🦋.🦋.🦋
Pintu bilik pembedahan mula di buka . Yoona mencerlung tajam ke arah jaemin , mask yang menutupi separuh wajahnya di buka .
" kenapa you tembak dia ? You matikan terus kan bagus . Tak payah you nak tengok muka dia lagi ." Perli yoona . Jaemin hanya mendiamkan diri tidak membalas .
Malas untuk berperang mulut dengan yoona . Dia mula bangun , ingin masuk ke dalam bilik pembedahan namun di tahan oleh yoona .
" I tak benarkan you jumpa dia ." kata yoona lagi membuatkan jaemin mencerlung tajam padanya .
" kau siapa nak bagi kebenaran supaya aku boleh jumpa dia ke tak ? kakak dia ? Bukan . Tch , know your limit yoona ." Bidas jaemin . Yoona memutar mata ke atas sebelum menarik kolar baju jaemin lalu di tolaknya ke arah jeno .
Jeno segera menangkap tubuh jaemin daripada terhempap dinding .
" You yang patut tahu limit you , jaemin ."
" you tahu tak dia hampir mati dekat dalam tadi ? Eh , you suka hati je kan arahkan I untuk buat pembedahan sekali dengan buang kanser tu . You tak sayang dia lagi ke ? I tak sangka langsung you macam ni . Ada otak tapi tak ada akal ." Marah yoona .
Dia menjeling jaemin yang sudah pun terkedu dengan apa yang di sampaikan olehnya . Yoona menghela nafas panjang .
" sudah lah . Nak cakap dengan you ni , beribu kali pun tentu tak faham . So I cuma nak bagitahu , I tak benarkan you jumpa hyunjin . Dia masih berada dalam pantauan I . Atau I perlu cakap , hyunjin koma sebab kehilangan banyak darah ."
Terasa seperti jam berhenti berdetik untuk saat ini . Jaemin , kau bodoh . Bodoh sebab cederakan butterflies kesayangan kau sendiri .
" yoona ."
Yoona mengangkat sebelah keningnya . Raut wajahnya masih sama . Serius sahaja selepas keluar dari bilik pembedahan .
" bila dia akan sedar ? "
" tch , yang tu I tak tahu lagi . But harap - harap lah , dia sedar dalam masa 3 bulan . Mengikut pemeriksaan I tadi , paling lama pun 4 tahun . Kalau tak , dia akan koma selamanya - lamanya ." Jelas yoona . Setiap tutur katanya selamanya ini di ucapkan dengan nada yang sinis tetapi kali ini serius .
Sementara jaemin sudah pun terduduk melutut . Dia menunduk memegang kepalanya seraya menjerit kuat melampiaskan segala perasaan yang di rasakan sekarang .
Dia mendongak semula . Tangan yoona di capai olehnya . Jeno hanya menjadi pemerhati . Pertama kali , dia melihat jaemin melutut di hadapan seseorang . Merayu - rayu meminta pertolongan .
" Tolong selamatkan dia , yoona . A-aku tak nak kehilangan dia . " Rayu jaemin . Yoona mengeluh , dia menarik tangannya semula .
" I dah selamatkan dia . Sekarang I cuma minta you jangan jumpa dia buat sementara waktu . "
🦋.🦋.🦋
YOU ARE READING
Addicted : His Butterflies
Fiksi PenggemarA D D I C T E D 2 : H I S B U T T E R F L I E S na jaemin fanfiction 15+ Because the devil need his queen Because the devil obsessed with his queen Because the devil love his queen Tanpa sedar , dia telah menyakiti gadis kesayangannya . ©Luvlyaira_