21

65 14 0
                                    

Kringg!!

Kringg!!

"Ishh siapa pula yang kacau orang pagi-pagi buta ni" rungut Dino yang masih memejamkan matanya.

Perlahan-lahan dia menggapai telefon pintarnya yang berada di atas meja sebelah katilnya.

"Ha apa?" soal Dino malas selepas menekan butang hijau tanpa melihat nama pemanggil itu.

"Woi! Nak dekat 20 kali aku telefon kau. Kali ke 22 baru kau angkat!" jerit si pemanggil.

"Arghhh siapa ni? Tak payah lah jerit-jerit!" rungut Dino lagi sambil menjauhkan sedikit telefon pintar itu dari telinganya.

"Siapa kau tanya? Ini hyung lah!"

"Hyung?" soal Dino perlahan sebelum melihat paparan telefon pintarnya.

"Ouh Hoshi hyung! Kenapa ni?" ucap Dino sambil menukar posisinya dari baring kepada posisi duduk.

"Ishh budak ni lah. Tidur lagi ke?" soal Hoshi pasrah.

"Hurmm maaf hyung. Ada apa hyung telefon pagi-pagi ni?"

"Ha tak apalah. Kau pergi gosok gigi dulu, basuh muka ke apa semua. Pastu baru tengok group chat, okay?" balas Hoshi.

"Ha okay hyung. Jap lagi aku tengok. Bye2" ucap Dino sambil mengangguk perlahan.

"Jangan kejap lagi. Sekarang gerak pergi tandas sana!" arah Hoshi.

"Ha iya iya. Bye" balas Dino lalu menekan butang merah, mengakhiri perbualan mereka.

"Haish hyung ni lah. Aku kat sini pun nak dikacau" rungut Dino sebelum bergerak menuju ke tandas.

-

Krekk!!

Bunyi pintu bilik dibuka oleh seseorang.

"Chan hyung?" panggil Chan kecil di muka pintu bilik Dino.

Disebabkan tiada sahutan dari si abang, Chan kecil pun melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Chan hyung, mana?!" seru Chan kecil lagi separuh menjerit.

"Iya apa?! Hyung ada kat sini ha!" jawab Dino turut menjerit.

Mendengar sahaja suara Dino, Chan kecil terus berjalan menuju ke tempat keberadaan si abang.

"Hyung buat apa kat sini?" soal Chan kecil kepada Dino yang berada di beranda biliknya.

"Ouh Chan. Ini ha abang-abang hang ajak berbual" jawab Dino sambil menunjukkan telefon pintarnya kepada Chan kecil.

"Ouhhh abang-abang SEVENTEEN tu ke?"

"Haah" balas Dino ringkas.

"Eh jom lah kita duduk. Buat apa kita berdiri kat sini ek? Haha ha mari mari" ajak Dino sebelum bergerak menuju ke arah katilnya. Chan kecil pun hanya mengikuti langkah Dino lalu melabuhkan punggungnya di atas katil itu.

"Tapi kan hyung.."

"Hmm?" balas Dino tanpa memandang wajah Chan kecil.

"Chan datang bilik hyung ni sebab mama panggil"

"Ouhhh mama panggil siapa?" jawabnya lagi tanpa memandang wajah Chan kecil.

Manakala Chan kecil hanya mengeluh berat sambil memutarkan biji matanya.

"Mama panggil- "

"CHAN!! KAMU BUAT APA LAGI DEKAT ATAS TU!! TURUN SARAPAN SINI CEPAT!!" jerit Pn. Lee dari tingkat bawah.

Future | SVT Lee ChanWhere stories live. Discover now