89

231 35 1
                                    

"Nak tu, tu, ha lepas tu yang tu, erm yang ni pun sedap jugak, ha tu jugak, yang dekat row kedua tu jugak, then yang belakang tu." tutur Saemin sambil menundingkan jarinya ke arah semua jajan yang wujud di dalam kedai serbaneka di hospital itu.

Sunghoon merengus perlahan. Dia mengerling Saemin.

"Kau ni tak makan berapa juta tahun eh?" soal Sunghoon sebal. Saemin hanya tersengih.

"Ala sibuk je lah. Cepatla ambik yang hujung tu." arah Saemin sambil menunding jarinya.

Sunghoon mengetap bibirnya.

"Eh Park Saemin, lengan kiri kau berfungsi lagi kan? Asal mengada sangat ni nak suruh aku ambilkan semua benda?" bentak Sunghoon sebal. Saemin sekadar mengukirkan senyuman lebar miliknya.

"Biarlah. Bila lagi kan aku nak buli kau~"respon
Saemin meleret. Sunghoon mengerlingnya tajam.

"Ha, dah pergilah bayar. Aku tunggu dekat luar dulu eh? "pamit Saemin dan terus menapak keluar dari kedal serbaneka itu tanpa menunggu balasan dari Sunghoon

Saemin memandang persekitaran di hadapan kedai serbaneka itu. Kaki lima hospital yang ramai menggunakannya itu dikerling Saemin.

Sesekali, doktor-doktor yang lalu-lalang di hadapannya. langsung dia mengukirkan senyuman manis.

"Junk food kau saja dah sampai 7000 won, sengal"

7000 won= RM25

Suara Sunghoon yang menyapa di telinga Saemin itu serta-merta membuatkan dia mendongak sedikit. memandang jejaka tinggi itu disebelahnya.

"Eleh, itu pun nak berkira. " balas Saemin dan memutarkan bola matanya.

Menyampahnya ada kawan macam ni. Bila nak mangkat pun tak tahu,

"Bukan masalah berkira, masalahnya semua benda yang kau kutip tu junk foods. Keropok je semua. Ada MSG banyak, tahu?" respon Sunghoon atau lebih kepada membebel.

Saemin memutarkan bola matanya ke atas.

"Ha ye ye, dah, aku nak balik wad" tutur Saemin dan langsung melangkah maju ke hadapan terlebih dahulu.

Sunghoon tersenyum kecil sebelum dia turut melangkah mengikuti langkah gadis itu.

"Min" panggil Sunghoon setelah dia berjalan seiring
dengan Saemin.

"Apa?" sahut Saemin tanpa mengerling sedikit pun ke arah Sunghoon.

"Kau salah jalan" tutur Sunghoon bersahaja. Serta-merta Saemin menghentikan langkahnya. Dia mendongak sedikit, memandang Sunghoon.

"Betul lah arah ni" bentak Saemin cuba untuk membela dirinya.

"Kita datang dari arah tu, Park Saemin " ujar Sunghoon dan menggerakkan keningnya berkali-kali.

"eh boleh je lalu sini kan? Nanti naik je la lif. Then. carilah wad aku. Ha boleh je kan? Herh" tukas Saemin dan langsung meneruskan langkahnya.

Sunghoon tersenyum tabah.

"Hoon, nak air" tutur Saemin selamba sambil melantak keropok keju Super Ring.

Park Sunghoon dengan penuh sabar dan tabah, dia hanya menuruti sahaja permintaan gadis itu. Jag yang berisi air kosong dituang ke dalam gelas. Lalu, dihulurkan kepada Saemin.

Saemin langsung menyambut huluran lelaki itu.

"Thanks, hanat" ucap Saemin sebelum dia meneguk air kosong itu. Sunghoon hanya mengangguk kecil sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan katil gadis itu.

"Em, bukakan" pinta Saemin seraya menghulurkan satu plastik jajan kepada Sunghoon. Mata dikerdipkan berkali-kali.

Sunghoon merengus perlahan.

Ini kali ke 4 gadis itu menyuruhnya untuk mengoyak plastik jajan itu.

"Kau sakit ni mengada dia tu macam nak minta kaki" tutur Sunghoon sambil mengoyak plastik jajan itu. Kemudian, dihulurkan kepada Saemin yang sudah tersengih.

"Thank you~" ucap Saemin dengan nada meleret. Sunghoon sekadar memutarkan bola matanya ke atas.

"4 kali kau makan benda alah tu, 4 kali juga kau tak pelawa aku makan en? Even sebiji " tutur Sunghoon dengan nada bentakan.

Saemin yang sedang mengunyah keropok bbq dengan khusyuk itu terhenti. Dia memandang Sunghoon.

"Ala, kau cakap banyak MSG kan? Nanti kang tak baik untuk kesihatan kau pulak" balas Saemin bernada sarkastik.

Sunghoon mengerling tajam Saemin yang sedang menikmati jajan yang dimakannya itu.

"eh hoon, kau tak masuk kerja ke hari ni?" soal Saemin hairan.

"Tak. Aku injured kan" balas Sunghoon dengan bangganya. Ditunding pula jarinya ke arah lehernya yang tercedera itu.

"Ehhh besar tu je injured! Itu pun nak ambik cuti ke?" soal Saemin dan memasang muka menjengkelkan.

"Suka hati ah. Eh cakap pasal kerja, kau pergi mana rabu lepas? Apahal kau tak datang kerja? Phone off. Apa kes?" soal Sunghoon bertalu-talu.

Saemin yang berura-ura untuk memasukkan sebiji keropok ke dalam mulutnya itu lantas tergendala. Ekspresi wajahnya berubah.

"Dey, aku tanya kau ni. Apahal di--"

Tak semena-mena satu plastik keropok yang berada di dalam beg plastik itu dicampak ke arah Sunghoon. Terkebil-kebil lelaki itu setelah sempat menyambut benda alah itu.

"Kau lah ni haa! Diorang yang datang minta hutang dekat aku hari tu datang balik kot rabu lepas! Aku kena culik kot!" hambur Saemin sebal.

"Oh, ye? Padan muka. " respon Sunghoon selamba. Satu plastik Keropok yang berada di dakapannya itu dibuka.

"Ehhh hanatnya jawapan!" balas Saemin bengang

"eh sengal, kau yang tak nak aku tolong kau kan? ha padanlah muka tu. Degil lah lagi lepas ni" tukas Sunghoon bersahaja. Sebiji keropok dicampak ke dalam mulut.

"Eyyy benci betul lah cakap dengan kau!" rengus Saemin sebal. Dia memasukkan sebiji keropok ke dalam mulutnya.

Sunghoon hanya tersenyum kecil sebelum mencampak sebiji lagi keropok ke dalam mulutnya.

"Eh tapi kan, macam mana kau boleh ada dekat
bangunan abandoned tu eh semalam? Kau cuba nak
selamatkan Soyeon ke apa?" soal Sunghoon bingung.

Saemin merengus perlahan.

"Aku nak selamatkan Soyeon? Rasa malu pula nak admit benda tu lepas apa yang aku buat dekat dia." balas Saemin dan tersenyum tawar.

Sunghoon menjangketkan keningnya. Tak faham dengan jawapan gadis itu.

"Apahal kau rasa malu pulak? Kau buat apa dekat dia? "soal Sunghoon hairan. Saemin mengeluh berat. Dia meletakkan jajannya di atas meja sebelah katilnya.

"Actually, aku yang umpan dia untuk pergi cafe tu. Aku buat macam tu sebab Han Nam, mafia yang ayah aku berhutang tu, dia cakap kalau aku berjaya umpan Soyeon and dia dapat culik Soyeon, then dia akan lupakan terus pasal 400 juta tu. Dah.. Aku tak ada cara lain kan?" jelas Saemin dan tersenyum tipis.

Sunghoon merengus perlahan.

"Then, kenapa kau kena tembak? Siapa tembak kau?"

"Han Nam tu lah. Sebab mungkin dia sedar yang aku tengah call Jay time tu. So, dia tembak lah aku." balas Saemin dan mengulum senyuman kecil.

"Ha sebab tu lah aku panggil kau sengal. Apa benda lah buat perjanjian dengan mafia macam tu. Dah tu--"

Sunghoon yang sedang membebel itu tergendala apabila telefonnya berdering kuat. Telefon pintarnya yang berada di atas meja kecil itu dicapai lalu segera dijawab.

Telefon langsung dilekapkan di telinganya.

"Hyung, Jay hyung dah sedar"

🌸🌸🌸
BAD BOY

Bad Boy | Park JongseongWhere stories live. Discover now