73

230 36 5
                                    

Selepas beberapa minit perjalanan mereka sampai juga di satu rumah.

"So we're here"tutur Heeseung setelah menarik handbreaknya.

Soyeon langsung melemparkan pandangannya ke luar. Melopong mulutnya. Matanya membulat besar.

Kagum dengan rumah moden dua tingkat yang dilihatnya sekarang.

"h-here? Awak pasti ke? Tak salah tempat? " soal Soyeon bertalu-talu. Dia masih memandang perkarangan rumah itu.

"Ya, Soyeon. Tak salah tempat. Dekat sini lah rumah
baru kau" respon Jake dan tersenyum kecil.

"Wah.. This is too much..." omel Soyeon sambil matanya meliar di sekeliling.

Rumah ini terlalu mewah buatnya. Jujur di sudut hatinya, timbul rasa tidak layak buatnya untuk mendiami rumah secantik dan semewah ini.

"Soyeon turun dulu eh dengan Jake. Aku nak parkir kereta dulu" tutur Heeseung menoleh sekilas ke belakang.

Soyeon mengangguk kecil dan tersenyum, Pintu dibuka dari luar oleh Jake

Soyeon mengangguk perlahan dan keluar dari kereta yang dinaikinya itu. Kemudian, pintu ditutup oleh Jake

Jake dan ligat menarik dua bagasi milik Soyeon.

"Tengok lah tu, luggage saya sendiri pun orang tolong bawakan" tutur Soyeon Dia mengerling Jake yang santai menarik dua bagasinya itu.

"bukan susah pun. Tarik luggage je pun" balas Jake dan tersenyum.

Soyeon berdecit kecil.

Jake memandang Soyeon pelik apabila gadis itu tiba-tiba menghentikan langkahnya.

"Soyeon? Kenapa ni?" soal Jake bimbang.

Soyeon pula masih membisu sambil matanya tak berkelip melihat keadaan di hadapannya sekarang.

Soyeon menundingkan jarinya ke hadapan. Langsung Jake melihat ke arah tundingan Soyeon itu.

"Don't tell me that.."

"Oh yes... Diorang tu semua bodyguard" balas Jake dan tersenyum lebar.

Sepantas kilat Soyeon menoleh ke arah Jake dengan
pandangan seakan-akan tak percaya.

"For real?!"soal Soyeon masih dengan kejutan budayanya itu.

Mahu tak terkejut, di luar rumah saja sudah ada lebih dari 5 pengawal peribadi. Setiap sudut.

Jake tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

"Bukan korang berdua je?" soal Soyeon lagi dengan matanya yang masih terbuntang itu.

"Of course lah tak. Kami berdua je? Sangat tak function "Balas Jake dan tergelak kecil.

Soyen masih terkebil-kebil memandang sekeliling kawasan luar rumah yang diawasi lelaki berpakaian suit hitam.

"let's go?" Jake dan serta-merta membuatkan Soyeon memandangnya.

Bad Boy | Park JongseongWhere stories live. Discover now