35

66 13 5
                                    

"Jadinya, ini jelah rakan serumah kita buat sementara waktu ni" ucap tuan rumah sewa itu, atau lebih tepatnya ialah Choi Seungcheol.

Dia memandang setiap rakan serumahnya itu dengan senyuman manis diwajah. Suasana sunyi seketika sebelum seseorang bersuara sambil mengangkat tangan kanannya.

"Nak tanya boleh tak?" katanya perlahan namun suaranya berjaya menarik semua perhatian memandang ke arahnya.

"Ouh boleh. Tapi sebelum tu, kenalkan nama dan umur terlebih dahulu. Pastu baru boleh tanya" balas Seungcheol selamba. Manakala yang bertanya sudah mengeluh pasrah.

"Urmmm nama aku Yoon Jeonghan, boleh panggil Jeonghan. Umur 28 tahun" ucap Jeonghan dengan senyuman kecil di wajahnya. Dia segan sebenarnya sebab hampir sepuluh pasang mata sedang merenung ke arahnya.

"Okay Jeonghan, teruskan dengan soalan kau tadi"

"Aku nak tanya, kenapa kau buat syarat mengarut tu ek? Nak sewa rumah kena cari empat orang kawan" tanya Jeonghan selamba.

Manakala manusia yang lain sudah menutup mulut kerana terkejut dengan keberanian manusia bernama Jeonghan ini. Ada juga yang bertepuk tangan tanpa bunyi kerana merasakan bahawa Jeonghan adalah 'hero' bagi mereka semua.

"Ouh syarat tu. Sebenarnya aku nak rumah ni terus diisi dengan ramai orang. Sebab kalau korang perasan, setiap bilik ada banyak katil kan?" tanya Seungcheol dan ahli lain hanya mengangguk setuju.

"Haaa sebab tu lah aku suruh cari kawan. Kebetulan pula tu, semua yang datang kat sini. Semuanya umur nak dekat-dekat, lagi lah senang kerja aku macam tu" terang Seungcheol panjang lebar. Namun hanya menerima pandangan pelik dari rakan serumahnya itu. Dia mengeluh perlahan sebelum kembali menerangkan.

"Kalau korang nak tahu lah kan. Setiap ahli yang duduk dekat bilik korang tu, sebenarnya umur sama je"

"Pastu hyung tetapkan bilik kitaorang ikut umur kitaorang lah ni?" celah seorang lelaki berambut coklat kehitaman itu.

"Yup! Bijak sekali jawapan anda itu. Siapa nama?"

"Lee Seokmin, panggil Seokmin. Selamat berkenalan!" balas Seokmin ceria sebelum membongkokkan tubuhnya 90 darjah. Ahli yang lain juga mengikut membongkokkan tubuh mereka dengan kekok kerana Seokmin tiba-tiba sahaja berbuat demikian.

"Berapa umur?" tanya lelaki yang bermata sepet pula.

"Ouh iya, umur aku 26 tahun" balas Seokmin dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Lelaki itu mengangguk faham.

"Aku Soonyoung. 27 tahun" ucap lelaki itu pula, ataupun namanya ialah Soonyoung. Seokmin juga membalas dengan anggukan kecil dan senyuman manis di wajahnya.

"Okay, ada apa-apa lagi soalan?" tanya Seungcheol sambil tersenyum mesra memandang rakan serumahnya itu.
Masing-masing hanya menggelengkan kepala melainkan seorang lelaki muda ini dengan tangan yang diangkat ke atas.

"Iya, ada apa?" soal Seungcheol lembut.

"Urmmm bilik sa- "

"Nama dengan umur dulu ui!" bisik Mingyu yang berada di sebelahnya, memotong kata-kata Chan. Chan tersentak kecil sebelum tersenyum malu apabila dia terlupa akan hal itu.

"Ouh iya maaf. Nama saya Lee Chan, boleh panggil Chan dan umur saya 24 tahun" ucap Chan sambil tersenyum kecil.

"Okay, teruskan"

"Bilik saya tu, ada empat katil. Tapi baru saya seorang yang masuk"

"Okay, pastu?" soal Seungcheol selamba. Manakala Jeonghan yang berada di sebelahnya sudah menjeling dia tajam.

Future | SVT Lee ChanWhere stories live. Discover now