𝘀𝗽𝗲𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗰𝗵𝗮𝗽𝘁𝗲𝗿 𝗜𝗜𝗜

241 29 13
                                    

"Park Jongseong, Song Soyeon, adakah kamu berdua akan saling menyayangi antara satu sama lain dan selalu berada di samping satu sama lain jikalau salah seorang dalam kesusahan atau sakit? "soal paderi itu dan memandang kedua-dua figura di hadapannya.

Soyeon memejamkan matanya. Dia menggengam tangan Jay erat.

"Ya, kami akan saling menyayangi antara satu sama lain dan selalu berada di samping satu sama lain jikalau salah seorang dalam kesusahan atau sakit" respon Soyeon dan Jay serentak.

"Okay, you may kiss the bride" arah paderi itu dan tersenyum.

Jay memegang pipi milik Soyeon. Dia mendekatkan kepalanya dengan Soyeon sebelum bibirnya mengucup lembut dahi isterinya itu.

Kemudian, Jay menjauhi kepalanya dari Soyeon. Bunyi tepukan gemuruh mula kedengaran.

"Hey wifey" tutur Jay dan tersenyum manis.

Soyeon hanya mengulum senyuman.

"Kajja" ajak Jay seraya berjalan seiringan Soyeon di atas karpet putih yang dihampar di antara kerusi-kerusi tetamu.

"Wuuu Puan Park Soyeon" - Sunghoon

"Eh bodoh ah kau. "- Saemin

"Weh Min, apa ni Min? Aku tak boleh terima semua ni. Ya tuhan, kenapa? Kenapa? Kenapa semua ni berlaku? Kawan aku dah kahwin Hiks" hambur Sunghoon dengan dramatiknya. Tisu yang disediakan di atas meja ditarik keluar lalu dikesat di mata.

Perbuatan memalukan Sunghoon itu menarik perhatian makcik-makcik kimchi di situ.

"Tak tak, saya tak kenal dia" seloroh Saemin dan tersengih kekok.

🌸🌸🌸

"Okey, hana.. dul.. Se"

Klik!

"Okey, hold dulu." tutur jurugambar itu dan tersenyum. Dia melangkah keluar dari bilik itu. Bilik dimana dijadikan sebagai pelamin persandingan yang dihias cantik.

"Lepas ni outdoor pulak kan?" soal Soyeon sambil tangannya ligat mengelap peluh di wajah lelaki itu menggunakan kain napkin.

"Ye lah kot. " balas Jay dan tergelak kecil.

"Ehem. Waduh, tengah bersawit la pulak Min. Jom berambus dulu"

Suara Sunghoon yang menyapa telinga pasangan pengantin itu langsung membuatkan mereka memandang Sunghoon dan Saemin.

"eh korang. Dah makan?" soal Soyeon dan menghampiri dua rakannya itu.

"Haah, dah. Korang ni dah makan ke belum? "soal
Saemin dan memandang kedua-dua figura di
hadapannya bersilih ganti.

"Erm, belum. On the way nak makan lah ni" balas Soyeon dan tersengih.

"oh ye? Ha pergilah makan dulu" ujar Saemin dan tersenyum nipis.

"ye ok. "balas soyeon dan tersenyum.

"Eh Hoon, kau nak acah-acah pengantin pun boleh dekat situ. Aku boleh ambilkan gambar kau dengan Saemin dekat situ"usik Jay dan tersenyum senget.

"Ehhhh terima kasih banyaklah. Takpe tak payah susah-susah. Pergilah melantak sana. Kitorang ok je dekat sini" balas Sunghoon dan merenung tajam Jay yang terkekeh-kekeh ketawa.

"Ok, kitorang pergi makan dulu"pamit Soyeon dan
memalingkan kepalanya ke hadapan semula.

"Awak..." panggil Soyeon sambil memeluk lengan Jay. Jay mengerling Soyeon.

"Hm? "

"Lenguh kaki. Saya buka kasut tak boleh ke?"

"Buka je lah. Nanti bila photoshoot start, awak pakai
balik kasut tu"

"Okay~" balas Soyeon dan membuka kasut tumit tinggi 4 inci nya. Kemudian, Jay langsung mengambil kasut gadis itu lalu dipegangnya.

"Kajja"

🌸🌸🌸

"Ok last photo! " laung jurugambar itu. Dia mula angkat kameranya di paras mata lalu dilekapkan sedikit.

"Ok, dekat sikit... okeyyy nice"

"Ok.. Hana, dul, se.."

Klik!

Gambar diambil buat pasangan pengantin itu. Jurugambar itu menilik gambar yang diambilnya sebelum tersenyum.

"Okey, nice! " puji jurugambar itu seraya mengangkat ibu jarinya.

"Kamsahamnida~" ucap soyeon sambil menunduk hormat berkali-kali.

Jurugambar itu mengangguk sambil tersenyum. Dia mengambil segala peralatannya dan beredar.

"Uyeah! Nak tengok gambar tadi!" jerit Sunghoon yang entah dari mana muncul. Dia menghampiri Soyeon dan Jay.

"kejap" balas Jay sambil mengeluarkan telefon pintarnya. Kemudian, gambar-gambar yang diambil
oleh jurugambar setengah jam yang lalu dilihat mereka berempat.

"Uhuks, comel" puji Saemin sambil menolak gambar-gambar di dalam galerry itu menggunakan jarinya.

"Duh, gambar ni lawa shiot"

"Lahai cantiknya aku"

"Bapek hensem siak yang hujung sekali tu"

"Ya tuhan, anak siapa ni? Apahal lawa sangat?"

"Fuh, kacaks bhai aku"

Sedang dua ketul itu memuji diri mereka di dalam gambar itu, Jay dan Soyeon hanya mampu menayang wajah menjengkelkan.

"Heh, apahal diorang yang lebih-lebih?"

"Tu lah pasal. Rasanya gambar diorang ada berapa je dalam phone tu"

"Ehhh kau tengok, kau tengok! Perghh hensem bodo"

"Eww, yang yeoja hujung tu cantik lagi!"

Apapun, kejadian hari ini adalah satu kejadian yang sangat bahagia buat pasangan itu.

Mereka bahagia. Mereka gembira.

Meskipun terdapat perselisihan faham di akhir-akhir waktu, namun takdir sudah tertulis bahawa dua insan ini akan tetap diijabkabulkan walaupun wujudnya penghalang.

🌸🌸🌸
BAD BOY

Bad Boy | Park JongseongWhere stories live. Discover now