2

178 20 0
                                    

Seungcheol merupakan orang pertama yang bangun pada pagi itu selepas dia mendengar bunyi loceng berbunyi. Jam loceng masih berbunyi dan disebabkan bunyi itu terlalu bising untuk pagi hari yang indah, dia menggapai jam loceng itu lalu mematikannya.

Dengan mata yang masih tak berapa nak celik dia melihat jam loceng yang telah menunjukkan pukul 6:30 pagi. Dia menggosok perlahan matanya dan duduk sekejap di katilnya sebelum bangun dari duduknya untuk mengejutkan dua orang kawannya yang berkongsi satu bilik tidur dengannya.

"Jeonghan bangun Jisoo bangun". arah Seungcheol sambil menggoncang sedikit badan Jeonghan dan Jisoo.

Melihatkan keadaan dua orang itu yang masih tidak bergerak, dia kembali menggoncang badan dua orang manusia itu dengan sedikit kasar.

"Weih bangun lah nanti lambat pergi kerja lah. Nanti nak kena kejut budak-budak yang lain pulak". sambungnya lagi.

Rasa badannya digoncang Jisoo terlebih dahulu bangun dan duduk sekejap sebelum menuruni tangga katilnya.

Jisoo memberitahu Seungcheol untuk meninggalkan Jeonghan kepadanya, jadinya Seungcheol terus meninggalkan bilik itu untuk mengejutkan adik-adiknya yang lain.

"Jeonghan bangun" kali ini suara Jisoo pula yang mengejut Jeonghan sambil menarik selimut tebal yang menutupi tubuh lelaki itu.

Jeonghan bangun dari perbaringan lalu menguap lebar. Dia melihat Jisoo yang sedang mengemas katil miliknya yang berada di atas katil milik Jeonghan.

Selesai sahaja mereka berdua mengemas katil, mereka berdua keluar daripada bilik untuk membantu ahli tertua mengejutkan adik-adik mereka.

Tombol pintu bilik ahli termuda dipulas. Jeonghan memasuki bilik tersebut dan terus menuju ke katil milik Hansol. Kemudian Jeonghan menyuruh Hansol untuk mengejutkan dua orang manusia yang masih belum bangun sebelum keluar dari bilik itu.

Selesai sahaja dia mengejut kawannya, dia memasuki bilik air untuk mandi sebelum giliran Seungkwan dan selepas itu giliran Chan pula.

Sudah menjadi kebiasaan mereka untuk terus mandi apabila mereka sudah bangun agar tidak berlakunya perebutan bilik air pada awal pagi.

Di bilik yang lain pula, Jisoo melangkah masuk ke dalam bilik ahli kedua termuda di rumah itu.

Dia mengejut lelaki yang bertubuh tinggi lampai terlebih dahulu kerana lelaki itu perlu masak sarapan mereka semua.

Selepas itu, dia mengejut pula dua orang manusia yang lain iaitu Seokmin dan Minghao.

Seokmin terlebih dahulu bangun daripada Minghao lalu terus memasuki bilik air.

Apabila semua ahli di dalam bilik itu sudah dikejut, Jisoo melangkah keluar daripada bilik tidur itu lalu menuju ke biliknya untuk mandi.

"96 bangun dah nak pukul 7 pagi ni". kata Seungcheol sesampai sahaja dia dia di dalam bilik tidur itu.

Dia mengeluh perlahan kerana tiada siapa pun yang bergerak. Dia berjalan menuju ke katil milik seorang lelaki China lalu menggoncang tubuhnya sedikit kasar.

"Jun bangun pergi tolong Mingyu dekat dapur". kata Seungcheol kepada lelaki yang bernama Jun itu. Jun bangun dan duduk di katilnya sekejap sebelum mengangguk perlahan dan terus menuju ke pintu biliknya.

Di atas katil Jun pula merupakan katil milik seorang lelaki yang bertubuh kecil sedikit berbanding daripada mereka semua.

Namun begitu, Seungcheol tidak mengejut lelaki bertubuh kecil itu dahulu kerana dia tahu, mengejut lelaki itu mengambil masa yang sedikit lama berbanding yang lain. Jadinya Seungcheol pergi mengejutkan dua orang lelaki yang berada di katil bersebelahan dengan katil Jun dahulu.

Future | SVT Lee ChanWhere stories live. Discover now