Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
🦋.🦋.🦋
" awal datang ." Tegur jisung sebaik sahaja hyunjin masuk ke dalam ruangan mesyuarat .
" hee , kira untung aku datang . Ikutkan hati tak nak pun datang ." Balas hyunjin . Dia melabuhkan punggungnya di salah sebuah kerusi yang kosong tepat di sebelah jisung .
" tch ." Decit jisung sinis .
Mereka yang berada di situ mula berbincang tentang projek yang akan laksanakan . Sepatutnya perbincangan di mulakan pada jam 9 pagi tetapi di sebab kan menunggu kedatangan hyunjin , mereka menunda sehingga ke jam 9:30 .
Jisung mengerling hyunjin . Dia mengeluh bila gadis itu hanya beriak acuh tak acuh . Serius ke tidak kakak dia ni ?
" Okay semua , hanya itu sahaja untuk hari ini . Bersurai ." Arah jisung . Mereka semua menunduk hormat sebelum satu - persatu meninggalkan ruangan mesyuarat .
" Noona . "
" Apa ? "
" Noona boleh serius sikit tak ? Haih tak faham lah dengan otak noona ni . Masa mesyuarat tak serius tapi kerja tip top ."