Hampir 15 minit berjalan, akhirnya Jun sampai di tempat Hoshi menunggu.
"Lama naw kau berjalan" ucap Hoshi lagi. Sekali lagi, dia ingin mengusik Jun. Jun pula hanya mampu memasang wajah datar dan mengambil tempat disebelah Hoshi.
"Ishh lah kau ni. Aku dah penat-penat jalan ke sini, kau menyempat lagi nak mengusik aku" balas Jun malas. Jujur dia sedang keletihan kerana terpaksa berjalan jauh semata untuk mencari Wonwoo. Yang Wonwoo pula, hilang entah kemana.
"Kau dari tadi duduk sini, dah jumpa belum Wonu ye?" soal Jun dengan kening kiri diangkat.
"Belum lah. Kan aku dah kata aku tunggu kau kat sini. Kalau aku pergi cari kang, nanti kau pula yang hilang" balas Hoshi selamba. Sebenarnya, dia memang sengaja duduk disitu sehinggalah Jun sampai kerana dia malas nak bergerak.
"Ha jomlah cari dia, duduk sini lagi buat apa" ajak Jun sebelum berdiri dari duduknya dan menghadap Hoshi sambil bercekak pinggang.
"Aku malas sebenarnya" jawab Hoshi selamba. Jun pula sudah ternganga, tidak percaya dengan jawapan yang keluar dari mulut si harimau jadian ini.
"Kau jangan macam-macam Soonyoung, kau yang ajak aku tadi kan!" bidas Jun geram masih dalam posisi bercekak pinggang. Sekali lagi, Hoshi ketawa terbahak-bahak kerana reaksi Jun.
"Cepatlah jom, nanti lambat lah nak balik rumah. Dah lah jauh, nasib bukan aku yang memandu" ajak Jun lagi. Kali ini, dia terus menarik tangan Soonyoung untuk berdiri.
"Eh, siapa kata bukan kau yang memandu. Engkau taw yang memandu nanti" usik Hoshi lagi, entah buat kali yang keberapa. Jun yang sudah penat dengan usikan Hoshi hanya memasang muka datar bercampur tak puas hati.
"Dah jom, aku penat dah ni" ajak Jun lagi dengan nada malas. Kemudian, Jun terus berjalan dari situ meninggalkan Hoshi yang sudah ketawa kecil dibelakang. Hoshi yang tetap dengan perangai nakalnya itu, terus mengejar langkah Jun lalu berjalan di sebelahnya. Lengan kanannya pula disilangkan dengan lengan kiri Jun sebelum dia berjalan seperti kanak-kanak kecil.
-
"Mana Wonu ni wei? Dah lama dah ni kita jalan, batang hidung dia pun kita tak nampak" keluh Jun sambil matanya masih fokus mencari kelibat Wonwoo.
"Entahlah wei, aku pun dah penat dah ni. Balik nak tak?" balas Hoshi dengan suara yang termengah-mengah kerana berjalan terlalu lama. Namun, ajakannya tidak dibalas oleh Jun yang tiba-tiba memberhentikan langkahnya.
"Oi Jun, Jun?" panggil Hoshi sambil melambaikan tangannya dihadapan muka Jun. Jun yang tidak boleh fokus dengan adegan di hadapannya terus menepis lembut tangan Hoshi.
"Ishh jangan tengok muka aku, tengok tu depan tu" ucap Jun sambil memuncungkan mulutnya memberi isyarat kepada Hoshi untuk kembali melihat ke hadapan. Hoshi yang masih tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Jun, terus mengikut arahan Jun dengan melihat ke arah jalan semula.
Mata yang semula jadi memang kecil, semakin dikecilkan untuk melihat adegan yang dimaksudkan oleh Jun.
Tidak jauh dari kedudukan Jun dan Hoshi berdiri, terdapat tiga orang manusia yang sedang berdiri dan sepertinya sedang berbual sesama sendiri. Kecuali seorang lelaki yang tinggi lampai sedang berdiri jauh sedikit dari dua orang manusia yang sedang menghadap satu sama lain itu. Sudah semestinya salah seorang dari tiga manusia itu amat dikenali oleh Jun dan Soonyoung.
"Jeon Wonwoo!" jerit Hoshi dari tempat dia berdiri. Kemudian, dia berlari anak menuju ke arah Wonwoo dan dua orang manusia itu. Jun turut mengikuti langkah Hoshi dengan berlari anak.
Wonwoo yang mendengar namanya dipanggil oleh Hoshi, sedikit pun tidak terasa terganggu. Sebaliknya, dia kekal memandang wajah seorang gadis dihadapannya itu tanpa sebarang reaksi.
![](https://img.wattpad.com/cover/285000910-288-k495517.jpg)
YOU ARE READING
Future | SVT Lee Chan
Fanfiction"Kalaulah dulu aku tak lemah mesti aku tak sakit macam ni." kata Chan sendiri. - "Chan hyung jangan tinggalkan kita" "Hyung tak tinggalkan Chan, hyung akan tetap ada dengan Chan..." "...dekat sini". sambungnya lagi sambil menepuk perlahan dada ba...