29

72 12 2
                                    

"Minghao! Tolong aku potong sayur ni jap!" jerit Mingyu memanggil Minghao yang berada di ruang tamu. Minghao mengeluh perlahan sebelum berdiri dan berjalan menuju ke dapur.

"Ishh kenapa tak suruh orang lain?" keluh Minghao selepas duduk dimeja makan dan menggapai sebilah pisau di hadapannya.

"Orang lain semua tak pandai masak. Kang nanti lain aku suruh, lain dibuatnya" balas Mingyu malas. Dia juga sedang sibuk mengacau masakan yang sedang mendidih di atas dapur masak itu.

"Tapi aku pun tak pandai masak" kata Minghao lagi sambil memotong sayur.

"Tapi sekurang-kurangnya kau pandai potong sayur" balas Mingyu sambil memandang Minghao sekilas. Sekali lagi, Minghao mengeluh.

"Tak payah nak mengeluh sangat. Cepat potong tu, kang tak makan malam korang nanti" tegur Mingyu apabila dia terdengar keluhan Minghao tadi.

"Ishh yelah!" bentak Minghao sambil mencebik serupa itik. Kemudian, dia meneruskan aktivitinya itu tanpa sebarang bunyi.

Klakk!

"Hai semua! Seungkwan dah balik!" sapa Seungkwan riang apabila dia membuka sahaja pintu utama rumah itu.

"Hai Seungkwan" balas Jeonghan dengan senyuman kecil. Dia sedang duduk di sofa ruang tamu sambil menonton televisyen.

"Hai hyung!" balas Seungkwan sebelum meluru ke arah tangga rumah. Sampai sahaja dihadapan tangga, dia ternampak Mingyu dan Minghao. Lalu, dia menegur mereka sebelum berlari menaiki tangga itu.

"Hai Mingyu hyung! Hai Minghao hyung!"

"Hai Kwan!"

"Hai Seungkwan!"

"Masak sedap-sedap taw hyung! Kwan lapar!" jerit Seungkwan lagi dari tingkat atas.

"Tak nak!" balas Minghao selamba.

Pakk!!

"Adoi! Sakitlah hyung!" ucap Minghao apabila bahunya ditampar kuat oleh Jihoon. Jihoon pula memandang Minghao datar.

"Jangan cakap macam tu depan makanan. Betul-betul tak sedap, kau makan ea" balas Jihoon tenang bercampur dingin dalam nada suaranya. Manakala Minghao pula masih menggosok tempat yang ditampar Jihoon tadi.

Untung sahaja pisau yang dipegangnya tadi tak terpelanting.

"Ishhh orang main-main jelah" bantah Minghao sedikit berkerut. Jihoon tak membalas sebaliknya hanya menggeleng perlahan.

"Bila hyung balik? Tak dengar pun bunyi pintu" sapa Mingyu sambil memandang wajah Jihoon dengan tangan kiri bercekak pada pinggang. Manakala, tangan kanan memegang senduk. Jihoon terus memandang Mingyu.

"Baru je" jawab Jihoon ringkas sambil tersenyum kecil. Mingyu pula mengangguk faham.

"Baru balik terus puk orang" bisik Minghao sendiri sambil menundukkan kepalanya sedikit. Namun, cukup untuk seorang Jihoon yang berdiri di sebelahnya mendegar omelan itu.

"Apa dia, Hao? Hyung tak berapa dengar lah" usik Jihoon sambil mendekatkan telinganya ke wajah Minghao. Minghao pula sudah tersenyum pahit.

"Ahhh tak de apa-apa lah hyung. Mana ada Hao cakap apa-apa tadi" balas Minghao kekok. Dia menolak wajah Jihoon perlahan, cuba untuk menjauhi diri dari aura negatif Jihoon. Jihoon terus berdiri tegak semula sambil tersenyum sinis.

"Dah lah hyung nak pergi mandi" kata Jihoon sebelum memusingkan badannya untuk pergi ke biliknya.

"Ha pergi-pergi. Patutlah bau busuk, dari hyung rupanya" usik Minghao selamba sambil melambaikan tangannya menyuruh Jihoon pergi dari situ. Jihoon yang mendengar kata-kata Minghao terus memusingkan badannya menghadap Minghao semula.

Future | SVT Lee ChanWhere stories live. Discover now