Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
🦋.🦋.🦋
Jaemin memaut bahu hyunjin setelah gadis itu selesai berjumpa yoona . Hyunjin hanya mendiamkan diri , membiarkan jaemin memeluk bahunya .
Sampai sahaja di luar , pelukan jaemin semakin kemas bila orang ramai berpusu - pusu keluar masuk ke dalam hospital kerana ada beberapa ambulans sampai .
Jaemin berdecit lalu menarik tubuh hyunjin rapat padanya . Langsung tidak di benarkan sesiapa sahaja yang lalu - lalang di situ menyentuh gadis kesayangannya .
" shit . . " carut jaemin perlahan sebelum menunduk untuk melihat hyunjin .
" Kau okay ? Ada luka mana - mana ? " soal jaemin . Hyunjin menggeleng perlahan .
Setelah itu , jaemin senyap . Dia membawa hyunjin ke tempat parking keretanya . Pintu kereta di buka bagi mempersilakan gadis itu untuk masuk .
" Oe , minhee ."
Minhee yang duduk di tempat pemandu itu tersenyum manis .
" Annyeong , cik hyunjin ." Sapa minhee sebelum mula menghidupkan enjin kereta bila terperasankan renungan tajam dari jaemin .
" Jaem . . "
" Mulai harini , minhee akan perhatikan kau . Tch , yoona tu memang tak boleh berengang langsung dengan tunang dia ." Kata jaemin tanpa di pinta hyunjin . Sempat bebola matanya di putar ke atas .
" Kau marah aku lagi ? " soal hyunjin perlahan . Jaemin menoleh .
Senyuman kecil terlakar di bibir . Bahu hyunjin di paut dari tepi , tubuhnya di rapatkan dengan gadis itu . Wajahnya di sembamkan pada ceruk leher hyunjin .
Tempat kegemarannya .
" Kemarahan aku dah hilang lepas aku buat macam ni ."
🦋.🦋.🦋
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.