Malam pun tiba..
Seungkwan melihat keluar jendela dan serta merta matanya membulat keriangan.
"Korang! Salji betul-betul turun lah!" jerit nya gembira lalu melompat keriangan.
Hansol yang mulanya berada di atas katil turut melihat ke luar jendela sebelum menyertai Seungkwan melompat keriangan. Manakala Dino pula yang sedang berbaring di atas katilnya, hanya tersenyum tawar setelah mendengar sorakan Seungkwan tadi.
"Jom ajak hyung semua pergi keluar nak tak?" tanya Seungkwan sambil tersenyum lebar kepada Dino dan Hansol.
"Keluar? Buat apa?" soal Hansol kembali sedikit berkerut.
"Main salji lah! Jom jom" balas Seungkwan penuh riang sebelum menarik Hansol keluar dari bilik itu untuk bertemu dengan hyungnya yang lain.
"Chan! Kejut Chan kecil tu!" jerit Hansol sebelum keluar dari bilik itu apabila ditarik oleh Seungkwan.
Dino masih tersenyum sendiri sebelum bangun dan duduk bersila di atas katilnya. Chan kecil yang elok dibuai mimpi di sebelahnya dipandang seketika.
"Chan, bangun. Jom siap-siap, kita nak keluar ni" ucap Dino sambil menggoncang tubuh kecil Chan perlahan. Chan kecil menggiat kecil sebelum duduk disebelah Dino. Kepalanya pula disandarkan ke lengan Dino.
"Mengantuk lagi ke?" soal Dino lembut sambil mengusap perlahan rambut Chan kecil.
"Ngantuk hyung" balas Chan kecil sambil mengangguk perlahan. Dino tergelak kecil mendengar jawapan Chan kecil.
"Jomlah siap-siap, kita nak keluar ni" ajak Dino lagi sebelum menjejakkan kakinya di anak tangga katilnya.
"Keluar pergi mana hyung?" soal Chan kecil perlahan dengan mata yang masih ditutup rapat. Dino pula sudah berdiri ditepi katilnya, memandang Chan kecil yang mamai itu.
"Nak pergi main salji. Seungkwan hyung ajak, jomlah"
Serta merta, mata Chan kecil terbuntang luas apabila mendengar perkataan salji yang keluar dari mulut Dino. Bibirnya pula mengukir senyuman teruja.
"Nak!" ucap Chan kecil gembira. Dia terus menjejakkan kakinya di anak tangga katil itu dan tubuhnya terus disambut oleh Dino.
Kemudian, mereka berdua terus bersiap-siap dengan memakai baju sejuk yang tebal sebelum keluar dari bilik itu dan bertemu dengan ahli SEVENTEEN yang lain.
"Omo.. Chan kecil tidur ke tadi?" kata Seokmin sebelum mendukung tubuh kecil Chan.
"Haah, kita mengantuk lah hyung. Tadi kita berbual dengan Chan hyung, pastu kita terus tertidur dekat sebelah Chan hyung" balas Chan kecil sambil ketawa kecil.
"Kau bercerita ke apa ha, Chan?" soal Mingyu pula selepas menyiku lengan Dino dengan sikunya. Kebetulan pula, Dino berdiri di sebelahnya dan berada dekat dengan Seokmin dan Chan kecil.
"Mana ada bercerita. Kitaorang berbual biasa je, tup tup dia dah tertidur dah sebelah aku" balas Dino malas.
"Uishh hebat ek kau punya berbual, sampai boleh tertidur budak tu" celah Soonyoung pula. Mingyu dan Soonyoung terus tergelak kecil. Manakala Dino pula tersenyum pahit disitu.
"Ouhh patutlah muka macam sembab semacam je. Tak basuh muka ke?" sambung Seokmin lagi.
"Belum, tadi kita siap-siap terus turun bawah. Tak sempat nak basuh muka" balas Chan kecil sambil menggeleng perlahan. Seokmin pula mengangguk faham sambil memuncungkan bibirnya sedikit.
"Kalau macam tu, jomlah kita basuh muka dulu" ajak Seokmin sebelum berjalan menuju ke dapur bersama Chan kecil dalam dukungan nya.
"Aku ngantuk lah, korang pergi jelah" ucap Jihoon malas.
YOU ARE READING
Future | SVT Lee Chan
Fanfiction"Kalaulah dulu aku tak lemah mesti aku tak sakit macam ni." kata Chan sendiri. - "Chan hyung jangan tinggalkan kita" "Hyung tak tinggalkan Chan, hyung akan tetap ada dengan Chan..." "...dekat sini". sambungnya lagi sambil menepuk perlahan dada ba...