🦋.🦋.🦋
" Saya rasa cukup sampai di sini je perbincangan kita . Esok tinggal lawat tapak je lah kan ? "
Hyunjin mengangguk , bersetuju dengan renjun . Mereka berdua mula mengemas fail yang di gunakan semasa perbincangan tadi .
" Hyunjin . . . "
" Nae ? "
Hyunjin terus memandang renjun . Sementara renjun mengalihkan pandangan apabila matanya bertaut dengan sepasang mata bundar itu .
Dia berdehem perlahan , membetulkan tekak . Dia melihat hyunjin semula .
Tangannya mula menyeluk poket coat . Kotak kecil berwarna merah hati di keluar dan di letakkan di atas meja .
" Hadiah dari saya sempena perkahwinan awak ." Renjun tersenyum tipis . Kotak itu di tolak lembut .
" Sorry sebab tak dapat nak attend wedding awak . Busy ." Sambung renjun .
" Tak apa ... ermm saya buka boleh ?" Tanya hyunjin polos membuatkan renjun ketawa kecil .
" Bukalah ."
Hyunjin mula membuka penutup kotak itu . Seketika wajahnya berubah melihat seutas rantai silver bertakhta kan namanya .
" Renjun . . " Hyunjin menggigit bibir . Rantai macam ni mesti mahal .
" Cantik . "
" Awak nak saya tolong pakaikan tak ?"
" Erk boleh ke ?"
Tanpa menjawab pertanyaan hyunjin , renjun terus bangun . Dia menapak mendekati hyunjin . Rantai di dalam kotak itu di ambil olehnya .
Rambut panjang kecoklatan milik hyunjin di letakkan di bahu kanan gadis itu . Tubuhnya di rendahkan .
Aroma vanilla dari tubuh hyunjin mula menusuk ke rongga hidungnya . Mata di pejam seketika menikmati wangian tersebut .
" Renjun , dah siap ke ?"
Pertanyaan dari hyunjin menyentakkan renjun . Segera dia mencelik lalu menjawab .
" Ah kejap saya pasang ."
Setelah selesai memasang , rambut hyunjin di sentuh semula dan di betulkan seperti asal . Lembut .
Renjun mula kembali ke tempat duduknya . Matanya tidak lepas dari menatap rantai pemberiannya terletak elok di leher hyunjin . Sesuai dengan gadis itu .
" Beautiful . Sesuai dengan awak ." Puji renjun .
" Hm , thanks tau ."
" Cik Hyunjin . . "
Suara tegas seseorang menarik perhatian hyunjin yang leka menilik rantai di lehernya . Minhee yang menayang riak beku itu di pandang olehnya .
" Kenapa , minhee ?"
" Masa untuk berbincang dah tamat . Cik Hyunjin kena balik semula di pejabat ." Minhee mengambil fail di tangan hyunjin .
" Okay . Renjun , kami minta diri dulu ." Hyunjin menundukkan kepalanya sekali sebelum berlalu bersama minhee .
🦋.🦋.🦋
Tapi ada yang baca pahtu tak vote , merajuk ah gini 🌚
YOU ARE READING
Addicted : His Butterflies
FanficA D D I C T E D 2 : H I S B U T T E R F L I E S na jaemin fanfiction 15+ Because the devil need his queen Because the devil obsessed with his queen Because the devil love his queen Tanpa sedar , dia telah menyakiti gadis kesayangannya . ©Luvlyaira_