15

64 14 6
                                    

Tok! Tok! Tok!

Pintu rumah yang tersergam indah berwarna coklat pekat diketuk sebanyak tiga kali oleh Dino.

"Mama! Papa! Geon! Chan dah ba- " sebelum Dino sempat menghabiskan ayatnya, pintu terlebih dahulu di buka oleh seseorang; mama!

"Chan! Anak mama dah balik!"ucap Pn. Lee teruja lalu memeluk anak lelaki sulungnya itu.

"Chan sihat? Chan ada sakit kat mana-mana ke? Chan dah makan ubat?" soal Pn. Lee bertalu talu apabila dia telah meleraikan pelukan.

"Chan sihat mama, apa kata mama bagi kitaorang masuk dulu" balas Dino lembut sambil tergelak kecil.

"Ouh iya, masuk-ma- kejap, kitaorang? Chan balik dengan siapa lagi?" soal Pn. Lee pelik.

"Ini" balas Dino lalu tangannya ditunjukkan ke arah Chan kecil yang setia berdiri di sebelahnya.

"Hai mama!" ucap Chan kecil teruja selepas sahaja Pn. Lee perasan akan kehadirannya.

"Uit! Jangan panggil mama, panggil Pn. Lee" tegur Dino tegas namun dibantah oleh Pn. Lee.

"Eh, biarlah dia nak panggil mama, mama. Awak boleh panggil mama mama, okay sayang?" ujar Pn. Lee sambil tersenyum lebar, tubuhnya pula di bongkokkan sedikit. Selepas itu, Pn. Lee menyamakan tingginya dengan Chan.

"Okay mama!"

"Hehe comel. Siapa nama awak?" soal Pn. Lee.

"Mama, apa kata mama bagi kami berdua masuk dulu pastu mama sambung lah borak dengan si kecil ni. Tengok tu, kesian dia berdiri tegak penuh dengan sopan santun kat situ" ujar Dino terlebih dahulu sebelum Chan menjawab soalan Pn. Lee.

"Ha iya, lupa pula nak suruh masuk. Ha jom sayang, masuk-masuk. Jangan segan-segan" ajak Pn. Lee lalu menggapai tangan kecil Chan.

"Ha, jumpa anak yang lain, anak yang ini dah tak diendahkan. Sedih lah gini" ujar Dino lalu mencebik.

"Mengada, masuk cepat. Mama dah siap masak tu" balas Pn. Lee lalu terus menarik Chan kecil masuk ke dalam rumah. Manakala si Dino hanya tersenyum kecil melihat tingkah mamanya.

"Baguslah kalau mama boleh terima Chan" bisik Dino sendiri. Dia berjalan menuju ke keretanya untuk mengambil beg baju dan beberapa barang yang lain.

-

Kini, mereka bertiga iaitu mama dan dua orang Chan itu sudah berada di meja makan.

"Mana papa dengan Geon, ma?" soal Dino kepada mamanya yang sedang sibuk menyendukkan nasi ke dalam pinggan Dino dan Chan.

"Papa tengah kerja lagi, jap lagi balik lah tu. Geon pula ada kelas tambahan muzik, kejap lagi dia balik" jelas Pn. Lee lalu duduk di kerusinya.

Klakk!!

Bunyi pintu rumah ditutup rapat oleh seseorang dan seketika satu suara garau kedengaran memanggil ibunya.

"Mama! Geon dah balik!" laung Geon sambil berlari anak menuju ke dapur.

"Mama! Eh, Chan hyung! Bila kau balik hyung?! Perghh makin besar lah kau hyung!" ujar Geon teruja apabila dia terlihat sosok tubuh abangnya itu, lalu dia memeluknya erat.

"Aku baru je balik, baru sampai tadi. Yang makin besar tu engko. Mentang-mentang duduk rumah, mama masak sedap-sedap, melahap ek kau" balas Dino sinis.

"Memang lah aku makin besar hyung. Kalau makin kecil itu namanya terbantut" balas Geon lagi lalu berjalan ke arah kerusi yang terletak di sebelah Pn. Lee. Manakala si Dino hanya memandang wajah Geon datar.

"Eh, ada budak kecil lah kat sini. Baru Geon perasan" ujar Geon teruja bercampur terkejut.

"Hai budak, siapa nama?" soal Geon.

"Hai hyung, nama kita Chan!" jawab Chan kecil sambil tersenyum lebar.

"Eh, sama lah dengan nama kau hyung"

"Tahu" balas Dino selamba sambil mengunyah makanannya.

"Ish, bangga lah tu nama sama" manakala si Dino hanya tersenyum bangga memandang wajah Geon.

"Dah dah, makan. Bergaduh pula depan makanan ni" tegur Pn. Lee.

"mama, papa belum balik ke?" soal Geon lagi.

"belum, kejap lagi balik lah tu" jawab Pn. Lee dan diangguk oleh Geon.

klakk!!

Sekali lagi, bunyi pintu rumah ditutup rapat oleh seseorang. Selepas itu, kedengaran satu suara garau memanggil nama Pn. Lee.

"Sayang!! Abang dah balik ni!!" laung Tn. Lee memanggil isterinya.

"iya abang, saya dengar bunyi pintu ditutup tadi" balas Pn. Lee lalu memandang wajah suaminya.

"ha duduklah, saya ambilkan lauk lagi dekat dapur" ujar Pn. Lee lalu bangun dari kerusinya dan menuju ke dapur bersama sebuah mangkuk putih di tangannya.

"eh! ini anak siapa pula yang duk dekat sini? hai kamu budak kecil" sapa Tn. Lee sedikit kekok melihat kehadiran seorang budak kecil yang tidak dikenali.

"hai pakcik Lee, nama kita Chan. Selamat berkenalan pakcik Lee!" ucap Chan kecil teruja.

"hai selamat berkenalan juga. Nama kamu sama dengan nama Chan yang besar ni" balas Tn. Lee sambil tersenyum kecil lalu memandang wajah Chan besar sekilas.

"Pa, anak lelaki papa yang sulung ni dah balik taw" ujar Dino memandang wajah Tn. Lee.

"Ouh iya, anak ku dah balik. Selamat pulang ke rumah anak ku! Macam tu ke?" balas Tn. Lee teruja namun selepas itu, dia memandang datar wajah Dino.

"Papa! Tak baik tahu" ujar Dino lalu mencebik. Manakala Tn. Lee sudah ketawa terbahak-bahak kerana berjaya mengusik si Dino.

"Ish awak ni, tak baik tahu buat macam tu. Kan Chan baru balik tu" tegur Pn. Lee tegas yang baru datang dari dapur.

"Iyalah iyalah, maafnya Chan, sengaja" usik Tn. Lee lagi.

"Papa!!"

"dah dah, makan! tak malu ea Chan tengok je dari tadi" tegur Pn. Lee lagi sekali lalu memandang ke arah Chan kecil. Manakala si Chan kecil hanya tersenyum malu.

"Baik mama" ujar Tn. Lee, Dino, Geon dan Chan serentak.

Lalu mereka semua pun makan dengan aman, walaupun terselit sedikit pergaduhan manja antara bapa dan anak. Manakala, Pn. Lee hanya membiarkan mereka sahaja dan fokus kepada Chan kecil. Sesekali, Pn. Lee akan menyendukkan lauk ke dalam pinggan Chan kecil. Dino yang melihat tingkah laku antara Pn. Lee dan Chan kecil hanya tersenyum kecil.

-
bersambung~
-----------------------------------------------------------
maaf lambat update. Nak publish pagi tadi..tapi line buat hal.

Enjoy!

Future | SVT Lee ChanWhere stories live. Discover now