"Anak-anak mama! meh turun sini! sarapan!" jerit Pn. Lee memanggil ketiga-tiga lelaki muda di rumah itu.
"Coming!" jerit Geon yang terlebih dahulu keluar dari biliknya dan berlari menuruni tangga.
"Kejap mama!" jerit Dino pula.
"Chan dah sampai!" jerit Chan pula teruja apabila dia dah sampai di hadapan Pn. Lee.
"Ha duduk-duduk" ajak Tn. Lee yang sudah lama sampai di meja makan itu.
"Chan! cepatlah turun buat apa lagi dekat bilik tu?" panggil Pn. Lee lagi memanggil Dino yang masih belum keluar dari biliknya.
"Chan hyung baru nak gosok gigi, dia baru bangun lepas je dengar mama jerit tadi" ucap Chan kecil.
"Bertuah punya hyung, tak padan dengan umur. Dengar mama jerit baru nak bangun, baru nak gosok gigi" sindir Geon yang berura-ura untuk menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggannya, namun dihalang oleh Pn. Lee.
"Kamu jangan nak cakap orang, Geon. Kamu ingat mama tak tahu yang kamu pun baru bangun tidur, pastu tak gosok gigi lagi" tegur Pn. Lee tegas.
"Hehe, mama tahu ea?" balas Geon sambil tersengih kambing.
"Tahulah, kamu pergi gosok gigi dulu. Sekarang!" arah Pn. Lee sambil memandang Geon macam nak telan. Manakala Geon terus berlari menaiki tangga semula menuju ke biliknya.
"Apa lah awak ni, pagi-pagi dah jadi singa" ujar Tn. Lee perlahan, namun didengari oleh Pn. Lee.
"Apa awak cakap?"
"Aaaa..saya cakap saya suka singa! ha singa!" jawab Tn. Lee tergagap-gagap. Manakala Pn. Lee hanya memandang suaminya ini atas bawah sebelum mengambil tempat duduk disebelah Chan kecil.
"Nasib mama tak dengar papa cakap apa tadi" bisik Chan kecil kepada Tn. Lee.
"Mama dengar Chan" balas Pn. Lee datar, serta merta dua manusia didepannya itu menutup rapat mulut mereka.
"Selamat pagi mama, papa dan hai Chan kecil" sapa Dino yang baru tiba di meja makan itu.
"Selamat pagi Chan" balas Tn. Lee dan Pn. Lee serentak lalu memberikan senyuman kecil kepada Dino.
"Tadi kan hyung dah ucap selamat pagi dekat Chan?" ujar Chan kecil kepada Dino yang duduk didepannya.
"Itu dekat bilik, ini dekat dapur" balas Dino selamba lalu menghirup secawan air kopi yang dibuat oleh Pn. Lee.
"Haah, nanti dekat depan tv kau ucap selamat pagi lagi dekat dia" sindir Geon yang baru turun untuk kali kedua, baru selesai gosok gigi.
"Eh kau, tadi macam dah turun dulu" sindir Dino pula, membiarkan sindiran Geon tadi berlalu dibawa angin. Manakala yang disindir hanya membuat muka datar.
"Dah dah makan. Nak buka gelanggang wrestling kejap lagi" ucap Tn. Lee selamba, manakala Pn. Lee dah pandang tajam wajah Tn.Lee.
"Abang!"
"Iya iya tak tak" balas Tn. Lee sambil tersengih kambing lalu meneruskan aktiviti sarapannya.
-
"Geon! tolong mama sidai baju ni kejap!" laung Pn. Lee memanggil Geon yang sedang elok menonton televisyen. Geon yang mendengar namanya dipanggil, mengeluh berat.
"Jangan mengeluh, nak syurga kan? ha tu syurga dah panggil pergi cepat" tegur Dino yang baru turun tangga.
"Kau tak nak syurga ke?" balas Geon memandang wajah Dino tajam.
"Nak, tapi syurga tak panggil aku" ucap Dino sambil tersenyum kecil.
"Ha ganti lah aku kalau macam tu, ha pergi kat mama cepat" balas Geon yang berura-ura untuk duduk semula di sofa tadi.
"Bukan syurga yang itu, tapi syurga yang betul-betul syurga" ujar Dino lagi. Namun dibalas jelingan tajam daripada Geon.
"Aku cakap syurga mama ea hyung, bukan syurga tu. Kau jangan nak merepek sangat pagi-pagi ni, kang ada yang makan kaki jap lagi" bidas Geon lalu berlalu pergi menuju ke dapur, meninggalkan Dino yang berada di sofa sambil tersenyum kecil.
"Maaf Geon" kata Dino sendiri.
-
"Mama! Geon dengan dua ketul Chan ni nak pergi taman taw! laung Geon memberitahu Pn. Lee yang dia dan dua orang Chan itu akan ke taman.
"Okay! tapi jangan balik lambat sangat! balas Pn. Lee yang berada di dapur.
"Okay mama! bye bye!" ucap mereka bertiga lalu menutup pintu rumah itu dan berjalan menuju ke taman.
"Wah! cantiknya tasik ni!" ucap Chan kecil teruja apabila mereka sudah sampai di taman yang disebutkan.
"Chan! meh duduk sini" ajak Dino sambil menepuk perlahan ruang bangku yang di sebelahnya.
"Chan hyung, Geon nak pergi beli makanan ni, hyung nak apa-apa tak? Chan, nak apa-apa?" soal Geon yang sedang berdiri di hadapan Dino dan Chan kecil.
"Aku nak aiskrim dengan buah" jawab Dino yang masih terfikir-fikir nak kirim apa.
"Buah apa?"
"Buah apa-apa jelah, asalkan buah. Ha! dengan kek" balas Dino teruja namun dibalas pandangan pelik oleh Geon.
"Kek? mana aku nak dapat kek dekat taman ni?" tanya Geon lagi sedikit berkerut.
"Alah, cari jelah. Ada dekat hujung-hujung tu" balas Dino sambil jari dan pandangannya beralih ke arah gerai-gerai yang berada di hujung taman.
"Hujung taman hyung? Seriuslah?" tanya Geon lagi dengan muka yang tak percaya, apabila si Dino suruh dia berjalan dekat jauh-jauh sana.
"Alah cari jelah" pujuk Dino sedikit merengek. Manakala Geon hanya memutarkan bola matanya ke atas dan beralih ke arah Chan kecil pula.
"Hmm yelah. Chan kecil nak apa?"
"Kita nak ikut boleh tak?" tanya Chan kecil semula.
"Nak ikut?" tanya Geon dan diangguk oleh Chan kecil.
"Boleh ke hyung?" tanya Geon kepada Dino.
"Kau tanya aku dah kenapa pula? dah dia yang nak ikut bagi jelah" balas Dino selamba, Manakala si Geon ni hanya mampu bersabar je dengan hyungnya yang seorang ni.
"Ha okay lah. Jom Chan" ajak Geon lalu menghulurkan tangan kirinya kepada Chan kecil. Chan kecil pun menyambut tangan Geon dan mereka pun berjalan dari situ.
Sedang Dino elok duduk di bangku yang terletak berdekatan dengan tasik itu, menikmati angin sepoi-sepoi bahasa pada petang itu. Tiba-tiba kepalanya berasa sakit yang amat. Tangannya refleks memegang kepalanya yang sakit itu.
"U..u..ubat" ujar Dino sendiri sambil tangan kanannya menyeluk poket bajunya, Manakala tangan kirinya masih memegang kepalanya yang sakit.
"Aduhh, aku.. tak de air pula!" sambungnya lagi sedikit menjerit apabila dia baru teringat yang dia tak bawa air masak tadi!
"Arghhh! Sakitnya! Geon!" Dino mengerang kesakitan apabila kepalanya bertambah sakit. Botol ubat yang berada di dalam tangannya digenggam kuat.
Tiba-tiba satu suara yang lembut bercampur dengan risau menegur Dino yang masih menunduk memandang tanah menahan sakitnya itu.
"Awak okay?" soalnya risau apabila melihat wajah Dino yang sudah berkerut seribu, tangannya menyentuh bahu kanan Dino sedikit.
Dino mengangkat wajahnya yang tertunduk tadi untuk melihat wajah orang yang menegurnya itu. Namun apa yang dilihatnya membuat dia terkejut.
"A..a..awak. Arghh! Sakit!" panggil Dino sebelum mengerang kesakitan lagi.
-
bersambung~
-----------------------------------------------------------
Satu chapter sebelum Afi berhenti sekejap update story ni. Sorry sangat dan terima kasih sebab sudi baca.Bye2
YOU ARE READING
Future | SVT Lee Chan
Fanfiction"Kalaulah dulu aku tak lemah mesti aku tak sakit macam ni." kata Chan sendiri. - "Chan hyung jangan tinggalkan kita" "Hyung tak tinggalkan Chan, hyung akan tetap ada dengan Chan..." "...dekat sini". sambungnya lagi sambil menepuk perlahan dada ba...