hoshi pula apabila dia teringat waktu Wonwoo sakit sebab demam.

"Manalah aku tahu, kau pergi lah tanya bos aku, aku dah jenuh minta cuti kat dia, tapi dia tak bagi juga"

"Ha okay nanti aku tanya bos kau, minta cuti kat dia sebab aku ingat aku nak ajak kau balik rumah mak aku"

Future | SVT Lee ChanWhere stories live. Discover now