BEEP BEEP BEEP!
Jam loceng digital milik Soyeon itu berbunyi kuat cukup membuatkan tidur Soyeon terganggu.
Tangannya naik meraba-raba meja kecil disebelah katilnya untuk mencapai jam yang sedang memekak itu.
Matanya masih tertutup. Hanya dengan sekali tampar, jam loceng itu serta merta bisu.
Soyeon menggosok-gosok matanya. Dia mengeliat kecil sebelum posisi baringnya ditukar kepada duduk.
Kepala digaru-garu perlahan. Rambutnya yang agak serabai itu dikemaskan sedikit. Sememangnya sudah menjadi tabiatnya setelah bangun tidur.
Dia mengerling jam loceng disebelahnya dengan keadaannya yang masih lagi mamai. Tangannya
Langsung menutup mulutnya yang menguap."Hm... Baru 7.50..." gumam Soyeon dan berura-ura untuk memejam matanya semula.
Tak sampai beberapa saat, mata gadis itu membulat
besar. Dia menilik jam locengnya buat kali kedua."Gosh! I'm gonna late! "omel Soyeon menjerit kecil. Dia mencampak selimut yang menyelubungi tubuhnya itu ke atas lantai.
Rambut yang agak kusut itu dikemaskannya lagi. Dia bergerak ke pintu biliknya lalu pintu itu dibukanya.
Jungwon dan Sunoo langsung memandangnya.
"Ya, Soyeon, Need something?" soal Sunoo sebaik sahaja dia mendapati Soyeon di sebelahnya.
Soyeon menggeleng laju.
"Jay hyung korang ada dekat bawah ke? Tengah tunggu saya ek? Cakap dekat dia yang saya tengah--"
"Eh wait, Noona, chill out" sampuk jungwon tenang.
"Tak sempat lah nak chill out. Saya dah terlewat bangun. Nanti kang hyung korang--"
"Cik Song Soyeon, Hyung pesan, kau tak perlu pergi kerja hari ni." tutur Sunoo tenang dan serta-merta melenyapkan kekalutan gadis itu.
"Katanya, untuk safety Noona. Buat masa ni, Noona stay je sini" tambah Jungwon bersahaja. Dia tersenyum.
Soyeon mengerutkan dahinya. Dia memandang dua
jejaka itu bersilih ganti."Betul ni? Korang tak reka cerita?" soal Soyeon masih meragui dua makhluk itu.
Mereka mengangguk yakin.
"Iyeee, Kitorang tak cukup berani untuk reka cerita. Kang kitorang kena cincang dengan Hyung "respon Jungwon santai.
Soyeon mengangguk kecil. Dia berura-ura untuk masuk ke dalam biliknya semula.
Namun, tak sampai 3 saat, gadis itu keluar dari biliknya semula.
"Dah tu saya nak buat apa dalam rumah ni?" soal Soyeon bingung.
Kalau ada jiran tetangga tak apa lah juga, rumah ini, manusia pun tak lalu-lalang.
"Nak buat apa? Berkayak?" balas Jungwon berloyar buruk. Hampir saja kepalanya diketuk Sunoo namun pantas dielaknya.
"Ha ye, ada tasik ke dekat sini? Saya rasa macam nak humban manusia je dalam tu. Kawan dengan biawak" respon Soyeon sarkastik. Sempat dia mengerling lelaki mulut becok disebelahnya itu.
Langsung Jungwon melarikan pandangannya ke arah lain. Mulutnya dimuncungkan lalu bersiul kecil.
Soyeon menggulingkan bola matanya.
"Dah la, saya masuk dulu. Malas nak berperang dingin dengan budak rambut biru tu" tutur Soyeon dengan sindiran. Sengaja dia bernada sebegitu.
Soyeon masuk ke dalam biliknya. Pintu ditutup lalu bibirnya mengukirkan senyuman senang.
YOU ARE READING
Bad Boy | Park Jongseong
Cerita PendekⒸ︎2021 | Park Jongseong fanfiction ☞︎︎︎ Status: Complete ☞︎︎︎ Language: Malay ☞︎︎︎ Start: 31/10/2021 ☞︎︎︎ End: 4/12/2021 Ⓒ︎ rawrxandy