24

79 14 3
                                    

Malam sudah pun tiba dan ada sebahagian ahli SEVENTEEN yang telah pulang ke rumah itu, masing-masing melakukan kerja sendiri.

Ada yang sudah tidur, ada yang masih menonton televisyen dan ada juga yang masih berjaga di dalam bilik mereka untuk menyelesaikan tugas tertentu.

"Han"

"Kenapa Jisoo?" balas Jeonghan tanpa memandang wajah Joshua. Dia sedang duduk di atas katil sambil jarinya ligat menekan papan kekunci, mengisi maklumat data peribadi anak murid kelasnya.

"Kau tak pelik ke?" soal Joshua tiba-tiba, membuatkan Jeonghan yang sudah berkerut dahi itu semakin bertambah kerutannya.

"Apa yang pelik?" balas Jeonghan lagi. Jisoo pula mengeluh perlahan sebelum berjalan menuju ke katil Jeonghan. Lalu, dia melabuhkan punggungnya disebelah Jeonghan yang sedang sibuk itu.

"Ini, dengarlah apa aku nak cakap ni" seru Joshua sambil menggoncang perlahan lengan Jeonghan. Jeonghan yang berasa terganggu dengan tindakan Joshua itu terus menarik lengannya sambil menjeling sekilas wajah Joshua sebelum meneruskan kerjanya. Joshua yang berasa dirinya tidak dilayan terus mencebik serupa itik dan memeluk tubuhnya.

"Cakap jelah apa yang kau nak cakap. Tak payahlah goncang-goncang lengan aku, aku tengah sibuk kan ni" ucap Jeonghan, cuba untuk memujuk kawannya yang seorang ini.

"Bukan, okay macam ni. Kau tak pelik ke kenapa Chan kecil balik sini semula? Sedangkan Dino tak kenal pun Chan tu dan lagi satu Chan kecil tu jumpa Dino sebab kertas misteri, kan?" soal Joshua dengan penuh tanda tanya. Matanya yang tepat memandang mata Jeonghan jelas menunjukkan yang dia mahukan jawapan bagi soalannya itu.

Jeonghan yang mulanya sibuk menaip dan matanya tetap fokus pada laptopnya, perlahan-lahan menghentikan aktivitinya setelah mendengar pertanyaan pelik Joshua ini.

"Jap, aku tak faham apa yang kau cakap. Ulang balik boleh tak?" tanya Jeonghan sambil memusingkan tubuhnya menghadap Joshua. Joshua memutarkan bola matanya dan mengeluh berat sebelum mengulang kembali soalannya kepada Jeonghan.

"Kau tak pelik ke kenapa Chan kecil balik sini semula? Sedangkan Dino dengan Chan tu tak kenal pun satu sama lain, faham ke tidak?" jelas Joshua buat kali kedua. Jeonghan pula hanya mendiamkan diri buat seketika waktu, cuba untuk menghadam kembali soalan yang diberikan oleh Joshua.

"Entahlah wei, aku pun tak tahu nak cakap apa. Soalan kau ni terlalu tiba-tiba. Tapi, alah biarkan jelah si kecil tu, kan dia dah kata dia datang sini sebab nak main dengan kita semua lagi. Nanti dia balik lah tu" balas Jeonghan panjang lebar.

"Balik bila? Kau ingat kampung si Chan dengan sini dekat ke?" soal Joshua lagi tidak puas hati dengan jawapan Jeonghan. Jeonghan pula hanya mampu mengeluh berat kerana dia sudah mati akal untuk membalas pertanyaan si Joshua itu.

"Kau kenapa ni tiba-tiba tanya soalan luar akal ni?" celah Seungcheol tiba-tiba yang baru keluar dari bilik air. Kemudian, dia menarik kerusi meja belajar dan duduk dekat dengan kawannya yang dua orang itu.

"Cuba cerita balik apa yang jadi sebenarnya, sampaikan kau boleh terfikir untuk tanya soalan macam ni" kata Seungcheol lagi memandang wajah Jeonghan dan Joshua dengan penuh harap.

"Kalau aku ulang balik, ini dah masuk kali ketiga aku ulang soalan yang sama" balas Joshua malas.

"Alahh ulang jelah. Tadi kau cakap dekat Jeonghan, sekarang dekat aku. Ha cepat" arah Seungcheol dengan penuh harap bercampur teruja.

"Malas lah aku. Penat" kata Joshua sebelum bangun dari katil Jeonghan dan berjalan menuju ke pintu bilik itu lalu menutupnya kembali.

"Lahh suruh ulang je pun. Merajuk dah ke?" kata Seungcheol perlahan. Namun cukup untuk seorang manusia bernama Jeonghan mendengar keluhannya itu.

Future | SVT Lee ChanWhere stories live. Discover now