Chan melangkah keluar daripada kereta milik Minghao yang ditumpanginya.
Di dalam kereta itu, terdapat seorang lagi lelaki yang menaiki kereta yang sama iaitu Seungkwan.
Mereka bertiga akan naik kereta Minghao setiap kali mahu pergi ke tempat kerja dan kerana jalan ke tempat kerja mereka hanya satu jalan. Jadinya Minghao tidak kisah untuk membawa kedua orang adiknya itu sekali.
Chan melambaikan tangannya ke arah dua orang abangnya itu lalu melangkah masuk ke dalam kedai serbaneka, iaitu tempat kerjanya apabila bayangan kereta abangnya itu semakin menjauh dari situ.
"Hai Chan, selamat pagi". ucap salah seorang pekerja di kedai itu kepada Chan.
"Hai Jay, selamat pagi juga". balas Chan kepada lelaki yang bernama Jay itu.
Selepas itu, Chan terus berjalan ke bahagian stor kedai untuk membuat pengiraan stok barang.
Sedang Chan khusyuk melakukan tugasnya, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang menyergah Chan dari belakang.
"HA BUAT APA TU?!!".
Chan mengelus kasar dadanya kerana terkejut dengan sergahan itu. Hampir-hampir sahaja papan keras yang dipegang olehnya itu melayang ke wajah lelaki itu.
"Kira bulu ayam, asal? ada masalah?". jawab Chan lalu memberikan jelingan tajam kepada lelaki itu.
"Ouhh kira bulu ayam,tak lah aku tak ada masalah pun cuma kau tu sempat ke siap kira bulu ayam tu sampai malam". ujarnya bersahaja.
Manakala Chan yang berada dihadapannya hanya memberikan pandangan lembu-kau-buat-lawak-ke?
"Han Bin, kau ada nampak rupa ayam ke kat sini?" tanya Chan sambil menunjukkan rak di sebelahnya itu.
"Tak de pulak". jawab Han Bin sambil menggelengkan kepalanya perlahan.
"Dah tu, kau ingat aku tengah buat apa sekarang ni? terang lagi nyata yang aku tengah kira stok barang ni kan". ucap Chan sambil mengangkat papan keras yang dipegangnya di hadapan muka Han Bin.
"Ouhh tak lah kan tadi kau yang cakap kau tengah kira bulu ayam, jadinya aku pun iya kan jelah". ujar si kawan. Mendengar sahaja jawapan si kawan, Chan mengeluh perlahan lalu memandang wajah kawannya itu.
"Han Bin, aku tengah sedaya upaya tahan diri aku daripada mengeluarkan kata-kata carutan di pagi yang tak berapa nak indah ni kau tahu tak". ucap Chan dengan wajah yang sedang menahan geram.
"Eh, kenapa pagi yang tak indah pulak? kan pagi lagi ni, mestilah yang indah-indah". tanya Han Bin kepada Chan sambil kepalanya disenget kan sedikit.
"Pagi aku tak indah sebab aku jumpa KAU" jawab Chan dengan suara yang dikuatkan sedikit pada perkataan 'kau'.
"Ehhhh kenapa jumpa aku jadi tak indah? kena lah indah, aku dah handsome2 dah ni". jawab Han Bin dengan tangan yang disilangkan di dada dan wajahnya terukir senyuman yang lebar.
Sekali lagi, Chan mengeluh dan mengelus perlahan dadanya daripada mengeluarkan kata-kata carutan dan hempuk kepala si Han Bin dengan papan keras tu.
"Han Bin, PERGI KELUAR PASTU BUAT KERJA KAU SANA". arah Chan yang telah berura-ura untuk menghempuk kepala lelaki itu.
Melihat keadaan Chan yang sudah berapi-api itu, Han Bin tersengih pucat dan terus membuka langkah lalu keluar daripada bilik stor itu. Chan hanya memerhatikan gelagat kawannya itu sehingga dia hilang daripada pandangan matanya.
"Haih untung sayang". bisik Chan sendiri.
Entah macamana, Han Bin tiba-tiba muncul di sebalik pintu stor itu.
YOU ARE READING
Future | SVT Lee Chan
أدب الهواة"Kalaulah dulu aku tak lemah mesti aku tak sakit macam ni." kata Chan sendiri. - "Chan hyung jangan tinggalkan kita" "Hyung tak tinggalkan Chan, hyung akan tetap ada dengan Chan..." "...dekat sini". sambungnya lagi sambil menepuk perlahan dada ba...