Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
🦋.🦋.🦋
Jaemin membetulkan ikatan bathrobe pada pinggangnya . Rambut hitam pekat yang basah itu di raup ke belakang .
Sebatang rokok di ambil lalu di letak pada bibir . Baru sahaja dia ingin membakar hujung rokok tersebut , suara seseorang kedengaran dari luar .
" Tuan Muda , boleh aku masuk ?" Soal jeno . Jaemin mengambil semula rokok itu dari bibirnya dan mengarahkan jeno untuk masuk .
Pintu biliknya mula di kuak dari luar . Jeno masuk ke dalam , raut wajahnya tetap dingin seperti biasa . Di tangannya terdapat sebuah fail .
" So , harini butterflies buat apa ?" Soal jaemin . Jeno tidak menjawab , sebaliknya dia menyerahkan fail pada jaemin .
" Gambar yang aku tangkap tadi ." Kata jeno bernada dingin . Jaemin terus mengambil fail itu lalu di buka . Foto - foto yang di ambil jeno di keluarkan .
Bibir di ketap rapat . Amarahnya mula membuak - buak sebaik sahaja melihat dua figura sedang berpelukan di dalam foto tersebut .
" Tadi aku nampak dia berpelukan dengan seorang lelaki yang di kenali sebagai huang renjun . Aku fikir nak bagitahu Tuan Muda sendiri tapi takut Tuan Muda tak percaya , jadi aku tangkap gambar sebagai bukti ." Jelas jeno .
Jaemin memberi isyarat menggunakan tangan agar jeno keluar dari biliknya . Tanpa banyak soal , jeno hanya akur .
Gambar itu di cerlung tajam . Bergerak - gerak rahangnya . Dia mencampak gambar itu di atas lantai .
🦋.🦋.🦋
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.