Masa tetap berlalu seperti biasa. Hari berganti hari dan Chan kecil masih kekal tinggal bersama Dino dan ahli SEVENTEEN yang lain.
"Chan hyung"
"Iya Chan, kenapa?"
"Bila Chan boleh balik ke dunia asal ek?" soal Chan kecil dengan kepala disengetkan sedikit ke kanan.
Dino pula meletakkan tangannya didagu, seolah-olah sedang menghadam soalan cepumas dari Chan kecil."Urmm entahlah, Chan. Hyung pun tak tahu. Kenapa Chan tiba-tiba tanya ni?" balas Dino dengan bahu diangkat sedikit.
"Sebenarnya, sejak kebelakangan ni kita selalu dapat surat" balas Chan kecil ragu-ragu. Dino pula hanya berkerut dahi, tidak faham dengan kata-kata Chan kecil.
"Surat apa?"
"Entahlah, dia cuma ada tulis-tulis nombor mungkin?" jawab Chan kecil lambat kerana mengingat kembali setiap isi kandungan surat yang diterimanya.
Dino berkerut sedikit saat mendengar cerita Chan kecil tentang surat misteri itu. Dia terus duduk bersila dan menghadap Chan kecil yang berada di hadapannya itu.
"Surat yang Chan dapat tu macam kertas putih yang Chan dapat masa pertama kali Chan datang sini tu ke?" soal Dino. Chan kecil hanya mengangguk sebagai jawapan.
"Mana kertas tu?"
"Ada dekat dalam laci meja hyung" balas Chan kecil sambil tangan kecilnya menunjuk ke arah meja belajar Dino.
"Okay, sebelum tu Chan tolong tutup pintu tu jap. Pastu ambil semua kertas putih yang Chan dapat" arah Dino sambil matanya menghendap-hendap luar bilik, takut-takut jikalau ada hyungnya yang terdengar perbualan mereka.
"Okay" balas Chan kecil. Dia berjalan menuju ke pintu lalu menutupnya. Kemudian, berjalan ke arah meja belajar Dino pula untuk mengambil kertas-kertas putih yang dia dapat. Lalu, mengambil tempat disebelah Dino diatas katil milik Seungkwan.
"Taman Pulau Permata"
"11.59 malam"
"Latte, ice americano, hot chocolate, green tea, kopi"
"salji, orang salji"
Dino membaca satu persatu isi kandungan yang tertulis didalam kertas putih itu dengan perlahan. Dahinya semakin berkerut memahami semua ayat yang ditulis itu.
"Apa benda ni ek?" soal Dino sendiri.
"Apa hyung?" soal Chan kecil pula. Matanya kekal memandang wajah Dino yang sudah berkerut seribu itu.
"Ha? Tak, tak ada apa-apa. Hyung cuma pelik dengan kertas ini. Macam ada sesuatu yang dia nak sampaikan, tapi hyung tak tahu apa dia" balas Dino dengan gelengan kecil. Chan kecil pula mengeluh perlahan sebelum merebahkan tubuhnya diatas katil empuk itu.
Dino tersenyum kecil melihat gelagat Chan. Dia bangun dari duduknya lalu bergerak menuju ke arah meja belajarnya untuk meletakkan kembali kertas-kertas putih itu. Kemudian, dia berjalan semula ke arah katil Seungkwan dan turut merebahkan tubuhnya disebelah si kecil.
"Tak apalah Chan. Satu hari nanti, semua jawapan untuk persoalan tu akan terjawap juga nanti. Chan janganlah sedih-sedih, okay?" pujuk Dino sambil tersenyum kecil melihat Chan.
"Kita tak sedih pun, kita cuma rindu dekat papa dengan mama" adu Chan sedih. Kedua lengannya pula disilangkan lalu direhatkan diatas mukanya.
"Alahhh, kita baru je jumpa diorang hari tu kan" kata Dino lagi sebelum memeluk tubuh kecil itu. Chan kecil masih berada didalam posisi yang sama, menutup mukanya dengan lengan yang disilangkan itu.
YOU ARE READING
Future | SVT Lee Chan
Fanfiction"Kalaulah dulu aku tak lemah mesti aku tak sakit macam ni." kata Chan sendiri. - "Chan hyung jangan tinggalkan kita" "Hyung tak tinggalkan Chan, hyung akan tetap ada dengan Chan..." "...dekat sini". sambungnya lagi sambil menepuk perlahan dada ba...