36

70 12 9
                                    

Selesai sahaja makan malam, masing-masing melakukan hal sendiri.

Ada yang berborak berkongsi cerita. Ada yang menonton televisyen dan ada juga yang masih sibuk mengemas barang di bilik.

Tokk!!

Tokk!!

Semua ahli 96 liner kecuali Jun, terus memandang ke arah pintu bilik mereka apabila pintu itu diketuk oleh seseorang dari luar.

"Siapa pula yang rajin ketuk pintu ni. Masuk jelah oi!" ucap Soonyoung pelik sebelum menjerit menyuruh orang itu untuk masuk.

Pintu di kuak perlahan. Muncul kepala seseorang yang menjengah di pintu itu sambil tersenyum kelat.

"Hyung.."

"Chan? Masuk jelah. Buat apa tercegat kat situ ye?" ajak Soonyoung. Lalu, Chan pun terus masuk ke dalam bilik itu dan menutup pintu kembali sebelum duduk disebelah Soonyoung diatas lantai.

"Chan dah siap kemas barang ke?" soal Wonwoo pula. Dia sedang duduk diatas katilnya sambil sibuk melipat pakaian miliknya.

"Dah, tapi lagi sikit jelah. Tak banyak pun" balas Chan berserta anggukan kecil.

"Chan nak apa datang sini?" soal Jihoon pula. Dia pula sedang bermalasan diatas katilnya. Chan tersenyum kelat sambil menggosok tengkuknya yang tidak gatal itu.

"Hmm?"

"Ish! Lah kau ni. Macam tak de soalan lain nak tanya" bidas Soonyoung sambil menjeling sekilas wajah Jihoon. Jihoon buat endah tak endah sahaja dengan kata-kata Soonyoung itu.

"Chan nak apa-apa ke? Nak tidur sini?" soal Soonyoung perlahan. Kalau diikutkan, nak sahaja dia keluarkan perangai terlebih gula dia itu. Tapi, disebabkan dia baru sahaja berjumpa dengan ahli rumahnya itu, terpaksalah dia menjadi baik sikit.

"Eh tak! Chan bukan datang sini sebab nak tidur sini. Lagipun, kan Seungkwan hyung dengan Hansol hyung dah balik. Jadinya, Chan tidur bilik sendiri je lah" terang Chan selepas menggeleng laju kepalanya, menidakkan pertanyaan Soonyoung.

"Ouh okay, kalau macam tu.. apa?"

"Sebenarnya, Chan nak cakap dengan Wonu hyung" ucap Chan kekok. Wonwoo pula tersentak kecil apabila namanya disebut.

"Ouh, itu ha orangnya. Tengah sibuk lipat baju tu"

"Tak kacau ke, hyung?" soal Chan takut-takut. Wonwoo memandang Chan dengan senyuman kecil dan menggeleng kepala perlahan.

"Meh lah sini. Chan nak cakap apa?" ucap Wonwoo lembut. Ruang di sebelahnya ditepuk perlahan, mengajak Chan untuk duduk disitu.

Chan bangun dan berjalan ke arah Wonwoo. Tapi, dia hanya duduk diatas lantai berhadapan dengan Wonwoo sahaja. Wonwoo memandangnya pelik.

"Lahh kenapa duduk atas lantai. Sini lah" ajak Wonwoo lagi sambil menepuk katilnya.

"Tak apalah, katil hyung penuh tu" tolak Chan perlahan. Wonwoo pula mengeluh perlahan sebelum tergelak kecil.

"Ha nak cakap apa?" celah Jihoon. Soonyoung memandang tajam ke arahnya.

"Sibuk lah kau ni! Dia nak jumpa Wonwoo, bukan nak jumpa kau" bidas Soonyoung. Jihoon turut memandangnya tajam sebelum turun dari katilnya dan menerkam Soonyoung.

"ARGHHH LEE JIHOON!! SAKITLAH BUDAK!! ARGHHH HAHAHAHA"

"KAU DARI TADI CARI PASAL DENGAN AKU KAN. HA AMBIL NI" ucap Jihoon sedikit geram dengan mengetap giginya. Tangannya dipaut kan dileher  Soonyoung, membuatkan si Soonyoung sukar bergerak. Walaupun begitu, dia masih boleh gelak.

Wonwoo pula menepuk dahi melihat tingkah Jihoon dan Soonyoung yang seperti kanak-kanak riang itu.

"Ha Chan. Nak cakap apa?" tanya Wonwoo, membuatkan Chan yang fokus melihat gelagat Soonyoung dan Jihoon tadi memandangnya semula.

"Ahh ni. Hyung ingat lagi tak dekat kita?"

"Maksud?"

"Alahh yang waktu kecil-kecil dulu. Kereta mainan warna merah? Pusat jagaan kanak-kanak?" terang Chan sambil tersenyum kelat. Jari-jemarinya dilagakan kerana gementar.

Wonwoo berfikir sejenak sambil memandang anak mata Chan. Seketika kemudian, matanya membulat teruja.

"Kejap. Maksud kau, dua beradik yang  datang dekat aku pastu bagi kereta mainan warna merah tu.. korang? Maksud hyung, Chan?" soal Wonwoo yang tiba-tiba bertukar teruja. Chan terus tersenyum lebar sebelum mengangguk laju.

"Huwahhhh Chan! Kau ke ni?! Hiks! Dah besar dah kau. Lama aku cari kau, kau tahu!" kata Wonwoo yang tiba-tiba bertukar sedih pula. Tubuh Chan dipeluknya erat. Chan juga terus membalas pelukan itu sambil menepuk perlahan belakang badan Wonwoo.

"Hiks! Kau pergi mana ha? Penat aku cari kau, kau tahu!" ucap Wonwoo dengan nada yang dibuat-buat nangis.
Serta-merta, Jihoon dan Soonyoung yang sibuk ber wrestling tadi. Terus memandang Wonwoo sebelum merangkak ke arah mereka berdua.

"Kau kenapa ni? Tiba-tiba nangis ni?" tanya Jihoon pelik.

"Aku gembira lah! Aku dah jumpa kawan aku waktu kecil-kecil dulu! Hiks!"

"Siapa? Chan ni ke?" tanya Soonyoung pula.

"Iyalah! Huwahh!" jawab Wonwoo sebelum menangis lagi kuat.

"Aku- aku cari dia merata tempat kau tahu! Sekarang baru aku jumpa dia" adu Wonwoo sambil menyeka air matanya. Chan tersenyum kelat apabila melihat reaksi Wonwoo ini.
Soonyoung dah Jihoon pula menggosok tengkuknya yang tidak gatal itu, terkaku tak tahu nak buat apa dengan Wonwoo yang sedang menangis itu.

"Kenapa hyung cari aku?" soal Chan takut-takut. Dirinya mula diselubungi rasa bersalah.

"Kan kita kawan! Sebab tu lah aku cari kau" balas Wonwoo yang masih lagi menangis.

"Ha sudah lah. Macam mana nak bagi dia berhenti menangis ni?" ucap Soonyoung gelabah.

Chan yang tak tahu nak buat apa, terus memeluk semula tubuh hyungnya itu bagi menenangkannya.

"Maaf hyung. Aku pindah rumah, aku tak tahulah pula yang hyung akan cari aku dengan Geon"

"Huwahhhh Geon! Aku rindu dia!" tangis Wonwoo lagi semakin menjadi-jadi, apatah lagi nama Geon disebut. Chan menepuk dahi. Rasa menyesal pula sebut nama Geon.

Klakk!!

"Ehh! Kenapa Wonwoo menangis ni? Sampai ke luar orang dengar" tanya Jun gelabah, lagi-lagi bila melihat Wonwoo yang sedang menangis di dalam pelukan Chan itu.

"Aku menangis gembira lah! Aku jumpa Chan! Aku jumpa kawan kecil aku semula!" balas Wonwoo, pelukan pula dileraikan lagi buat kali kedua.

"Lahh, itu je ke? Kau ni, menangis macam hilang anak kucing"

"Aku gembira lah!" bidas Wonwoo tak puas hati. Air matanya dilap perlahan menggunakan hujung lengan bajunya.

"Dah ea? Jangan nangis ea? Nak pecah gegendang telinga aku dengar suara garau kau nangis" pujuk Jihoon selamba, membuatkan si Wonwoo yang hampir berhenti nangis. Kembali menangis semula!

"LEE JIHOON! MULUT KAU NI KAN!" jerit Soonyoung selepas menekup mulut Jihoon yang selamba itu. Kemudian, dia mengheret Jihoon keluar dari bilik itu meninggalkan Chan yang masih menenangkan Wonwoo buat kali ketiga.

'Aduhai.. entah-entah Chan hyung pun hadap benda yang sama juga masa kehidupan yang lepas' bisik Chan dalam hati sebelum tergelak kecil. Sesekali, dia menepuk perlahan belakang badan Wonwoo yang masih menangis serupa anak kecil kehilangan anak kucing itu.

-
bersambung~
-----------------------------------------------------------

Sorry lah sebab spam update, nak habiskan cepat punya pasal.

Rasa bersalah pula tiba sebab asyik spam update.. tak pernah dibuat orang rasanya ni HAHAHA

Bye !

Future | SVT Lee ChanWhere stories live. Discover now