"Okay lah hyung, kerja aku dah habis. Aku pergi dulu taw" ujar Dino kepada Jihoon yang telah lama sampai di kedai itu bersama Chan kecil.
"Hmm pergilah" balas Jihoon endah tak endah. Manakala Dino yang melihat riak wajah Jihoon yang muram itu terbit rasa bersalah.
"Ala hyung, jangan lah sedih-sedih macam ni, kalau hyung sedih aku pun berat hati nak pergi, tahu?" ucap Dino yang sedang duduk di hadapan Jihoon sambil memegang tangan si Jihoon.
"Iya aku tak sedih, pergilah cepat dekat luar tu pun aku tengok dah mendung semacam je macam nak hujan" balas Jihoon dengan senyuman palsunya lalu memandang luar kedai.
"Mendung pun tak nampak nak hujan apa" balas Dino lalu memandang wajah Jihoon datar.
"Jihoon hyung jangan sedih-sedih taw, nanti Chan suruh semua hyung yang lain telefon hyung" ucap Chan kecil sambil tersenyum manis.
"Kalau diorang tak telefon hyung macam mana?" tanya Woozi dengan wajah dibuat-buat risau.
"Kalau hyung semua tak telefon hyung.. nanti Chan gigit sorang-sorang" balas Chan kecil lalu membuat muka seolah olah ingin menggigit seseorang. Manakala empat orang lelaki dewasa yang berada di situ hanya ketawa kecil melihat gelagat comel Chan kecil.
"Woozi hyung, don't lah segan-segan with us" pujuk Han Bin berbahasa Inggeris. Manakala si Jay hanya mengelus dada perlahan apabila mendengar ayat English Han Bin yang tunggang terbalik.
"Lepasni jangan lupa ambil kelas bahasa Inggeris, okay? Tak pun, belajar dari aku je, senang" ujar Jay sambil menepuk perlahan bahu Han Bin.
"Jihoon hyung" panggil Jay.
"Apo?"
"Tak yah lah segan dengan kitaorang. Kitorang okay jelah. Kitaorang ni pun gila-gila juga, lagi-lagi si Han Bin ni" ucap Jay lalu menepuk bahu Han Bin memberitahu bahawa Han Bin lah yang paling gila di antara mereka bertiga.
"Tak sedar diri rupanya budak New Zealand ni. Hyung tengoklah nanti dekat rumah, dia lah manusia yang paling teruk penyakit mentalnya, tahu?" balas Han Bin sambil menjeling tajam ke arah Jay, tidak puas hati dengan kenyataan tadi.
"Dah, dah gaduh pula korang ni. Sejak bila aku kata aku segan dengan korang hah? Dari tadi aku sampai sini sampai sekarang, suara korang je yang aku dengar. Tak henti-henti berperang mulut. Lebih kurang sama je sakit mental korang ni, tahu?" bebel Jihoon panjang lebar.
Manakala manusia yang lagi empat orang itu terkaku mendengar bebelan Jihoon. Bukan terkaku sebab sentap dengan bebelan itu, tapi sebab Jihoon banyak cakap!
"Asal diam? Sentap? Ha bagus lah tu. Sekali sekala kita kena menerima kata-kata sentap, biar kita ni sedar diri sikit, faham?" sambung Jihoon lagi. Manakala yang lain terkaku lagi sekali, takjub dengan mulut Jihoon yang tiba-tiba kuat membebel.
"Kalau hyung dah cakap macam tu, kiranya hyung okay lah kan duduk dengan dua orang ni?" tanya Dino meminta kepastian dan dibalas anggukan daripada Jihoon.
"Cun! Kalau macam tu, jom Chan kita balik kampung!" laung Dino gembira lalu menggapai tangan kecil Chan.
"Jangan lupa telefon aku taw nanti, kalau korang semua mungkir janji..aku suruh Chan kecil gigit korang" ujar Woozi beserta sedikit ugutan dan disetujui oleh Chan kecil.
"Ha iya2, nanti kitaorang call hyung" jawab Dino lalu keluar dari kedai bersama Chan kecil diiringi oleh tiga lelaki dewasa itu.
"Bawa kereta tu hati-hati, jangan kau merempit pula kat atas jalan raya tu" tegur Woozi kepada Dino yang bakal memandu kereta kepunyaan Wonwoo.
Wonwoo bagi Chan pinjam kereta dia sebab dia tak bagi Chan balik kampung yang jauh nun di sana naik bas. Bahaya katanya, lagipun dia tak pakai pun kereta tu sebab dia tumpang kereta Jun bersama Hoshi.
"Ingat, itu kereta Wonwoo hyung, dia bagi pinjam je tahu, bukan bagi terus" tegur Jay pula.
"Agak-agak kalau dah penat, rehat kejap tepi jalan pastu baru sambung balik perjalanan kau, faham?" tegur Han Bin pula.
"Iya2, aku ingat. Jangan lah risau sangat. Nanti ada apa-apa, aku call, okay?" balas Dino sambil tersenyum kecil, yang kini sudah berada di dalam kereta tempat pemandu.
"Ha engko dua orang ni, jaga hyung aku elok-elok. Nanti teman dia sekali pergi tempat pertandingan tu. Lagi satu kena masak nasi banyak sikit taw, sebab Jihoon hyung ni makan nasi banyak" ucap Dino lagi sambil mengusik Jihoon. Manakala si Jay dan Han Bin memandang Jihoon atas bawah, badan kecil makan banyak.
"Apa pandang-pandang? Dah lah pergi sana cepat" ucap Jihoon sambil tangannya di lambai-lambai seperti menyuruh Chan pergi dari situ cepat.
"Halau ke hyung?"
"Haah" manakala si Jay dan Han Bin memandang seram ke arah Jihoon lalu berbisik sesama sendiri.
"Jangan nanti dia halau kita berdua keluar dari rumah sendiri sudah" bisik Han Bin dan diangguk Jay.
"Sebab tu aku suruh masak nasi banyak sikit, kalau tak nanti Woozi hyung halau kau" usik Chan lalu tersenyum sinis.
"Mana ada!" bantah Woozi. Manakala Dino dan Chan tergelak kecil melihat reaksi Jihoon.
"Okay lah, pergi dulu. Selamat tinggal. Jaga diri baik-baik hyung, Jay dan Han!" ucap Dino lalu memandu perlahan meninggalkan perkarangan kedai itu.
"Bye2 hyung semua!" laung Chan kecil.
"Bye2!"
Lalu situasi menjadi sunyi seketika, sebelum Woozi memandang dua jejaka yang sedang tersengih kambing di sebelahnya.
"Hai hyung" sapa Han Bin kekok.
"Hai Jihoon hyung" sapa Jay pula sambil tersenyum kekok di sebelah Han Bin.
Manakala si Jihoon hanya tersenyum kecil dan menggeleng kepala perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam kedai semula.
-
bersambung~
-----------------------------------------------------------
YOU ARE READING
Future | SVT Lee Chan
Fanfiction"Kalaulah dulu aku tak lemah mesti aku tak sakit macam ni." kata Chan sendiri. - "Chan hyung jangan tinggalkan kita" "Hyung tak tinggalkan Chan, hyung akan tetap ada dengan Chan..." "...dekat sini". sambungnya lagi sambil menepuk perlahan dada ba...