tiga puluh

311 56 5
                                        

🦋🦋🦋

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

🦋🦋🦋

" macam mana meeting tadi ? Okay ?" Suara Tuan Park menghilangkan suasana yang sunyi sepi di meja makan tersebut .

" Okay je , pa . Renjun hyung pun setuju nak percepatkan lagi binaan hotel dekat busan tu ." Kata jisung . Dia mula meneguk susu segar .

" Baguslah kalau macam tu . Kamu dengan noona kamu dah pandai urus syarikat . Jadi papa rasa dah sampai masanya untuk papa berhenti ." Ujar Tuan Park . Lega hatinya kerana kedua - dua anaknya membesar dengan baik .

" Pa .  .  . "

" Ah hyunjin , papa lupa nak bagitahu . Pagi tadi jaemin ada datang sini ."

" Dia buat apa datang sini ?" Soal hyunjin pelik . Tuan Park menarik senyum , tangan anak perempuannya di ambil dan di genggam lembut .

" Dia bagitahu papa tadi . Dia cakap nak percepatkan tarikh perkahwinan kamu berdua . "

" Uhuk - uhuk ."

Hyunjin terus memandang jisung . Teruk betul tersedak sampai terbatuk - batuk .

" Seriuslah , pa ? Bila nak langsungkan perkahwinan tu ?" Soal jisung . Lain macam adik dia ni . Kakak yang nak kahwin , adik yang terlalu beria .

" Seminggu dari sekarang katanya . Papa pun okaylah , setuju je dengan cadangan dia tu . Sekurang - kurangnya ada yang nak jaga puteri papa ." Terukir senyum kecil di bibir hyunjin mendengar jawapan Tuan Park .

" Akhirnya ! YES , Rumah ni aku punya . Bilik noona tu nanti aku nak jadikan arcade ." Jisung mula terbayang - bayangkan perkara itu . Bolehlah dia jemput kawan - kawan dia nanti .

" Kau jangan berani nak sentuh barang aku ! " Jisung menjelir lidah .

" bwerkk , tak takut pun ."

Hyunjin berdecit . Ini macam ke CEO syarikat ? Grr .

🦋.🦋.🦋

🦋

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Addicted : His ButterfliesTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang