🦋.🦋.🦋
Jeno yang baru sahaja keluar dari ruangan pejabatnya itu memandang jaemin . Setelah sebulan tidak datang ke pejabat , hari ini baru lah kelibat lelaki itu kelihatan .
Tanpa berlengah , dia terus maju mendapatkan jaemin . Dia berhenti di hadapan lelaki itu menghalang langkah jaemin .
" ada apa jeno ? kalau appa suruh balik , aku tak nak balik . Aku dah buat keputusan , aku nak keluar dari dunia tu ." Kata jaemin dengan nada yang malas .
Seminggu yang lepas , dia pergi ke rumah Tuan Na untuk memberitahu tentang keputusannya . Kerana keputusannya yang mendadak , perbalahan besar berlaku .
" hyunjin . . "
Mendengar nama itu terpacul dari mulut jeno , dia terus memandang tepat ke dalam mata lelaki itu .
" kenapa dengan dia ? A-ada apa - apa yang jadi ke ? A-atau dia dah sedar ? "
Kedua bahu jeno di pegang jaemin . Jika hyunjin sedar , dia lah orang yang paling bahagia .
Senyum lebar yang terlakar tadi kini perlahan memudar saat jeno menggelengkan kepalanya . Sejujurnya , dia mengharapkan keajaiban .
Tangannya di jatuhkan semula . Jaemin menunduk , keluhan di lepaskan .
Manakala jeno berasa kasihan pada lelaki itu . Tubuhnya sedikit susut , pipi juga terlihat sedikit cengkung . Rambutnya di biarkan panjang tanpa di potong .
" kau nak lawat dia tak ? "
Jaemin tersenyum tipis .
" tak apa lah . Yoona tak bagi aku jumpa dia ."
" aku boleh tolong ."
Raut wajah jaemin mula berubah . Jeno sekadar menganggukkan kepala bila jaemin merenungnya tanpa berkelip .
" thanks , jeno ."
" sama - sama . By the way , rachel cari kau ."
Jaemin berdecit . Perempuan ni , takkan tak faham lagi ?
" erm sudah lah , aku nak masuk dulu ."
Baru melangkah beberapa tapak ke depan , jaemin berpaling semula .
" Minhee mana ? "
" tak tahu ."
Picagari di masukkan semula ke dalam poket seluar . Setiap hujung minggu minhee datang melawat hyunjin untuk memasukkan cecair melumpuhkan ingatan seseorang pada gadis itu melalui picagari .
Dia mengusap rambut hyunjin lembut . Bandage sudah pun di buka pagi tadi .
" Cik Hyunjin , awak jangan risau . . "
" lepasni , awak akan lupa semua tentang dia . . . "
Minhee menguntum senyum manis . Walaupun hyunjin tidak membalas , tetapi dia tahu hyunjin mendengar segalanya . Termasuk luahan perasaannya setiap kali dia melawat hyunjin .
" saya akan bahagiakan awak , hyunjin - ah ."
" saya akan bawa awak jauh dari semua orang . . . "
" Tapi sebelum buat semua tu , saya kena buat awak lupakan dia dulu . . . "
Minhee menongkat dagu sambil merenung hyunjin . Tidak lama selepas itu , senyum sinis terlakar pada bibirnya .
" Cik Hyunjin , apa awak dah buat dengan saya ni hm ? "
" saya sukakan awak tapi awak sukakan dia . . . "
" saya kena hapuskan dia dulu ke ? "
Minhee ketawa kecil .
" tak perlulah kot . Awak pun dah lupakan dia nanti ."
" ingat saya je tahu ? Jangan ingat lelaki lain ."
🦋.🦋.🦋
haaaaaa korang suka minhee kan ?
Nah ambik 😂🖐️
YOU ARE READING
Addicted : His Butterflies
FanficA D D I C T E D 2 : H I S B U T T E R F L I E S na jaemin fanfiction 15+ Because the devil need his queen Because the devil obsessed with his queen Because the devil love his queen Tanpa sedar , dia telah menyakiti gadis kesayangannya . ©Luvlyaira_