"So, basically, kau nampak sendiri aku pegang tangan dia tu?" soal Jay dan mengerling sekilas Soyeon yang berjalan seiring dengannya.
"Yelah, kalau orang lain bagitahu, boleh consider lagi nak percaya ke tak. Ni, saya sendiri yang nampak kot." respon Soyeon dan mengerling sekilas Jay.
"Tanyalah dulu apa jadi" balas Jay dan pipi gadis itu ditolak perlahan menggunakan jari telunjuknya.
"Takkan la saya nak terjah masuk then tanya awak apa jadi. Ergh, so ridiculous" tutur Soyeon dan menjeling sekilas lelaki disebelahnya itu.
"Lagipun, kalau fikir logik, ada possibility kot yang awak saja-saja pegang tangan dia. Yelah, engineer tu cantik kot. Dah la tinggi. Macam model dah ha" tambah Soyeon. Dia mengerling Jay yang hanya melangkah tanpa memasang sebarang reaksi.
"Kau ingat aku ni apa? Player? asal nampak perempuan cantik je, nak tackle? "bidas Jay seraya menghentikan langkahnya. Gadis disebelahnya itu direnung tajam.
"Ala, saya cakap ikut logik je" balas Soyeon selamba dan lantas melangkah maju ke depan.
Sebenarnya, dia gugup apabila direnung Jay sebegitu rupa. Jadi, dia mengambil langkah selamat untuk berjalan ke hadapan terlebih dahulu.
Namun, langkahnya terhenti apabila lengannya disambar Jay. Dia langsung menoleh dengan muka bingung.
"Ke, kau memang nak aku jadi macam tu? Yelah, dengan muka aku yang handsome ni, tak susah pun nak tackle
"Ish, jangan mengarut lah"larang Soyeon sedikit tegas dan menarik lengannya dari dipegang Jay.
Dia berjalan maju ke hadapan, meninggalkan Jay yang terkesan dengan respon Soyeon itu. Dia tergelak kecil.
"Eh, aku tak cakap habis lagi! Dengarlah dulu!"
"Ah taknak saya malas dengar awak mengarut "respon Soyeon sambil menutup telinganya menggunakan tangannya. Dia melajukan langkahnya.
"Eh tadi kau yang lebih cakap macam aku ni player sangat! Ni aku nak cakap pasal tu, kau taknak dengar" tutur Jay sambil kaki dihayunkan laju, mengejar gadis itu.
"Ish! yang tu saya cakap pasal logik--"
"Yah Song Soyeon!" laung Jay lantang apabila sebongkah bata laju menjunam ke bawah atau lebih spesifik, menjunam turun di tempat dimana Soyeon sedang terpinga-pinga berdiri.
Jay melajukan langkahnya menuju ke arah Soyeon dan serta-merta lengan gadis itu direntap membuatkan Soyeon laju terdorong ke arahnya.
Mujur, Jay cepat seminit menarik Soyeon dari situ dan jikalau dia bertindak lambat, pasti gadis itu sudah mengalami kecederaan di kepala atau lebih teruk. gegaran otak.
Dipeluk erat tubuh kecil milik Song Soyeon. Keluhan berat dilepaskan.
Bersyukur. Dia bersyukur sangat kerana sempat menyelamatkan gadis itu.
Pelukan dileraikan. Bahu gadis itu dipegang kuat.
"Kau memang nak kepala tu pecah ke apa?! Boleh stop jadi clumsy tak?!" soal Jay dengan nada berang dan sedikit lantang.
"Mi-mian. Saya tak sedar langsung...ada bata jatuh Dari atas"balas Soyeon sedikit gugup.
Baru saja tadi lelaki itu bergurau atau lebih kepada mengusiknya dan sekarang, 360" berubah.
Jay merenungnya tajam sebelum dia merengus kasar.
"Tolonglah. Tolonglah Jangan buat aku hilang orang yang aku sayang sekali lagi. Aku dah penat nak hadap semua tu"
🌸🌸🌸
Soyeon melemparkan pandangannya ke luar tingkap kereta api. Tiada apa yang menarik selain pokok-pokok.
Naik kereta api bukan macam naik kapal terbang. Sekurang-kurangnya naik kapal terbang dapat cuci mata tengok laut dan bandar-bandar dari atas.Soyeon mengalihkan pandangannya ke hadapan. Kemudian, dia mengerling Jay disebelahnya yang sedang tersenyum menghadap telefon pintarnya.
Tanpa teragak-agak, dia menjenguk ke arah telefon pintar lelaki itu.
Jay hanya membiarkan tindakan gadis itu.
Rupanya,Lelaki itu tersenyum sampai ke telinga kerana dia sedang lihat rekaan bangunan untuk projeknya di Sokcho itu.
Alahai, suka benor kalau bab projek Sokcho ni.
"Awak tak bagitahu appa awak lagi ke pasal ni?" soal Soyeon setelah dia mendapati apa yang dilihat Jay di telefon itu.
Jay menggeleng kecil.
"Tak siap lagi. Baru je dapat approval. Nanti dah nak siap, baru aku bagitahu dia" respon Jay seraya memadamkan skrin telefonnya. Dimasukkan telefon pintar itu di dalam poket seluarnya.
"Oh, kenapa tak bagitahu je? nanti kang orang lain yang bagitahu dia, dah jadi tak suprise "balas Soyeon lagi.
"Aku tak nak nampak beria-ria sangat. Takut-takut ada masalah tiba-tiba, aku nak react macam mana nanti? apa-apa decision, kena fikir panjang dulu" jelas Jay dan mendapat anggukan kecil dari Soyeon.
"Ok, faham" balas Soyeon dan melemparkan semula pandangannya ke luar. Walaupun tiada apa yang menarik, tengok saja lah.
Nak hadap telefon, bateri dah ke rahmatullah :")
Tiba-tiba, dia terasa lengan kanannya ditarik. Lantas dia menoleh ke arah makhluk disebelahnya, pastilah Jay. Siapa lagi?
"Wae--"
Tak sempat Soyeon menyoal, lelaki itu dengan santainya meletakkan kepalanya di atas bahu Soyeon.
"Pinjam bahu" tutur Jay selamba sambil matanya sudah tertutup.
Soyeon berdecit perlahan. Dia tidak memberi respon dan dia sambung memandang ke luar tingkap.
Childish juga kekadang makhluk dingin ni.
Bibirnya perlahan mengukirkan senyuman.
Tiba rasa lawa pula dekat luar ni :)
Tepat pukul 9, Jay pun menghantar Soyeon di rumahnya dan selepas menghantar Soyeon pulang Jay pun balik kerumahnya.
🌸🌸🌸
BAD BOY
YOU ARE READING
Bad Boy | Park Jongseong
Short StoryⒸ︎2021 | Park Jongseong fanfiction ☞︎︎︎ Status: Complete ☞︎︎︎ Language: Malay ☞︎︎︎ Start: 31/10/2021 ☞︎︎︎ End: 4/12/2021 Ⓒ︎ rawrxandy