Tok! Tok! Tok!
"Masuklah" ujar Pn. Lee dari dalam biliknya menyuruh orang yang mengetuk pintu bilik itu masuk.
"Mama"
"Ya Chan, ada apa sayang?" soal Pn. Lee lembut apabila melihat sekujur tubuh Dino di muka pintunya.
"Chan nak bagitahu sesuatu ni" ucap Dino.
"Ouh ha masuklah, buat apa tercegat kat situnya. Meh duduk sini" ajak Pn. Lee lalu menepuk perlahan tilamnya menyuruh Dino duduk di sebelahnya.
Dino bergerak dengan perlahan ke arah katil lalu duduk disebelah ommanya. Dia masih berdiam diri memandang lantai. Manakala Pn. Lee hanya memandang wajah Dino menunggu sesuatu yang ingin dituturkannya.
"Nak bagitahu apa ni?" soal Pn. Lee lembut sambil tidak lepas memandang wajah Dino.
"Ermmm...Geon ada bagitahu apa-apa tak dekat mama pasal petang tadi?" soal Dino semula dengan mengalihkan pandangannya ke wajah Pn. Lee.
"Petang tadi? tak de apa pula" balas Pn. Lee dengan dahinya berkerut sedikit memikirkan semula kejadian petang tadi.
"Ouh tak de ea?"
"Tak" jawab Pn. Lee ringkas sambil menggeleng.
Manakala, Dino hanya menghela nafas lega, lega kerana kali ini Geon tidak memberitahu ommanya tentang kejadian petang tadi.
Mungkin Geon ingin dia memberitahu Pn. Lee sendiri tentang kejadian petang tadi, bukan seperti waktu dimana sejarah hitam itu berlaku.
"Okay, macam ni sebenarnya"
"Ha"
"Mama ingat lagi tak dekat perempuan yang nama dia Eunhi?" ucap Dino sambil merenung wajah Pn. Lee, menunggu jawapan.
"Park Eunhi ke?" soal Pn. Lee dengan wajah yang sedikit berkerut. Dino pula hanya mengangguk sebagai jawapan.
"Ouh Eunhi, ingat. Ingat sangat, mestilah mama ingat. Dia tu kan cinta pertama Chan" balas Pn. Lee sambil tersenyum kecil.
"Sekarang dah tak ma"
"Kenapa pula?"
"Dia dah ada tunang dah, tak lama lagi dah nak kahwin dah pun" terang Dino sayu.
"Mana kamu tahu?" soal Pn. Lee pelik.
Sebab setahu beliau, sejak keluarga mereka dan keluarga Eunhi bergaduh, mereka berdua tak pernah berkomunikasi apatah lagi berjumpa.
"Tadi petang masa dekat taman Chan terjumpa Eunhi, atau lebih tepatnya Eunhi yang terjumpa Chan. Kebetulan mungkin? Ataupun Tuhan memang sengaja gerakkan hati Eunhi untuk berjumpa dengan Chan" jelas Dino sambil berfikir tentang pertemuan dia dengan Eunhi petang tadi.
"Kenapa Chan cakap macam tu?" soal Pn. Lee pelik.
"Sebab petang tadi kepala Chan tetiba sakit" balas Dino selamba. Lalu bahunya dihadiahi tamparan yang penuh kasih sayang daripada Pn. Lee.
"Adoi! kenapa mama pukul bahu Chan?" soal Dino terkejut sambil mengusap bahunya yang ditampar itu.
"Dah tahu kita tu ada sakit, bawa ubat tak tadi?" soal Pn. Lee tegas sambil memandang wajah Dino macam nak telan. Dino yang tengok Pn. Lee yang bila-bila masa je boleh jadi singa, terus mengangguk laju.
"Ba-bawa, bawa ubatnya" jawab Dino tergagap-gagap.
"Makan ke tak?"
"Makan, tapi lepas Eunhi datang" balas Dino perlahan tapi mampu didengari oleh Pn. Lee.
YOU ARE READING
Future | SVT Lee Chan
Fanfiction"Kalaulah dulu aku tak lemah mesti aku tak sakit macam ni." kata Chan sendiri. - "Chan hyung jangan tinggalkan kita" "Hyung tak tinggalkan Chan, hyung akan tetap ada dengan Chan..." "...dekat sini". sambungnya lagi sambil menepuk perlahan dada ba...