65

242 36 1
                                    

Soyeon memandang sekeliling sebelum dia melangkah masuk ke dalam dapur disitu.

Dia melihat pelbagai jenis gelas kaca yang disangkut di rak secara terbalik. Tak lupa juga, berpuluh-puluh botol wain dan arak yang tersusun kemas di dalam rak

"Er... Cik? apa cik buat dekat sini? Only staff can be here"

Suara yang menyapa di telinga Soyeon langsung membuatkan gadis itu memusingkan badannya. Lelaki muda tampan yang memakai baju pelayan elok berdiri di hadapannya.

Soyeon memandang lelaki itu. Ya. Dia pasti lelaki itu ialah Chan. Dia tersengih kecil.

"o-oh sorry, I shouldn't be here"

Soyeon membongkokkan sedikit badannya sejurus dia mengatakan itu.

"yea. Better cik keluar sebelum boss saya nampak. " ujar Chan lembut.

"Oh tak. I will be ok be here, your boss yang minta saya datang sini. Dia suruh... Ha dia suruh saya yang tuangkan wine dan serve dekat diorang" jelas Soyeon penuh dusta.

"Oh.. Really? ok then, saya bagi tugas ni dekat cik kalau macam tu. Saya dah sediakan 2 gelas kaca dekat atas talam tu. Cik cuma tuangkan wine je" jelas Chan dan tersenyum nipis.

"Ne, arasoyo. Awak pergilah sambung buat kerja" tutur Soyeon dan lelaki itu mengangguk. Dia beredar dari situ.

Soyeon melepas keluhan lega. Dia bergerak ke arah kabinet yang ditunjukkan Chan tadi.

"Bukan selalu Song Soyeonjadi pendendam macam ni" gumam Soyeonperlahan. Dia menuang wine merah di dalam satu gelas separa penuh.

Sos cili yang terletak di rak disebelahnya dicapai, dia memandang sekeliling. Apabila dia sudah memastikan tiada yang memerhati, sos cili itu dituang masuk ke dalam gelas yang sudah diisi dengan wine.

"tak padan dengan tua, mulut laser. maybe Jay tak boleh balas dengan cara kasar, but i could" monolog Soyeon seraya meletakkan semula botol sos cili itu di dalam rak. Sudu dicapai lalu dikacau campuran wine dan sos cili itu hingga sebati. Dia tersenyum senget.

"uwaa-it will be delicious untuk orang yang lidah tajam mengeji orang macam dia" gumam Soyeon dan menuang wine merah ke dalam gelas yang lagi satu.

"This one for my Jay"omel Soyeon dan tersenyum kecil. Dia mengangkat talam segi empat tepat itu dan langkah diatur rapi menuju ke luar dapur.

"Em, excuse me! " panggil Soyeon sedikit lantang.

Seorang pelayan menoleh ke arahnya.

"Yes, miss?"

"Boleh tak tolong bawakan dekat dua orang lelaki yang tengah berdiri dekat sana tu?" soal Soyeon lembut.

"Yea, sure. "balas pelayan itu dan menyambut talam yang dihulur Soyeon.

"Thank you" ucap soyeon dan tersenyum kecil.

"My pleasure" balas pelayan itu dan bergerak ke arah Jay dan Jang Man Shik.

"Wait. Kenapa semua waiters dekat sini hensem?" omel Soyeon sambil memandang setiap pelayan lelaki disitu.

"Yah, wake up Song Soyeon!" gumam Soyeon seraya menampar pipinya. Dia langsung bergerak ke arah Jay dan Jang Man Shik yang sedang berkomunikasi itu.

"Oh, you're back, sweetie" tutur lelaki tua itu sebaik saja Soyeon kembali berdiri di sebelah Jay.

Soyeon tidak memasang sebarang reaksi. Kalau boleh, nak je dia memasang muka menjijikkan kepada lelaki tua itu.

"so, kau boleh suruh 'orang kau hack semua tu?" soal Jay langsung ke kesimpulan perbincangan mereka tadi.

"Ya. Tapi, kau nak bayar aku berapa?" soal Jang Man Shik dan tersenyum sinis. Kononnya dia pandang rendah kepada Ceo muda didepannya ini.

"kau nak--"

"Or maybe..."

Jang Man Shik memintas kata Jay sambil matanya memandang Soyeon atas dan bawah.

"--kau bagi je aku perempuan simpanan sebelah kau tu. Atau erti kata lain, kau jual dia je." sambung Jang Man Shik dan tersenyum senget.

Jay menggempal penumbuk. Hampir saja dia menumbuk muka kedut lelaki tua didepannya ini namun Soyeon lebih cepat menghalang Jay dari berbuat demikian. Dia menggengam tangan Jay yang menggempal penumbuk itu.

Soyeon menghalangnya bukan sebab dia tak kisah dengan kata-kata biadab Jang Man Shik tapi disebabkan dia tak mahu Jay hilang peluangnya yang dia hampir dapat disebabkan dirinya.

"U almost there. Don't ruin it" tutur Soyeon perlahan.

Dia menapak ke hadapan, menghampiri lelaki tua itu.

"Encik Jang Man Shit-ehem. Jang Man Shik ssi..." ujar Soyeon sambil memandang muka lelaki tua didepannya itu.

"--Just want to make it clear, tak semua perempuan dekat dunia ni murah macam mana yang encik nampak dalam club ni. Atau mungkin, diorang dekat club ni jadi murah disebabkan wujudnya manusia macam Encik ni? I dont know either. So, u should change your sloppy mindset, am i right?"Tutur Soyeon bersahaja namun mampu menyentapkan Jang Man Shik.

Jang Man Shik ketawa sinis.

"This little b*tch..." omel Man Shik dan merenung tajam Soyeon.

"Also, pasal bayaran tu, jual saya dekat encik? Gosh, it's not worth. Better encik minta je berapa banyak encik nak dekat boyfriend saya. Eh boyfriend saya kaya tau haaa. Ok encik?" tambah Soyeon lagi dan mengukirkan senyuman paling lebar kepada Man Shik.

Jang Man Shik menggempal penumbuk. Dia merenung Soyeon tajam sebelum gelas kaca yang berisi wine merah yang setia di pegangannya itu diteguk.

Soyeon sudah mengemam bibirnya menahan senyum.

"kitorang balik dulu eh, encik. Thanks for everything. Enjoy your wine~" tutur Soyeon dan menarik tangan Jay beredar dari situ.

"ARGHHHH! kenapa wine aku rasa macam ni?!"

Terletus tawa Soyeon apabila dia mendengar jeritan kuat Jang Man Shik di belakang.

"Mission accomplished"

🌸🌸🌸
BAD BOY

Bad Boy | Park JongseongWhere stories live. Discover now