"Chan, sini kejap" panggil Pn. Lee, tempat duduk di sebelahnya ditepuk perlahan.
"Kenapa ma?" jawab Dino yang berura-ura untuk duduk di sofa itu.
"Mama bukannya panggil kamu, mama panggil itu ha Chan yang lagi sorang tu" balas Pn. Lee selamba lalu memandang ke arah Chan kecil. Manakala si Dino sudah memandang datar wajah Pn. Lee.
"Sabar Chan, sabar. Dah biasa tak pe" bisik Dino sendiri sambil mengelus perlahan dadanya. Lalu dia berganjak ke kerusi yang lain.
"Kenapa mama panggil Chan?" tanya Chan kecil yang sudah duduk bersebelahan dengan Pn. Lee.
"Mama nak borak-borak je dengan Chan"
"Ouh, mama nak borak apa?"
"Chan tak nak balik rumah eomma dengan appa Chan ke?" soal Pn. Lee berhati-hati kerana takut Chan kecil salah faham dengan kata-katanya.
"Mama halau Chan ke?" potong Dino dengan wajah sedikit terkejut mendengar pertanyaan Pn. Lee.
"Ish kamu ni! mana ada mama halau dia, mama cuma tanya je yelah mana tahu dia rindu eomma dengan appa dia ke?" ujar Pn .Lee.
"Ouh, Chan lupa nak bagitahu mama yang sebenarnya..erm..abang dia! ha abang dia yang suruh Chan jaga adik dia ni" jawab Dino selepas berfikir seketika.
"Abang dia? kenapa abang dia tak jaga dia sendiri?" soal Pn. Lee lagi. Manakala si Dino dah hampir mati akal sebab tak tahu nak reka ayat apa lagi.
"Erm..sebab..sebab abang dia kerja, ha abang dia kerja. Abang dia ni jenis yang sibuk sikit pastu sekarang ni kan tengah cuti sekolah, jadinya dia minta tolong Chan jagakan adik dia. Lebih kurang macam bawa bercuti lah, ha macam tu" jawab Dino panjang lebar. Dalam hati dia dah kutuk-kutuk diri sendiri sebab tipu mak sendiri.
"Ouh, berapa hari Chan duduk sini?" tanya Pn. Lee lagi, tapi kali ini dia bertanya kepada Chan kecil.
"Dia duduk sini dua minggu je, sebab Chan nanti dah kena naik kerja" potong Dino lagi sebab dia tahu Chan kecil memang tak akan ada jawapannya. Lagi satu, dia tak nak Chan kecil cakap benda yang merepek. Tak pasal-pasal dia yang kena terangkan nanti, itu pun kalau keluarga dia faham. Bagi Dino, kalau dia cerita pun, siapa je yang nak percaya dengan benda mengarut macam ni, nasib Chan kecil faham.
"Ish! lah kamu ni, mama tanya Chan yang ini, bukannya tanya kamu" bidas Pn. Lee memandang sekilas wajah Dino. Manakala, Dino hanya menutup mulutnya dengan rapat sebab tak berani nak cakap apa-apa lagi.
"Dah lah pergi tidur, dah pukul berapa dah ni. Papa dengan Geon pun dah tidur rasanya ni" ucap Pn. Lee sedikit tegas melihat dua orang lelaki yang berada di sebelahnya dan di hadapannya. Mungkin geram lagi agaknya.
"Chan tidur dengan Chan hyung okay?" ucap Pn. Lee lembut.
"Okay mama. Selamat malam" balas Chan kecil lalu memeluk Pn. Lee. Mulanya, Pn. Lee terkejut dengan tindakan Chan kecil namun tidak lama kemudian, beliau tersenyum kecil lalu membalas semula pelukan erat Chan kecil itu. Kemudian, beliau mengucup lembut dahi si Chan kecil.
"Selamat malam sayang" balas Pn. Lee lembut.
Kini, giliran Dino pula yang memeluk Pn. Lee dan mengucapkan selamat malam kepadanya.
"Selamat malam mama. Chan sayang mama" ucap Dino sambil memeluk erat tubuh wanita separuh usia itu.
"Mama pun sayang Chan. Sebelum tidur jangan lupa makan ubat ye sayang. Selamat malam juga sayang mama yang kacak seorang ni"
"Okay mama" lalu dua orang Chan itu pun berjalan menaiki tangga menuju ke bilik tidur Dino.
Namun tidak lama kemudian, satu suara yang lain menyapa Pn. Lee.
"Mama"
"Geon? Tak tidur lagi ke?"
"Tak, Geon dengar je mama cakap Chan hyung kacak terus Geon bangun" jawab Geon yang sedang mamai. Manakala Pn. Lee hanya tergelak kecil melihat kerenah anaknya yang seorang ini.
"Nak juga ke?" tanya Pn. Lee dan dibalas anggukan daripada Geon.
"Okay2, selamat malam ye Geon anak mama yang kacak juga ni" ucap Pn. Lee lembut sambil memeluk erat tubuh Geon.
"Selamat malam mama. Geon sayang mama" balas Geon yang mengeratkan lagi pelukan itu.
"Sayang Geon juga. Dah pergi tidur" balas Pn. Lee lalu melepaskan pelukan hangat itu. Manakala Geon hanya mengangguk perlahan dan berjalan menaiki tangga menuju ke biliknya yang terletak berhadapan dengan bilik Dino.
-
"Uit Chan" panggil Dino yang sedang duduk di hujung katilnya.
"Kenapa hyung?" jawab Chan kecil lalu duduk disebelah Dino apabila namanya dipanggil.
"Hyung minta maaf taw pasal petang tadi"
"Yang mana hyung?" tanya Chan kecil sedikit berkerut dengan kata maaf secara tiba-tiba oleh Dino.
"Yang hyung kata jangan panggil mama mama. Hyung bukan apa, tapi hyung takut nanti mama tanya bukan-bukan. Dah lah hyung tak reti nak buat ayat" terang Dino perlahan. Dalam dirinya terselit rasa bersalah sebab dia tak bagi Chan kecil panggil Pn. Lee mama. Tapi, nasib Pn. Lee terima dengan hati terbuka petang tadi.
"Ouh yang itu. Chan okay jelah hyung, Chan tak terasa pun. Hyung jangan lah rasa bersalah sangat" ujar Chan kecil lalu tersenyum kecil memandang wajah Dino.
"Terima kasih sebab datang sini dan tolong aku ubah masa depan" ucap Dino sambil memeluk erat tubuh kecil Chan.
"Sama-sama hyung. Jangan nangis-nangis lagi taw" balas Chan kecil, dia membalas semula pelukan itu dan menepuk perlahan tubuh Dino. Chan tahu yang Dino tengah menangis sebab dia terdengar esakan yang perlahan daripada Dino.
Dino meleraikan pelukan itu lalu menyapu air matanya menggunakan telapak tangannya. Dia memandang wajah Chan yang sudah tersenyum kecil melihat gelagat Dino.
"Tahu je ea kau aku menangis" ujar Dino yang masih menyapu air matanya.
"Tahu lah, orang dengar hyung tsk tsk tadi" balas Chan kecil sambil melakonkan semula gaya Dino teresak-esak tadi. Manakala, Dino hanya tergelak kecil melihat tingkah laku Chan kecil.
"Dah lah jom tidur" ajak Dino.
"Jom! Selamat malam hyung"
"Selamat malam Chan"
-
bersambung~
-----------------------------------------------------------
Salam Maulidur rasul!
YOU ARE READING
Future | SVT Lee Chan
Fanfiction"Kalaulah dulu aku tak lemah mesti aku tak sakit macam ni." kata Chan sendiri. - "Chan hyung jangan tinggalkan kita" "Hyung tak tinggalkan Chan, hyung akan tetap ada dengan Chan..." "...dekat sini". sambungnya lagi sambil menepuk perlahan dada ba...