12

76 13 2
                                    

"Wonu!! Jun!! Cepatlah woi!!" jerit Soonyoung memanggil kedua rakannya yang masih berada di dalam bilik.

"Jap jap! Sabo!! Weih berus gigi aku tak ambil lagi!!" - Jun

"Kejap Soonyoung! Ish Jihoon, kau kenapa ni?! Lepas lah tangan aku!" - Wonwoo

"Okay, aku dah siap!" jerit Jun apabila dia sudah berdiri di hadapan Soonyoung.

"Aku pun dah siap- ish Jihoon! Kenapa ni pegang-pegang tangan aku ni?!" jerit Wonwoo bengang apabila Jihoon masih tidak melepaskan lengannya.

"Ala, janganlah tinggalkan aku" ujar Woozi sedih sebab rakan sebaya dia semua nak balik kampung Soonyoung.

"Mana ada kitaorang tinggalkan kau, kau je yang tak nak ikut" balas Jun.

"Haah, kan kau sendiri yang cakap kau ada kerja lagi pastu nak balik kampung kau nanti" tambah Hoshi.

"Ala, tunggu lah aku. Nanti kalau korang semua dah pergi, siapa nak teman aku tidur kat bilik besar bapok tu. Nanti aku sorang-sorang je" ucap Woozi lagi. Tangannya masih berpaut pada lengan Wonwoo.

"Dahtu sekarang ni, kau nak ikut ke tak?" tanya Wonwoo malas sebab dari tadi lengannya dipegang Woozi.

"Kan aku dah kata aku kerja! Ish!" balas Woozi dingin.

"Ha marah marah, jom lah kita tinggalkan dia. Biar dia tidur sorang-sorang dekat bilik tu" ujar Wonwoo sebelum berura-ura untuk melepaskan pautan tangan Woozi. Namun, si Woozi semakin menguatkan pegangannya.

"Hyung, aku pun kerja gak. Kerja separuh hari" tegur Dino yang sedang berdiri di sebelah Jihoon, tangannya pula dilingkari di bahu Jihoon.

"Tapi bukan ke kau kata kau nak balik kampung juga?" soal Jihoon.

"Haah, esok kerja separuh hari pastu petang tu juga aku balik kampung" jawabnya selamba manakala si Woozi memandangnya datar.

"Ada kang yang tak balik kampung nanti" ujar Woozi sambil matanya tidak lepas memandang tajam ke arah Dino.

"Siapa?" tanya Dino polos.

"Lee Woozi" balas Jeonghan sinis yang berada di sebelah Jun.

"Hyung ni kan, tak baik betul lah" ujar Woozi malas kerana ramai sangat nak usik dia pagi-pagi itu.

"Dahtu, cuti jelah. Pergi ikut kawan-kawan kau tu balik kampung Soonyoung"

"Haih, tak boleh. Budak aku ada pertandingan, jadinya aku kena latih dia sampailah hari dia bertanding" terang Jihoon yang masih berpaut pada lengan Wonwoo, manakala si Wonwoo hanya pasrah di situ.

"Bila tu pertandingannya?" soal Jisoo pula.

"Hujung minggu ni, pastu baru aku boleh balik kampung" jawab Woozi sambil mencebik bibir.

"Kalau hujung minggu ni, nampaknya kau memang kena duduk rumah ni sorang-sorang lah Ji" ujar Seungcheol pula.

"Hyung!!" bentak Jihoon geram.

"Eii, teman lah aku, takkanlah korang nak tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah besar ni. Dah lah masatu aku pernah dengar bunyi barang jatuh dari bilik atas" rengek Woozi pula sambil menggoncang lengan Wonwoo. Sekali lagi, Wonwoo hanya bersabar.

"Bilik siapa hyung?" soal Seungkwan pula.

"Bilik kau lah!" manakala si Seungkwan hanya tersengih tangerin.

"Ouhh, itu cicak hyung. Dekat bilik kitaorang ada cicak jinak. Suka bebenor dia main lari-lari dalam bilik tu" ujar Vernon penuh yakin untuk mengurangkan rasa takut si Jihoon.

"Ahh, banyak lah cicak jinak kau. Aku tak nak!" bantah Woozi lagi. Manakala yang lain dah mati akal tengok rengekan si Woozi ni. Nak tinggal sorang-sorang, kesian pula.

"Ha! Apa kata hyung tinggal dengan kawan aku je. Nak tak?" ujar Dino sedikit teruja apabila satu idea tiba-tiba muncul di fikirannya.

"Siapa kawan kau?"

"Sorang tu nama dia Hwang Jay, lagi sorang nama dia Choi Han Bin. Diorang duduk satu rumah" terang Dino.

"Diorang okay lah hyung. Diorang baik tahu" sambung Dino lagi apabila dia melihat reaksi Jihoon yang masam semacam.

Jihoon bukan tak nak, tapi dia jenis yang susah bergaul dengan orang luar. Kalau ada kawan pun, lelaki tiga orang itu jelah kawan dia. Kawan rapat.

"Duduk jelah ea, daripada hyung duduk sini sorang-sorang" ucap Seokmin sambil menepuk bahu Jihoon.

"Jangan risau hyung. Nanti kitaorang call hyung. Waktu pertandingan tu pun kitaorang call. Video call taw bukan voice call" ujar Minghao pula tersenyum kecil lalu menaikkan kedua-dua keningnya.

"Yelah-yelah aku duduk sana" balas Jihoon pasrah.

"Ala hyung, senyum lah. Tak mo lah sedih-sedih" pujuk Mingyu pula. Lalu, Woozi pun mengukir senyuman paksa.

"Ala, tak nak senyum tu"

"Dahtu kau nak senyum yang macamana?"

"Nak yang macam, yeayy!!" balas Mingyu lalu melompat gembira. Si Woozi pun ikutkan je permintaan Mingyu.

"Yeayy! Uji hyung senyum!! Comel!!" ujar Mingyu sambil mendokong tubuh kecil Woozi. Untung kecil. Manakala yang lain sudah berasa lega kerana tidak perlu risau tentang Woozi seorang ni.

-
bersambung~
-----------------------------------------------------------

Future | SVT Lee ChanWhere stories live. Discover now